CARI TAJUK UTAMA

Tuesday, May 6, 2008

Mensyukuri Rezeki Yang halal

An-Nahl [114] Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.

“makanlah dari apa yang telah dikurniakan (rezeki)

Menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah, semua yang dikurniakan adalah rezeki samada halal atau haram. Yang tidak halal juga rezeki, tetapi tidak boleh dimakan.
Apabila mendapat rezeki yang haram (walaupun sudah ditakdirkan), ubahlah dengan mencari yang halal kerana Allah juga suruh kita berubah:-

Anfal [8]……..sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Sifat “Ar-Razzak” Allah tidak boleh ditiru, seperti dalam kisah Nabi Sulaiman:

Suatu hari, Nabi Sulaiman berdoa pada Allah. Dalam munajatnya itu, Nabi Sulaiman berkata:

Ya Allah, izinkanlah aku untuk menanggung rezeki segala ikan yang ada di lautan.”

Jawab Allah Taala:

“Wahai Sulaiman, engkau tidak akan sanggup menanggung rezeki mereka. Jangankan seluruh ikan di lautan malah sebahagian daripadanya pun engkau tidak akan sanggup.”

Kata Nabi Sulaiman lagi:

“Aku ingin untuk mencubanya, ya Allah!”

Oleh kerana Nabi Sulaiman terlalu berhajat, maka Allah perkenankan.

Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan pada sekelian rakyatnya baik dari golongan manusia, jin, dan juga binatang supaya mengumpulkan bahan-bahan makanan sebanyak mungkin di tepi laut.

Maka sekelian rakyat baginda melaksanakan perintah tersebut sehingga akhirnya, dalam masa singkat, terkumpullah bahan-bahan makanan di sepanjang pantai.

Melihat makanan yang bertimbun itu, Nabi Sulaiman berdoa:

“Ya Allah, rasanya sudah cukup bahan makanan yang aku sediakan untuk menanggung rezeki ikan-ikan yang ada di dalam lautan ini.”

Selesai sahaja Nabi Sulaiman berdoa, maka Allah keluarkan seekor ikan yang sangat besar dan memakan semua makanan yang ada sehingga habis tanpa meninggalkan sisa sedikitpun. Melihat kejadian yang menakjubkan itu, Nabi Sulaiman bersujud memohon ampun pada Allah atas segala kesalahannya.

Allah berfirman:

“Wahai Sulaiman, begitu banyak rezeki yang engkau kumpulkan hanya cukup untuk di makan oleh seekor ikan, bagaimana akan mencukupi bagi seluruh ikan yang berada di lautan ini?”

“bersyukurlah akan nikmat Allah”

Ibrahim [34}....dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya.

Ad-Dhuha [11] Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya

At-Takathur [8] Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!

No comments: