CARI TAJUK UTAMA

Tuesday, May 6, 2008

Wali Tawaf Baitullah

Salah satu kelebihan Baitullah ialah:

Tiap-tiap hari ada seorang wali Abdal tawaf Baitullah.

Wali ialah orang yang betul (taat dan patuh) dengan syariat Allah dan Nabi s.a.w, juga orang yang dekat dengan Allah. Wali maknanya sahabat Allah (orang yang sayang Allah lebih dari segala-galanya), amal sunnah Nabi atas dirinya (contohnya menyimpan janggut seperti mana panjangnya janggut Nabi, melakukan ibadah sunat seperti puasa dan sembahyang sunat selain yang wajib).

Wali diberi keramat (benda atau kebolehan luarbiasa yang diberikan Allah sebagai menghormatinya). Ada juga wali yang tiada keramat. Ada wali yang zahir (nampak) keramatnya, ada yang tidak nampak keramatnya.

Ada tujuh peringkat wali, salah satunya wali Abdal. Tiap-tiap masa ada 40 wali Abdal. Bila seorang mati, akan diganti dengan yang lain. Mereka “meeting” di Syria dan Iraq setiap tahun untuk memikirkan tentang pentadbiran dunia, siapa yang patut diberi kuasa pemerintahan.

Wali - orang yang menyayangi Allah

Dalam hadith, orang yang menyayangi Allah, dia memberi kerana Allah. Dalam satu hadith yang lain, kalau orang meminta kerana Allah, berilah kerana Allah. Orang yang diberi harta yang banyak akan ditanya Allah diakhirat nanti. Allah suruh cari rezeki, bukan rezeki yang banyak. Oleh itu jika diberi harta yang banyak, niatlah untuk memberi kerana Allah dan gunalah harta untuk sedekah, derma, zakat.

Adh-Dhariyat [19] Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta)

No comments: