CARI TAJUK UTAMA

Monday, May 5, 2008

Wali Allah Yang Cintaikan Allah

Seorang wali yang tidak berkahwin dan tidak pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin. Beliau sangat cintakan Allah, bimbang sekiranya beliau kahwin, beliau akan lupakan Allah kerana banyak mengingati anak dan isteri. Hatinya hanya boleh menyayangi satu sahaja, samada Allah atau yang lain.


Akhirnya keluarga beliau mengahwinkannya secara “kahwin fuduli” (dibolehkan mengikut mazhab Hanafi, tetapi tidak boleh pada mazhab Syafie. Keluarganya tolong jawab nikah bagi pihaknya, tanpa pengetahuannya. Setelah lelaki itu tahu dan sekiranya dia diam, maka sahlah nikah itu. Tetapi sekiranya dia membantah, batallah nikah itu.)

Setelah dikahwinkan, perempuan yang merupakan isterinya itu dihantarlah ke rumahnya. Pada malam itu bila pulang ke rumahnya, beliau melihat cahaya pelita terang dalam rumahnya. Siapa pula yang datang ke rumahku. Lalu beliau masuk dan melihat perempuan yang berkelubung duduk dekat pelita itu serta bertanya ” Siapakah kamu?”. Maka jawab perempuan it, “sayalah urus kamu” (isteri). Kata wali itu “Allah tidak berurus, tidak berkahwin, bagaimana aku hendak berkahwin”. Lalu keluar api yang membakar perempuan itu dan mati hanguslah perempuan itu.

Wali itu berada dalam sifat “Jalal” (sifat hebat dan garang). Sepertimana Syeikh Mui’nuddin Chisti setelah berzikir dan berada dalam sifat jalal, beliau melihat batu di luar biliknya sehingga hangus batu itu kerana “contact” peribadinya dengan Allah sangat kuat pada masa itu.

Wali itu banyak mengamalkan Qulhuwallah (surah Al-Ikhlas) dan dikatakan telah mencapai 100 tempat makam Qulhuwallah. Dia mengajar ilmu tarekat. Anak muridnya hanya seorang. Setelah anak muridnya mencapai taraf khalifah, dihantarnya jauh dari tempatnya. Maka anak muridnya bertanya ” Bila saya sudah berada jauh dan bila tuan guru sakit atau meninggal, bagaimana saya hendak berkhidmat pada tuan guru?” Jawab wali itu “Bila keramatmu diketahui orang, itulah hari kematianku”.Anak muridnya itu juga adalah seorang wali yang kemudiannya menyertai askar. Raja Islam pada masa itu telah pergi memburu dan melihat seorang perempuan dan jatuh hati kepada perempuan itu (seorang anak raja kafir yang cantik). Raja itu telah menghantar orang meminang tetapi pinangannya ditolak. Kemudiannya dihantar askar untuk berperang tetapi tewas juga tentera Islam. Akhirnya dicadangkan kepada raja supaya meminta pertolongan wali supaya berdoa untuk kemenangan dalam perang. Setelah dicuba beberapa wali, semuanya tidak dapat mendoakannya kecuali seorang sahaja (wali yang masuk askar tadi). Lalu raja bertanya bagaimana hendak mengecam wali yang makbul doanya. Bila berlaku ribut disatu malam, raja dan menterinya keluar ke khemah-khemah askar, melihat hanya khemah wali tadi yang tidak dilanda ribut dan wali itu sedang membaca quran. Lalu raja meminta wali tadi berdoa. Pada mulanya beliau tidak sanggup sehinggalah raja itu meletakkan tangannya di atas kaki wali itu tanda rendah diri. Raja itu juga memberi wang gajinya untuk bulan itu. Kemudian raja itu menghantar tenteranya dan mendapat kemenangan.

Maka teringatlah wali tadi akan pesan gurunya.

“Bila keramatmu diketahui orang, itulah hari kematianku”.

Lalu beliau pulang dan membeli kain kapan untuk tuan gurunya. Tiada siapa yang boleh menyentuh mayat gurunya kerana keluar api dari mayatnya. Hanya dia sahaja yang boleh menyentuh mayat gurunya. Tok gurunya juga pernah berpesan supaya jangan sesiapa mengimamkan sembahyangkan jenazahnya sehingga “orang luar” datang. Lalu datang seorang berkuda dan memakai burqa@purdah (kain yang menutup mukanya) dan mengimamkan sembahyang jenazah. Selesai sembahyang,lelaki berkuda itu meninggalkan jemaah. Lalu anak muridnya itu memegang tali kuda itu dan mengikut lelaki berkuda itu hinggalah ke satu tempat jauh dari orang ramai. Lalu murid itu bertanya siapakah kamu. Lelaki berkuda itu bertanya ‘betulkah kamu ingin mengetahui siapa aku’ Setelah dibuka kainnya, dilihatnya tuan gurunya yang mati itu adalah lelaki berkuda tadi. Tuan gurunya menyembahyangkan jenazahnya sendiri. Seperti kata Nabi, wali-wali tidak mati, hanya jasadnya mati.

Kuburnya pula tidak boleh dilalui burung. Sekiranya burung melalui kawasan kuburnya, terbakarlah burung itu. Setelah itu wali yang lain pula berdoa kepada Allah minta ditutupkan keramatnya.

Berbalik pada kisah raja dan tentera Islam yang mencapai kemenangan tadi. Perempuan kafir itu pula menyuruh dayangnya menyediakan kayu api. Bila tentera Islam masuk ke istana, dinyalakan api. Bila raja itu hendak menyentuhnya, perempuan itu membunuh diri dan terjun ke dalam api itu.

Wali-wali semenangnya fana’ dalam cinta dan kasih sayang kepada Allah sehingga lupa diri sendiri. Bukan seperti kita cinta kepada harta, pangkat dan dunia. Mereka tidak cinta dunia, tinggal sahaja dalam dunia untuk melaksanakan perintah Allah.

No comments: