CARI TAJUK UTAMA

Tuesday, May 6, 2008

Kubur Rasulullah Dan Syafaatnya

Rasulullah s.a.w bersabda:

“Siapa yang menziarahi aku di Madinah untuk mendapat pahala, aku akan menjadi saksi dan beri syafaat untuknya di hari kiamat” (Riwayat Baihaqi Dari Anas Bin Malik’

Mungkin juga ziarah Nabi selepas kematiannya (ziarah kubur Nabi) sama seperti menziarahinya seperti semasa Baginda hidup:

Sesiapa yg menziarahi aku selepas kematianku seumpama dia menziarahi aku ketika aku hidup. (Hr Ad-Dar Qutni)

Dalam hadith yang lain, diterangkan tentang kelebihan sembahyang di Masjid Nabi selama 40 waktu (8 hari) berturut-turut:

SESIAPA BERSOLAT 40 WAKTU SOLAT DI MASJID KU SECARA BERTERUSAN TANPA MENINGGALKAN SATU SOLAT PUN, MAKA DITULIS UNTUKNYA KESELAMATAN DARIPADA API NERAKA, KESELAMATAN DARI AZABNYA DAN TERLEPAS DARI BAHAYA NIFAQ”. (SAHIH SUNAN AT-TARMIZI).

Syafaat

“Barang siapa menziarahi kuburku pasti dia mendapat syafaatku.” – (Riwayat Al Bazzar dan Al Darulqutni daripada Ibn Omar)

Dalam hadith yang lain “Aku akan memberi syafaat kepada umatku yang mati dalam dosa besar tetapi tidak dosa syirik“.

3 comments:

Anonymous said...

Saya ada belajar sikit usul dirayah hadis. Salah satu usul ialah semua hadis yang menyatakan keistimewaan menziarahi maqam Rasulullah ialah dhaif atau maudhu'

Salahuddin

Anonymous said...

Sila bacaan sohih al bukhori..dan cari kitab bukhori yg paling sohih kerana ada je antara puak2 wahabi yg mengeluarkan beberapa hadis penting di dlm kitab bukhori dlm bab bertawassul terutamanya utk membenarkan mazhab mereka..supaya agar umat tidak dpt mengambil berkah di makam2 org yg mulia di sisi Allah kerana bg mereka adlh syirik tetapi tidak bg kita disisi ahli sunnah wal jamaah..Wallahualam

Anonymous said...

pendapat sebagian orang, bahwa di antara sebab-sebab untuk bisa mendapatkan syafa’at adalah dengan ziarah ke kubur Nabi Muhammad shallallâhu 'alaihi wasallam, mereka berdalil dengan hadits-hadits yang palsu, dan sama sekali tidak ada asalnya dari Nabi shallallâhu 'alaihi wasallam. hadits, barangsiapa yang ziarah ke kuburku, maka dia berhak mendapatkan syafa’atku, dan masih banyak lagi yang lain.
Jadi, ziarah kubur Nabi Muhammad shallallâhu 'alaihi wasallam tidak termasuk faktor yang bisa menyebabkan seseorang untuk mendapatkan syafa’at, karena tidak adanya dalil-dalil yang shahih tentang masalah tersebut.