CARI TAJUK UTAMA

Tuesday, May 6, 2008

Mimpi Rasulullah

Riwayat Ahmad dari Anas Bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w bersabda:

Siapa melihat aku dalam mimpi, maka akulah itu kerana sesungguhnya Syaitan tidak boleh menyerupai aku.

Syaitan dijadikan dari api dan boleh berupa menjadi manusia, lelaki atau perempuan. Setengah ulama kata syaitan tidak boleh menyerupai Nabi Muhammad s.a.w. Setengah ulama kata syaitan tidak boleh menyerupai mana-mana Nabi. Bila syaitan berupa menjadi manusia, ia tiada lurah hidung. Kerana itu orang yang menyimpan misai hendaklah menampakkan lurah hidungnya.

Dalam hadith yang lain, berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,

Sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Mimpi melihat Rasulullah itu betul, tetapi percakapan Nabi dalam mimpi tiada jaminan. Ia bergantung kepada percakapan itu selagi tidak bertentangan dengan syarak.

Kelebihan orang yang mimpi Nabi
Besar kelebihan orang yang mimpi Nabi. Ulama kata akan mati dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurga.

Amalan untuk dapat ziarah Nabi dalam mimpi
Setengah ulama menyuruh baca Al-Kautsar 1,000 kali satu malam, bacalah hingga 2-3 malam. Setengah ulama suruh banyakkan selawat ke atas Nabi. Surah Al-Kautsar menceritakan hubungan khusus Nabi s.a.w dengan Allah, orang yang benci Nabi akan terputus rahmatnya dari Allah:

Al-Kauthar [3] Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).

No comments: