CARI TAJUK UTAMA

Tuesday, May 6, 2008

Bacaan Surah Dalam Sembahyang

Nabi tidak pernah tinggal bacaan surah selepas Fatihah dalam sembahyang sunat (samada 2 atau 4 rakaat) dan sembahyang fardhu pada rakaat pertama dan kedua.

Sembahyang Fardhu 4 rakaat

Rakaat pertama: Al-Fatihah dan surah

Rakaat kedua: Al-Fatihah dan surah

Rakaat ketiga: Al-Fatihah sahaja

Rakaat keempat: Al-Fatihah sahaja

Sembahyang Sunat 4 rakaat

Rakaat pertama: Al-Fatihah dan surah

Rakaat kedua: Al-Fatihah dan surah

Rakaat ketiga: Al-Fatihah dan surah

Rakaat keempat: Al-Fatihah dan surah

SUSUNAN SURAH

Baca surah secara menurun susunan Al-quran, misalnya rakaat pertama Qul-Ya (Al-Kafirun) dan rakaat kedua Qulhuwallah (Al-Ikhlas)

JARAK ANTARA SURAH

Selang (jarak) antara surah pada rakaat pertama dan kedua sekurang-kurangnya dua surah. Misalnya rakaat pertama Qul-Ya, rakaat kedua Qulhuwallah. (ditinggalkan 2 surah diantaranya iaitu An-Nasr dan Al-Masad). Makruh jika hanya diselangi satu surah pada rakaat pertama dan kedua.

Jarak antara surah pada rakaat pertama dan kedua tidak terlalu jauh. Makruh jika bacaan surah rakaat pertama dan kedua terlalu jauh jaraknya, misalnya baca surah Al-Baqarah pada rakaat pertama dan baca surah dari Muqaddam seperti Qul-huwallah pada rakaat kedua..

MEMBACA SURAH YANG PANJANG

Baca awal surah rakaat pertama, akhir surah rakaat kedua – surah yang panjang

Jika baca satu surah yang panjang dan tidak dihabiskan pada rakaat pertama, hendaklah dihabiskan pada rakaat kedua. Jika tidak boleh baca semuanya, sekurang-kurangnya baca beberapa ayat pada penghujung surah. (sekiranya ingat semua ayat dalam surah tersebut). Makruh jika tidak dihabiskan surah dalam rakaat kedua, sekiranya ingat (hafal) surah tersebut.

PANJANG BACAAN SURAH

Baca surah panjang dalam sembahyang Subuh iaitu sekurang-kurangnya 20 ayat seperti surah Al-Ghasiyah pada rakaat pertama dan Surah Al-Lail pada rakaat ke dua..

Baca surah Al-Bayyinah (Lam Yakunill lazi) dan surah di bawahnya (seperti Al-Qaariah) dalam Sembahyang Maghrib.

Jangan tetapkan bacaan tertentu dalam setiap sembahyang. Pelbagaikan bacaan surah mengikut susunan dan panjang surah yang diterangkan diatas.

No comments: