CARI TAJUK UTAMA

Tuesday, May 6, 2008

3 Perkara Untuk Berjaya Disana

Maidah [35] Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.

1) Bertakwalah kepada Allah

Dalam satu hadith, “Takwa (takut) itu kepala ketaatan”. Bila takut pada Allah kita akan buat baik dan patuh (suruhan dan larangannya). Takut pada Allah diberi dua syurga:

Ar-Rahman [46] Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga.

Takwa itu luas “area”nya, meliputi segala yang fardu dan juga yang sunat. Untuk dapat takwa, asuhlah hati dan cari ilmu serta didikan. Ilmu ialah teori, didikan ialah praktikal. Didikan(ilmu yang diamalkan) penting dan boleh mengatasi ilmu. Setelah berilmu, amalkanlah dan pakailah pakaian yang melambangkan takwa:

AL-A’raf [26] Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya.

Satu kisah apabila Rasulullah pernah menegur tiga orang sahabat yang melakukan ibadat. Pemuda pertama mahu terus bersembahyang sepanjang malam di masjid tidak mahu tidur, seorang lagi ingin terus berpuasa tanpa henti dan seorang lagi tidak mahu berkahwin. Rasulullah bersabda;

“Demi Allah, sesungguhnya aku lebih takut kepada Allah dan aku lebih taqwa, tetapi aku sembahyang dan aku tidur, aku berpuasa dan aku berbuka dan aku juga berkahwin dan memiliki keluarga. Ini adalah sunnahku dan sesiapa yang tidak mengikut sunnahku dia bukan dari kalanganku”

Kata Nabi s.a.w. , kalau kamu tahu apa yang aku tahu, kamu tidak akan ketawa. Nabi tidak ketawa, hanya senyum lebar sahaja. Riwayat Ibnu Abbas, tertawa dalam masjid menyebabkan gelap dalam kubur. Hendaklah masuk ke masjid dengan rasa hormat dan takutkan Allah.

Baqarah [114]….tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah

2) carilah jalan yang boleh menyampaikan kepadaNya (wasilah)

Wasilah

Carilah jalan iaitu “wasilah”, perantaraan untuk sampai kepada Allah. Dalam hadith lebih kurang maksudnya “Orang dapat kejayaan dengan wasilah, orang dapat kejayaan akhirat juga dengan wasilah”. Wasilah yang dimaksudkan ialah “ilmu” dan “didikan (tarbiyah)”, samada secara zahir(syariat) atau batin(tarikat). Tarikat juga asalnya dari Nabi s.a.w. yang diajar kepada para sahabat, untuk segera dapat kedudukan dan kejayaan disisi Allah.

sampai kepada Allah“. Allah itu dekat dan juga jauh:-

Dekat:-

Baqarah [186] Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka);

Qaf [16] Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,

Waqiah [85] Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,

Hadid [4]…..dan Dia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.

Jauh:

Ta-ha [5] Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.

Dekat atau jauhnya Allah itu juga bergantung kepada keadaan kita. Nafsu buruk yang menjauhkan kita dari Allah

Kata seorang guru tarikat. Allah itu 2 langkah dari kamu. Langkah pertama, pijak nafsu (letak nafsu dibawah tapak kaki), langkah kedua ialah Allah.

Berjayalah orang yang membersihkan diri dari nafsu buruk:

As-Syams [9] Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),

Rugilah orang yang mengikut nafsu buruknya:

As-Syams [10] Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

3) berjuanglah pada jalan Allah (jihad)

Berjuang pada jalan Allah (Jihad) samada secara berperang atau apa sahaja untuk menguatkan agama Allah.

4) supaya kamu beroleh kejayaan“.

Kejayaan juga luas skop dan areanya. Darjat / kedudukan (status) kita di akhirat adalah sangat banyak berbanding darjat di dunia. (wa akbaru darajatin…)

Israa [21]……dan sesungguhnya pemberian di akhirat lebih besar tingkatan-tingkatan perbezaannya dan lebih besar tambahan-tambahan kelebihannya.

No comments: