CARI TAJUK UTAMA

Tuesday, May 6, 2008

Sujud Sahwi

Doa sujud sahwi:
Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa

Tidak pasti bilangan rakaat?

Dari Abu Said Al-Khudri r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang dari kamu merasa syak (ragu-ragu) dalam sembahyangnya, iaitu ia tidak tahu adakah ia sembahyang tiga atau empat rakaat, maka hendaklah ia membuang syak itu dan meneruskan sembahyangnya (bilangan rakaat yang diyakininya, kemudian ia sujud sahwi dua kali sebelum salam; dengan itu,

Jika ia telah sembahyang lima rakaat, maka genapkanlah sembahyang itu.

Jika ia telah sembahyang (empat rakaat) cukup, maka kedua sujud sahwi itu menjadi amal bakti yang menghina dan menghampakan syaitan yang menimbulkan was-was dan ragu-ragu itu.

(Hadis Shohih Riwayat Muslim)

Huraian:

Jika was-was samada tiga atau empat, ambil apa yang diyakini telah dilakukan iaitu tiga rakaat dan buang syak empat rakaat.

Dalam mazhab Hanafi, kalau seseorang telah buat 5 rakaat, hendaklah ditambah 1 rakaat lagi untuk menggenapkannya iaitu menjadi 6 rakaat, (4 fardhu dan 2 sunat)

Dalam mazhab Syafie, tidak perlu ditambah 1 rakaat, cuma sujud dua kali sahwi sahaja, sebelum salam.

Sujud dua kali itu mula-mula dilakukan oleh malaikat yang diperintahkan sujud kepada Nabi Adam. Melihatkan syaitan tidak sujud (setelah malaikat mengangkat kepala dari sujudnya), mereka sujud sekali lagi sebagai tanda syukur boleh patuh pada arahan Allah.


No comments: