CARI TAJUK UTAMA

Tuesday, June 3, 2008

Adab Didalam Masjid (Rumah Allah)

Ajaran Islam memang melarang umatnya dari bercakap perkara-perkara yang tidak berfaedah lebih-lebih lagi kata-kata keji, lucah dan sebagainya. Larangan tersebut perlu diberi perhatian terutama sekali di dalam masjid dan kawasannya. Berbual perkara keduniaan yang tidak berfaedah langsung dan tidak ada kaitanya dengan kebahagiaan hidup di akhirat, perlu dihindarkan sama sekali semasa kita berada di dalam masjid.

Juga Islam melarang umatnya berkumpul di dalam masjid semata- mata untuk memperkatakan keaiban orang lain lebih-lebih lagi mengumpat, menghina, menuduh, mengejek, menjatuhkan maruah orang lain juga mengangkat suara dengan tinggi.

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :-
"Dari Ibn Mas'ud r.a Nabi bersabda: akan datang di akhir zaman umatku datang ke masjid lalu mereka duduk berkumpul-kumpul dan yang dibincangkannya hanya masalah dunia dan kegemaran akan dunia. Janganlah mereka engkau dekati sebab Allah tidak memerlukan kepada mereka." (diriwayatkan oleh Ibn Hubban dan Al-Hakim)

Apabila seorang muslim memasuki masjid, janganlah sekali-kali melangkah kepala-kepala orang lain dan duduk dimana ada ruang kosong. Dia juga perlu meraikan kesempurnaan saf-saf serta dilarang melintas orang-orang yang sedang solat kecuali jika hendak mengisi tempat kosong di saf pertama kerana kecuaian orang yang berada di saf kedua (kerana tidak mengisi ruang saf yang kosong).

Apabila seseorang itu berada di dalam masjid, maka dilarang meninggikan suara sebagaimana Imam Ibnu al-Haj berkata yang bermaksud :-
"Hendaklah dilarang sesiapa yang mengangkat suaranya di masjid ketika khatib sedang berkhutbah atau sebagainya daripada berbuat demikian."

Sabda Rasulullah bermaksud:
" Jauhkanlah masjid-masjid kamu daripada (gangguan) kanak-kanak kecil, orang gila, jual beli, pedang yang terhunus, meninggikan suara kamu dan tidak boleh melaksanakan hukum hudud (dalam masjid), tangguhlah perlaksanaan hukuman itu pada hari-hari kamu berkumpul."

Imam Malik dan al- Baihaqi daripada Salim bin Abdullah bahawa Umar bin al-Khattab r.a telah membina satu ruang dinamakan al-Butaiha, yang dibina bersebelahan Masjid Rasulullah s.a.w.
Setelah siap beliau berkata :
"Barang siapa yang ingin berucap atau mendeklamasikan sajak atau meninggikan suara maka silalah keluar daripada masjid dan masuklah ketempat ini."
Malah meninggikan suara ketika membaca al-Quran atau berzikir di masjid ditegah oleh Islam. Namun ada juga pengecualian iaitu mengangkat suara kerana mengajar yang merupakan fardu ain atau perkara wajib dengan syarat tidak semasa sembahyang berjemaah.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang sedang sembahyang sedang munajat kepada Tuhannya maka hendaklah kamu perhatikan apakah yang dimunajatkannya dan janganlah kamu menguatkan suara dengan membaca al-Quran. (diriwayatkan oleh Ahmad)

Satu riwayat lain mengatakan:
Nabi sedang beriktikaf di dalam masjid dan baginda mendengar mereka membaca al-Quran dengan nyaring maka baginda membuka tabir dan berkata yang bermaksud : -
"Perhatikan, bukankah kamu semua bermunajat kepada tuhan kamu maka janganlah kamu mengganggu antara kamu dan jangan meninggikan suara ke atas orang lain dengan bacaan al-Quran." (diriwayatkan oleh Abu Daud dan An-Nasaii)

Melihat kepada asas pembinaan sesebuah masjid, jelas ia bertujuan supaya umat Islam bertakwa kepada Allah dan penyatuan umat. Masjid bukanlah tempat menanam bibit-bibit kebencian satu golongan kepada golongan yang lain dan ia bukan tempat mewujudkan perpecahan di kalangan umat. Dan ia juga bukan tempat menabur fitnah atau gelanggang untuk mencaci pihak yang di benci.

Al-Ouran menceritakan orang-orang munafik juga telah membina masjid bertujuan menabur fitnah dan merosakkan perpaduan di kalangan umat Islam. Rasulullah s.a.w dapat memahami niat buruk mereka, lalu baginda memerintahkan supaya meruntuhkan masjid tersebut dan membakarnya. Berikutan dengan peristiwa itu Allah menurunkan ayat khusus berhubung dengan membina masjid dan memuji Masjid Quba sepertimana firman Allah SWT yang bermaksud :-
"Sesungguhnya masjid yang berdasarkan takwa (Masjid Quba) semenjak ia didirikan lebih patut engkau sembahyang di dalamnya. Di dalam masjid ada orang-orang yang ingin supaya dirinya bersih, sedangkan Allah kasihkan orang-orang yang bersih". (surah at-Taubah : 108)

Pencuri Dalam Sembahyang

Orang-orang yang menunaikan solat mereka dalam keadaan kelam-kabut akan hilang penghayatan dan khusyuk mereka. Mereka ini disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai pencuri. Sabda Rasulullah SAW :Seburuk-buruk pencuri ialah mereka yang mencuri dari solat mereka.
Maka sahabat pun bertanya: Wahai Rasulullah bagaimana mereka mencuri dari solat mereka? Maka Rasulullah menjawab: Mereka yang tidak sempurna ruku` dan sujud mereka (iaitu mengerjakan solat mereka dengan pantas). (Riwayat Ahmad, Thabrani dan Ibn Khuzaimah)

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Nasaa`i, Rasulullah SAW melarang dari solat yang dikerjakan seperti burung yang mematuk makanan, iaitu pantas berdiri dan sujud dalam waktu yang singkat. Dalam hadis yang lain Rasulullah juga bersabda: Allah SAW tidak melihat solat seseorang yang dikerjakan tanpa sempat meluruskan tulang belakangnya antara ruku` dan sujud. (Hadith riwayat Thabrani).

Maka marilah kita mengerjakan solat kita dalam khusyuk, tenang dan tanpa kelam-kabut agar solat kita tidak menjadi sia-sia dan agar kita dapat meraih fadhilat-fadhilat dan anugerah-anugerah yang telah dijanjikan oleh Allah SAW.

Sabda Rasulullah SAW: Apabila seseorang darimu hendak mendirikan sembahyang, maka hendaklah ia sembahyang laksana sembahyang orang yang memberi selamat tinggal, iaitu
orang yang sama sekali tidak fikir ia akan dapat kembali bersembahyang lagi
.
(Riwayat Al-Dailami dari Ummi Salamah)

Tipu Daya Semasa Sakaratulmaut

Semasa manusia menghadapi sakaratul maut, syaita-syaitan datang lalu menyamar menyerupai orang-orang yang sangat dicintai oleh orang yang nazak tadi, tetapi mereka itu telah mati seperti ibu, bapa atau abangnya yang telah mati. Syaitan yang menyamar tadi duduk di kiri dan kanan manusia sambil berusaha keras untuk menyesat dan mengodanya.

"Mungkin engkau akan mati sebentar lagi, kami telah mengalaminya terlebih dahulu. Kami merasakan mati sebagai Yahudi atau Nasrani itu adalah lebih baik. Oleh kerana itu baik kamu mati secara Yahudi atau Nasrani". Begitulah antara rayuan yang akan didengar oleh orang yang nazak.

Dalam keadaan yang sangat dahaga, orang yang nazak tentulah inginkan air dan sanggup membayar dengan harga yang tinggi jika dia mampu. Pada ketika ini syaitan berusaha memusnahkan iman seorang mukmin.

Maka syaitan yang menyamar tadi mendatangi di sekitar kepalanya sambil membawa semangkuk air lalu menunjukkan kepada si nazak tadi.

Maka orang mukmin itu berkata :"Berikan air itu kepadaku".

Lalu syaitan menjawab :"Katakanlah, tiada seorang yang berkuasa di alam ini, barulah aku memberi air kepadamu".

Bayangkan bagaimana keadaan kita....tertipukah kita ???

Kemudian, syaitan mendatangi sekitar tapak kaki orang mu’min tadi sambil mengerakkan mangkuk berisi air.

Lalu kata mukmin tadi : "Berikan air itu kepadaku". Syaitan menjawab : "Katakanlah bahawa Rasulullah dusta, barulah aku berikan air ini kepadamu".

Alangkah malangnya orang menyahut permintaan syaitan itu, pasti nerakalah habuannya angkara terlalu dahaga tertipu juga akhirnya, keluarlah ia dari dunia dalam keadaan KAFIR. Semoga kita termasuk dalam golongan yang celaka ini.

Hal ini pasti terjadi sebagaimana yang pernah diriwayatkan bahawa Abu Zakaria ketika menghadapi sakaratul maut. Rakannya berulangkali menyerunya mengucap dua kalimah syahadah. Tapi sayang, Abu Zakaria memalingkan mukanya, lalu diulang sekali lagi, beliau tetap berkelakuan serupa. Kali yang ketiga, maka Abu Zakaria berkata : "Aku tidak akan mengucapkannya".

Binggunglah seluruh teman dan ahli keluarga. Kemudian dia tersedar dan kedua matanya terbuka lalu berkata : "Adakah kalian mengatakan sesuatu kepadaku"

Mereka menjawab : "Ya, tetapi engkau memalingkan mukamu sebanyak dua kali". Kali ketiga engkau mengatakan : "Aku tidak mengucapkannya".

Kemudian Abu Zakaria menceritakan : Iblis mendatangiku sambil membawa semangkuk air yang diletakkan di sebelah kananku sambil menggerakkan mangkuk.

Ia berkata kepadaku : "Apakah engkau memerlukan air"

Lalu saya berkata : "Ya memang".

Seterusnya iblis berkata : "Katakanlah bahawa Isa anak Allah".

Maka saya berpaling dari arahnya.

Kemudian dia mendatangi aku dari kaki sambil berkata kepadaku seperti tadi sebanyak 3 kali.

Kemudian dia berkata lagi : "Katakanlah, tidak ada tuhan".

Lalu aku mengatakan : "Aku tak akan mengatakannya".

Iblis itu terus membalingkan mangkuk di atas bumi dan mengambilnya semula lalu pergi dengan penuh kekecewaaan.

Saya tetap menolak ajakan iblis itu sambil berkata : "Aku tidak akan mengikuti kamu semua".

Perihal Sakaratulmaut

Syaitan Dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, Dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan Dan rombongan.

Hadith Rasulullah SAW. Menerangkan:
Yang bermaksud: "Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut."

Rombongan 1
Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik Dan aneh seperti emas, perak Dan lain-lain, serta sebagai makanan Dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak Dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba Dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah y ang dikatakan mati yang lalai Dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik Dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2
Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu
Merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular Dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung Dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai Dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik Dan Munafik Dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3
Akan datang Iblis mengacau Dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, Dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).
Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu Dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai Dan lupa kepada Allah SWT.
Matinya itu mati Fasik Dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4
Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling
Dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang Dan matilah IA sebagai mati Fasik Dan Munafik, Dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5
Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan Dan minuman, sedangkan orang yan G di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman Dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan Dan minuman yang dibawa oleh is ayah Dan is ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu "Wahai anakku inilah sahaja makanan Dan bekalan yang kami bawakan untukmu Dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami Dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya Kita tidak lagi bercerai Dan marilah bersama kami masuk ke dalam
Syurga."

Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal IA di dalam neraka Dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6
Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata IA: "Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor Dan bomoh bersama dengan ubat untukmu." Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?"
Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku tidak tahu."

Berkata ulamak Iblis: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi Dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib Dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami."

Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan Dan ke kiri, Dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu:
"Bagaimanakah Zat Allah?" Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena.

Lalu berkata ulamak palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding Dan tirai akan dibuka kepadamu."

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni
Itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit Dan bumi. Berkata Iblis: "Itulah dia Zat Allah yang patut Kita sembah."

Berkata orang yang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini Ada di kirinya Dan kanannya, mempunyai atas Dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini."

Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7

Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan
sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.

Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.

Bersesuaian den gan sebuah hadith yang bermaksud: "Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah."

Kesal : Menghina ulama dan hukum Allah

Luahan :
Saya sebagai blogger kesal adanya manusia dimuka bumi Allah ini tidak mengenali baik buruknya tentang kesucian agama Allah dan arahan Allah taala itu sendiri. Dengan sewenangnya menabur kata-kata kesat dan menghina para ulama serta hukum Allah. Amat sedih sekali apabila melayarinya kerana perbincangan yang penuh dengan fitnah dan menidakkan hukum Allah.

Sila lawati di : http://www.isuhot.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=4406

Kesimpulan :
Disini kita boleh lihat bagaimana umat Nabi Muhammad s.a.w sekarang, ceteknya iman dan pengetahuan islam kerana tidak faham akan islam itu sendiri. Dari sini kita boleh fikir ada beberapa yang sedang berlaku iaitu :

  • Tidak Melaksanakan Huhud Allah (Hukum Allah) - Kerana sudah terkandung didalam Al Quran, bukannya buatan mana-mana pihak. Sedangkan semua undang-undang dan hukumannya sudah cantik dan telah dihuraikan dengan terperinci mengenainya.
  • Maksiat Berleluasa - Gagalnya pihak berkuasa membenteras dan tidak Amanah dalam melaksanakan tugas.
  • Gam Alim Ulama - Melarang amal makruf nahi mungkar
  • Melaksanakan Hukuman Mengikut Penjajah Dahulu - Huraian daripada petikan satu hadis "Adalah satu dosa yg tidak dapat diampunkan sekiranya penjajah sudah balik, tetapi kita masih melaksanakan hukuman penjajah".
  • Menyambut Tahun Kebesaran Penjajah - Menampakkan kurangnya pengetahuan kepada bulan/tahun Islam dan kelebihan amal ibadat pada setiap bulannya.
  • Maksiat secara terbuka - Konsert yg penuh dengan maksiat seperti AF, Gangsatars dan lain-lain lagi.
  • Merobohkan rumah Allah sewenang-wenangnya.
  • Pemimpin Tidak Amanah
  • Siaran TV penuh dengan maksiat dan zina.
  • Aurat diabaikan kerana alasan mengikut peredaran zaman.
  • Ibu bapa abaikan tanggungjawab terhadap anak-anak menyebabkan berlakunya zina. Sila lawati hmetro, byk kisah remaja terjebak dengan zina, maksiat dan macam-macam lagi.
  • Terabainya Al Quran & Sunnah sebagai rujukan

Ini adalah sebilangan sahaja, kita boleh fikir sendiri apa yang terjadi dimasa kini....

Perkara yang dinyatakan diatas boleh menyebabkan kepada Murtad tanpa disedari :

Mengikut Islam, murtad boleh terjadi dengan melalui salah satu dari tiga perkara berikut; melalui perkataan, ucapan dan kata-kata, melalui perbuatan atau tingkah laku dan melalui iktiqad, kepercayaan dan keyakinan dalam hati atau niat. Di bawah ini akan dijelaskan sebab-sebab tersebut.

a) Melalui Perkataan / Ucapan dan Kata-kata.

Murtad boleh berlaku dengan perkataan atau ucapan dan kata-kata. Apabila ucapan dan kata-kata tersebut menolak hukum-hukum Islam dan prinsip-prinsip ajaran Islam yang diketahui oleh semua orang atau kata-kata yang menghina apa-apa ajaran Islam, hukum hakam Islam, menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan nabi-nabi lain, menghina Allah S.W.T. dan sebagainya, atau seseorang itu mengingkari wajib mengeluarkan zakat, wajib puasa, wajib sembahyang lima waktu, wajib haji dan lain-lain, atau dia berkata minum arak tidak haram, berzina harus, apatah lagi kalau suka sama suka, riba' diharuskan (tidak haram), dikatakan al-Quran bukan kalam Allah atau kata-kata yang merendahkan dan menghina Sunnah Rasulullah, umpamanya apabila diterang kepadanya bahawa mengerat kuku adalah Sunnah Rasulullah S.A.W. Apabila dia mendengar kata-kata itu, dia menjawab, "aku tidak akan kerat kuku, walaupun ia Sunnah Rasulullah (dengan niat mahu menghina sunnah tersebut)". Atau dia berkata, "sekiranya Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. menyuruh aku kerjakan anu-anu, aku tidak akan melakukannya". Atau dia berkata,"Aku tidak tahu adakah nabi itu manusia atau jin". Atau pun dia berkata,"Aku tidak tahu apa itu iman". Semua kata-kata di atas adalah ucapan yang menghina / mengejek ajaran Islam, maka dengan kata-kata sedemikian seseorang itu boleh menjadi murtad.

Begitu juga seseorang yang zalim,apabila dia mendengar orang yang dizaliminya berkata,"Ini, (kezaliman yang dilakukan ke atasnya) adalah ketetapan Allah dan takdir Tuhan", maka orang zalim tadi sebaik sahaja mendengar kata-kata di atas dia terus berkata dengan sombong,"Aku lakukan itu bukan dengan takdir Allah S.W.T. tetapi dengan kuasa yang ada padaku", maka kata-kata orang zalim sedemikian itu boleh menjadi murtad.

Begitu juga kalau seseorang Islam menghalalkan hukum yang haram oleh Allah dan RasulNya atau sebaliknya mengharamkan sesuatu yang halal yang telah disepakati oleh para ulama' tetang halal atau haramnya perkara itu seperti dia menghalalkan zina, menghalalkan liwat, menghalalkan minum arak, atau mengharamkan perkahwinan, mengharamkan jual beli dan seterusnya. Maka sikap sedemikian boleh menjadi murtad.

Dalam buku Mustika Hadis, ada menyebut beberapa contoh kata-kata yang boleh membatalkan iman seseorang atau yang boleh menjadi murtad iaitu:
Kata-kata (menghina atau merendahkan) mana-mana hukum Islam seperti :

• Hukum apa ini ?
• Hukum ini sudah lapuk.
• Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba' kerana menghalang kemajuan.
• Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus (tutup aurat dengan memakai telekong).
• Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?
• Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya.
• Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya.
• Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam, sampai kiamat kita tidak maju.
• Seseorang berkata,"Perbuatan yang demikian tidak beradab", apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW selepas makan baginda menjilat sisa makanan dijarinya (sebelum dibasuh tangan).
• Seseorang berkata,"Aku tidak mahu memotong kuku sekalipun sunnah", apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunnah.
• Membaca ayat-ayat suci al-Quran, hadith nabi dan nama-nama Allah dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.
Ungkapan yang disebut di atas adalah beberapa contoh kata-kata yang boleh menjadi murtad.

b) Melalui Perbuatan atau Tingkah Laku.

Apabila seseorang Islam melakukan apa-apa perbuatan atau apa-apa tingkah laku yang boleh membatalkan imannya maka orang itu boleh menjadi murtad seperti sujud kepada berhala, matahari, bulan, manusia, kepada malaikat atau kepada mana-mana makhluk lain atau melakukan ibadat terhadap selain daripada Allah S.W.T. Seperti menyembah batu, pokok kayu dan lain-lain
Begitu juga mana-mana perbuatan yang menghina, merendah dan mempersendakan Islam seperti mencampakkan al-Quran ke tempat-tempat kotor secara sengaja atau kitab-kitab hadith dan tafsir atau memijak-mijaknya dengan niat menghina. Dalam buku Mustika Hadith ada menyebut perbuatan yang boleh menjadi murtad seperti meletakkan ayat-ayat suci al-Quran, hadith-hadith nabi, nama-nama Allah, rasul-rasulNya, malaikat dan ilmu-ilmu agama di tempat najis atau kotor dengan tujuan menghina dan merendahkannya.
Begitu juga seseorang yang meninggalkan sembahyang Fardhu atau puasa Ramadhan dalam keadaan mengingkari wajibnya atau mengatakan ia tidak wajib, maka dia boleh menjadi murtad kerana dia mengingkari satu perkara yang memang diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu adalah wajib ke atas setiap orang Islam. Tetapi kalau dia meninggalkan kerana malas, sedangkan dia yakin sembahyang atau puasa itu wajib, maka ia tidak menjadi murtad.
Apa yang disebut adalah sebahagian dari contoh-contoh yang boleh memurtadkan seseorang Islam melalui perbuatan dan tingkah laku.

c) Melalui Akidah atau Kepercayaan atau Niat.

Murtad melalui akidah, kepercayaan atau niat akan berlaku apabila seseorang Islam mengingkari dalam hatinya mengenai kebenaran ajaran Islam seperti dia yakin ajaran Islam sama sahaja dengan ajaran agama lain, atau yakin bahawa agama lain lebih baik dari agama Islam, dia yakin hukum hudud (jinayah Islam) tidak layak dilaksanakan sekarang dalam masyarakat moden.
Begitu juga apabila seseorang Islam yakin Allah tidak berkuasa, Allah tidak mencipta alam ini, Allah lemah, mempunyai sifat sama seperti makhluk dan lain-lain lagi. Demikian juga jika seseorang itu percaya bahawa Nabi Muhammad SAW bukan nabi akhir zaman, syariat dan ajaran Islam yang dibawa bukan untuk seluruh manusia, atau dia percaya hukum Islam yang dibawa oleh baginda adalah hukum-hukum lapok, tidak sesuai dengan keadaan zaman. Dia menghina apa-apa ajaran yang dibawanya, dia beriktiqad tidak ada dosa dan pahala, tidak ada syurga dan neraka, manusia tidak dibangkit semula sesudah mati, beriktiqad agama orang kafir lebih baik dari agama Islam, atau berbalik-balik hati antara mahu manjadi kafir pada masa akan datang dan lain-lain lagi keyakinan dan iktiqad yang salah.

Hukum Orang Murtad.

Orang murtad dikenakan ke atasnya beberapa hukum iaitu, pertama; disuruh bertaubat, kedua; dihukum bunuh kalau tidak mahu bertaubat, ketiga; dirampas hartanya (ditarik hak milik harta), keempat; terputus hubungan suami isteri dan tidak boleh pusaka mempusakai antara suami isteri, ayah ibu dan anak-anak, kelima; penyembelihannya tidak halal dan pahala ibadatnya terbatal. Dibawah ini diterangkan hukum-hukum secara ditil.

a) Disuruh Bertaubat.

Apabila seseorang telah sabit murtad, dia perlu diberi nasihat dan kaunseling, juga disuruh bertaubat beberapa kali. Jika tidak mahu bertaubat setelah disuruh berulang kali dia mesti dibunuh. Tempoh masa untuk bertaubat tersebut – mengikut Jumhur ulama’ – selama tiga hari tiga malam, tetapi mengikut hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, bahawa dia diberi peluang suruh bertaubat selama kira-kira dua puluh malam.
Apabila seseorang murtad itu sedar dan mahu bertaubat serta mahu memeluk Islam semula, taubatnya diterima, dengan melalui beberapa perkara: Pertama, dia perlu mengucap dua kalimah syahadah semula. Kedua, dia perlu membuat pengakuan atau ikrar di atas apa yang dia ingkar yang menyebabkan dia menjadi kafir (murtad), dan melepaskan diri daripada segala ajaran yang menyalahi agama Islam. Umpamanya jika dia murtad dengan sebab percaya adanya dua Tuhan atau mengingkari risalah Nabi Muhammad S.A.W., maka sewaktu bertaubat dengan mengucapkan dua kalimah syahadah, dia perlu membuat pengakuan yang Tuhan hanya satu bukan dua, dan mengaku memang betul dan benar bahawa Nabi Muhammad SAW adalah nabi akhir zaman.

b) Dijatuhkan Hukum Bunuh.

Apabila orang yang murtad tidak mahu bertaubat setelah dinasihatkan dan dikaunseling dalam masa tempoh yang ditentukan, maka tidak ada jalan lain dia mesti dijatuhkan hukum bunuh dengan segera dengan dipancung lehernya.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a., baginda bersabda, ertinya:

Sesiapa yang menukar agamanya maka hendaklah kamu membunuhnya.
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Hadis lain diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asyari r.a. yang bermaksud “Bahawa baginda S.A.W. berkata kepadanya, “Pergilah kamu ke negeri Yaman”, kemudian baginda menghantar Muaz bin Jabal selepas itu. Apabila Muaz sampai ke tempat Abu Musa, Abu Musa menjemput Muaz dengan memberi sebiji bantal alas duduk serta berkata, “Sila duduk”, sedangkan di majlis itu ada seorang yang badannya diikat, Muaz bertanya, “Apa hal orang ini?”. Abu Musa menjawab, “Orang ini asalnya Yahudi, dia telah masuk Islam kemudian dia balik menganut agama Yahudi semula”. Muaz berkata, “Aku tidak akan duduk sehingga dia dibunuh (terlebih dahulu), itulah hukum Allah dan RasulNya”. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dari hadis di atas jelas bahawa orang yang murtad mesti dibunuh segera apabila dia enggan bertaubat. Hukum bunuh seperti di atas telah pun dijalankan oleh sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W., antaranya Abu Bakar r.a., Umar bin al-Khattab dan Ali bin Abu Talib r.a. sewaktu pemerintahan masing-masing.

Hukum tersebut di atas, tidak sekali-kali bertentangan dengan “dasar kebebasan beragama”, atau dasar “لا إكراه في الدين” (Tidak ada paksaan dalam agama). Sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah dalam al-Quran, kerana dasar ini tidak ada hubungan sama sekali dengan soal orang murtad.

Soal murtad dan soal kebebasan beragama adalah dua masalah yang berlainan. “Tidak ada paksaan dalam agama” bererti; orang-orang Islam tidak boleh sama sekali memaksa orang kafir memeluk Islam, kerana hakikat iman dan kufur telah dijelaskan dalam al-Quran, dalam hadis dan juga oleh para ulama’ dalam dakwah mereka, maka terserah kepada seseorang itu sama ada mahu beriman dan taat atau pun mahu kekal kufur dan ingkar. Selain itu, kalau dipaksa orang kafir supaya memeluk Islam, maka Islamnya tidak sah.

Ini berlainan halnya dengan orang Islam yang murtad, kerana apabila seseorang itu murtad sama ada melalui iktikad, atau percakapan dan tuturkata atau melalui perbuatannya, ini bererti dia telah melakukan jenayah, bukan sahaja kepada dirinya sendiri, tetapi juga kepada keluarga, masyarakat dan umat Islam seluruhnya. Antara jenayah-jenayah yang dilakukan ialah:
a) Dia memang menganggap dirinya betul dan pandai, umat Islam lain semuanya dianggap salah dan bodoh belaka. Ini bererti dia menghina dan memusuhi masyarakat Islam.
b) Dia menyalahkan agama Islam kerana didorong oleh nafsunya, dia tidak mahu terikat kepada suruhan Allah dan Rasul serta larangan keduanya. Ini bererti dia menghina agama Islam yang menjadi pegangan hidupnya dan dihormati oleh seluruh umat Islam.
c) Dia akan menjadi contoh buruk bagi orang-orang lain yang akan terpengaruh kepada diayahnya. Ini akhirnya akan meruntuhkan ajaran Islam.

Oleh sebab jenayah orang yang murtad sangat besar dan bahaya, maka hukum Islam yang ditetapkan supaya dilaksanakan di dunia dengan dijatuhkan hukum bunuh dan balasan azab seksa di akhirat kelak amatlah adil dan setimpal dengan jenayahnya yang besar itu.

c) Dirampas Hartanya.

Setelah sabit seseorang Islam itu murtad, maka segala harta miliknya perlu dirampas dari miliknya (ditahan hak milik terhadap harta itu) dan diletak dibawah pengawasan Ketua Negara atau wakilnya. Jika harta itu perlu diambil untuk urusan perbelanjaan dirinya sebelum dijatuhkan hukuman bunuh, pihak kerajaan boleh mengambil dari hartanya sekadar perlu sahaja.

Sekiranya dia bertaubat memeluk Islam semula, harta tersebut perlu diserah balik kepadanya. Ini bererti harta tersebut masih dianggap hartanya cuma ditahan hak milik buat sementara. Tetapi sekiranya dia tetap tidak mahu bertaubat, bahkan dijatuhkan hukuman bunuh, maka harta tersebut menjadi milik kerajaan dikira semenjak dia mula-mula murtad lagi.

Harta orang yang murtad tidak boleh dipusakai oleh waris-warisnya dan dia juga tidak boleh menerima harta pusaka dari waris-waris lain kerana diantara syarat untuk membolehkan seseorang menerima harta pusaka ialah waris tersebut sama-sama beragama Islam, sedangkan orang itu telah menjadi kafir.

Rasulullah SAW ada bersabda, ertinya :

Orang Islam tidak boleh mewarisi orang kafir dan orang kafir tidak boleh mewarisi orang Islam.
(Hadis riwayat al-Bukhari)

d) Terputusnya Hubungan Suami Isteri.

Orang murtad dianggap sebagai orang yang sudah mati, kerana dia akan dijatuhkan hukum bunuh apabila tidak mahu bertaubat. Sebab itu kalau sekiranya salah seorang suami atau isteri murtad maka pernikahan kedua-duanya terbatal walaupun begitu, kalau sekiranya yang murtad kembali bertaubat (masuk Islam semula) dalam masa 'idah isterinya belum habis (tamat) maka kedua-dua bekas pasangan suami isteri tersebut dikira kembali seperti asal, tidak perlu kepada akad nikah baru. Tetapi kalau dia tidak bertaubat dalam masa 'idah masih belum habis, nikah tersebut dianggap terbatal. Kalau dia bertaubat (kembali kepada Islam semula) selepas habis 'idah, dia perlu diakad nikah semula dengan maskahwin baru jika mahu meneruskan hubungan suami isteri yang sah.

Selain itu orang murtad, pernikahannya tidak sah samada dia mahu berkahwin sendiri dengan orang lain atau dia mahu menjadi wali nikah untuk perkahwinan orang lain.

e) Penyembelihannya Tidak Halal dan Segala Pahala Amalan Ibadat Terbatal.

Penyembelihan orang murtad tidak halal dan haram dimakan. Hukumnya sama dengan hukum penyembelihan orang kafir yang menyembah berhala. Kalau dia menganut agama ahli al-Kitab seperti menganut agama Nasrani (Kristian) sekali pun penyembelihannya tetap haram.

Selain itu pahala amalan soleh atau pahala ibadat yang dikerjakan - walau berapa banyak sekali pun - menjadi gugur dan terbatal, menjadi sia-sia, sebagaimana Allah berfirman, ertinya :

Sesiapa yang kufur (ingkar syariat Islam) sesudah dia beriman maka sesungguhnya gugur dan terbatal segala (pahala) amalan baiknya dan dia di akhirat nanti tergolong dari golongan orang yang rugi.
(Surah al-Maidah : ayat 5)

Ini akan berlaku kalau sekiranya dia murtad secara berterusan sehingga mati dalam kufur. Tetapi kalau sekiranya dia bertaubat dan kembali kepada Islam semula, maka dia dituntut supaya mengqada'kan amal-amal ibadat seperti sembahyang, puasa dan zakat yang ditinggalkan sepanjang tempoh murtad tersebut. Ada pun haji yang dikerjakan sebelum murtad tidak perlu diqada'kan.

Mayat Orang Murtad yang Dihukum Bunuh

Mayat orang murtad yang dihukum bunuh tidak boleh diurus seperti mayat-mayat orang Islam. Mayat tersebut tidak perlu dimandi kerana dia telah keluar daripada Islam, tetapi kalau dimandikan ia adalah harus. Juga tidak boleh disembahyangkan kerana sembahyang mayat ke atas orang kafir adalah haram. Sebagaimana Allah berfirman, ertinya :

Jangan kamu sembahyang ke atas seorang pun yang mati dari orang-orang kafir itu selama-lamanya.
(surah al-Taubah : ayat 84)

Demikian juga tidak harus dikebumi di tanah perkuburan orang Islam, bahkan harus dikebumikan di tanah perkuburan orang kafir atau di tempat khas yang berasingan.

Dari ulasan-ulasan yang panjang lebar di atas jelaslah bahawa murtad mengikut pandangan Islam merupakan satu jenayah yang paling besar dan paling bahaya kerana ia menghina Islam, menghina Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. Oleh itu hukum bunuh dengan memancung leher adalah satu hukuman yang setimpal dengan jenayah yang dilakukan. Hukum tersebut juga untuk menakutkan orang lain supaya tidak malakukan jenayah seperti itu.

Selain itu apabila murtadnya seseorang Islam, beberapa hukum lain dikenakan ke atasnya, seperti hartanya perlu dirampas oleh pemerintah, terpisah hubungan suami isteri, tidak boleh mempusakai harta, mayatnya tidak boleh dimandikan, disembahyang dan ditanam di perkuburan Islam dan lain-lain lagi.

Kisah Benar Sebagai Teladan :

Ini adalah kisah benar yang saya alami beberapa hari yang lalu, semasa pulang dari rumah emak saya dalam menuju ke rumah, disebuah padang bola di BBST, ramai orang bermain disitu setiap hari. Akan tetapi petang itu menjadi hening apabila melihat seorang anak muda terlantar dipadang tersebut kerana sedang nazak. Sedangkan beliau belum bermain lagi, baru memakai kasut untuk masuk kepadang. Tatkala itu keadaan penuh sesak dengan manusia melihat perkara tersebut. Lihatlah detik-detik sakaratul maut tidak menunggu masa dan waktu. Saya pun menghampiri dan melihat dengan mata kepada sendiri. Beberapa pemuda sedang mengajarnya 2 kalimah syahadah utk dilafazkan buat kali terakhir. Saya doakan semoga rohnya berada dikalangan org yg beriman. Amin.

Kesimpulan :
Mari kita fikirkan, masa kita 24 jam kemana? Tidur 8 jam, Kerja 8 jam = 16 jam, balance 8 jam lagi kemana? Sedangkan kita luangkan masa kepada pencipta kita hanya beberapa minit sahaja itu pun kalau kita sembahyang lima waktu sehari semalam. Bahkan tidak sampai setengah jam pun.

Hina sungguh kita disisi Allah taala. Layakkah kita digelar orang Islam dan Umat Muhammad? Sedangkan rasulullah yg sudah dijamin syurga yang paling tinggi sekali, bersifat maksum namun baginda masih beramal siang dan malam hanya kerana Allah. Siang berjihad dan berdakwah, malam beramal sampai ke pagi. Berapa kerat umat manusia sekarang yang mampu berbuat demikian. Cintalah kita kepada Allah dan Rasulnya. Ingatlah, sesungguhnya apa yang ada didunia ini hanyalah sementara, Akhirat lah yg kekal abadi disisi Allah.


Wassalam.

Tangisan Dan Air Mata

Kata Ibnu Qayyim, terdapat 10 Jenis Tangisan iaitu :

1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis.

"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (AnNajm : 43)

Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumber nya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi.

Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti.
Kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.

Tangis tercela atau terpuji ??

Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian.

Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan
kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.

Tangisan dapat memadamkan api Neraka

Rasulullah saw bersabda :
”Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka."

Air mata taubat Nabi Adam a.s Beliau menangis selama 300 tahun tanpa
mendonggak ke langit tersangat takut dan hibanya terhadap dosa yang telah ia lakukan.Dia bersujud di atas gunung dan air matanya mengalir di jurang Serandip. Dari air matanya itulah Allah telah menumbuhkan pohon kayu manis dan pohon bunga cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum akan air mata Adam lalu berkata, "Manis sungguh air ini." Nabi Adam terdengar lalu menyangka burung itu mempersendakannya lalu ia memperhebatkan tangisannya. Lalu Allah mendengar dan menerima taubat Adam dan mewahyukan, "Hai Adam sesungguhnya belum Aku pernah menciptakan air lebih lazat daripada air mata taubat mu!."

Air mata yang tiada di tuntut:

- Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
- Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
- Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
- Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan .
- Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
- Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

Dari itu…..

Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa-dosa dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.

Junjungan Mulia bersabda "Ada 2 biji mata yang tak tersentuh api neraka, mata yang menangis di waktu malam hari kerana takut kepada Allah swt dan 2 biji mata yang menjaga pasukan fi sabillah di waktu malam."

”Di antara 7 golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah di hari qiamat seseorang yang berzikir bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah swt lalu bercucuran air matanya."

"Jika tubuh seseorang hamba gementar kerana takut kepada Allah, maka berguguran lah dosa-dosanya bak gugurnya dedaunan dari pepohonan kering."

Air mata tanda rahmat Tuhan.

Rasulullah saw bersabda “Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.
kerana hal hal tersebut menandakan rahmat Allah swt untuk si mayat. (riwayat dari Salman al Faarisi)

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan
Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Golongan Manusia Yang Dinaungi Allah

Manusia akan dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari yang tiada naungan lain selain naungan-Nya iaitu:

i. Pemimpin (imam) yang adil.
Setiap sesuatu yang dipertanggungjawabkan akan ditanya kembali. Sejauh mana keadilan urusan tanggungjawab tersebut. Tiada sesiapa pun yang bernama pemimpin akan terlepas dari tanggungjawab ini. Oleh itu gembiralah kepada mana-mana pemimpin yang mampu berlaku seadilnya. Pemimpin di sini termasuklah seorang suami yang memimpin isteri dan anak-anaknya. Seorang isteri yang memimpin anak-anaknya dan sebagainya.

ii. Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.
Naungan Ilahi juga dijanjikan kepada lelaki atau perempuan yang sentiasa hidup dalam beribadah
kepada Allah. Sentiasa menyedari bahawa dirinya di bawah kawalan dan naungan Ilahi, oleh itu perasaan sedar dan perasaan patuhnya akan menjadikan dirinya bertuah.

iii. Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah.
Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk bersembahyang wajib lima kali setiap hari dan juga untuk ibadah lain.

iv. Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana Allah.
Di dalam hadis lain, Rasulullah bersabda: “Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa perjalanannya untuk menziarahi saudaranya kerana Allah. Lalu malaikat bertanya: Mahu ke mana?” Dijawab: “Aku mahu menziarahi saudaraku polan .. polan” Tanya malaikat lagi: “Untuk apa?” lelaki itu menjawab: “Tiada apa-apa tujuan.” Ditanya lagi: “Apa hubungannya dengan kamu?” Lelaki itu jawab: “Tiada apa-apa hubungan.” Ditanya lagi: “Apa budinya kepada kamu?” Dijawab: “Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi: “Jadi apa tujuannya?” Lelaki jawab: “Aku mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: “sesungguhnya Allah telah mengutusku kepadamu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya, maka Allah telah mengizinkan kamu me masuki syurga-Nya.” (Riwayat Muslim)

Perasaan sayang dan kasih terhadap orang lain bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya untuk mendapatkan keredaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.

v. Lelaki apabila mengingati Allah bersendirian menitis air matanya.
Hadirnya perasaan takut kepada Allah walaupun bersendirian sehingga digambarkan akan menitis air matanya, dan air mata yang takutkan Allah akan menjadi pendinding dirinya dari api neraka. Ianya bukan direka-reka atau dibuat-buat, sebaliknya hal ini adalah hadir dari hati yang menginsafi kebesaran Allah.

vi. Seorang lelaki yang dirangsang oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: “Tidak! Aku takutkan Allah”.
Sesiapa jua yang merasakan takut untuk berbuat apa-apa kesalahan, takutkan Allah, atau takutkan api nerakanya. Akan menjamin dirinya mendapat lindungan Ilahi. Walaupun peluang dan ajakan ‘berzina’ di depan mata, seksaan Allah lebih menakutkan diri berbanding dengan pujukan seorang perempuan (atau lelaki).

vii. Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Mana-mana pemberian dengan mengharapkan balasan hanya dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkannya. Sebaliknya, setiap kebaikan yang dilakukan akan disembunyikan. Digambarkan sehingga ‘tangan kiri tidak mengetahui’, apa yang disedekahkan oleh ‘tangan kanan’. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalahan diri kita terhadap Allah dan orang lain.

Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil dilakukan, kerana seruan di dalam hadis ini hanyalah bayangan. Supaya kita menjadi hamba yang ikhlas dan redha hanya kepada Allah

Bahaya Takbur

DARIPADA Abdullah: Sabda Rasulullah s.a.w: Tidak akan masuk syurga mereka yang ada dalam hatinya seberat zarah daripada sifat takbur. (Riwayat Tarmizi).

Pengertian

Dalam hadis ini, Rasulullah menegaskan bahawa sifat takbur yang ada dalam jiwa seseorang itu adalah penghalang utama untuk dia ke syurga kerana sifat tersebut akan menggugurkan segala amalan kebaikanya, malah keimanan dan akidahnya juga dikhuatiri akan terjejas dan layu dan mati, maka seseorang itu tidak berhak untuk memasuki syurga Allah di akhirat nanti

Kesimpulan

Penyakit takbur ini amat berbahaya jika ia menyerang benih iman yang ada dalam hati seseorang itu hingga dia tidak layak untuk ke syurga kerana imannya sudah layu dan mati.

"Ciri-ciri sifat takbur pula, ditandai dengan beberapa ciri: Antara lain ialah suka dipuji, pantang dikritik, kagum dengan pandangan sendiri, suka meremehkan pandangan orang lain dan sukar untuk menerima nasihat atau tunjuk ajar daripada orang lain. Imam Al-Ghazali merumuskan, bahawa seburuk-buruk sifat takbur ialah orang yang tidak mahu mengambil sesuatu manfaat daripada sesuatu ilmu pengetahuan serta tidak mahu tunduk kepada kebenaran, walaupun kebenaran tersebut telah terbukti."

"Apabila sifat tersebut timbul disudut hati kecil kita yang berkaitan dengan keturunan, kecantikan, kekayaan, keilmuan, kuasa dan pengaruh. Maka, sedar dan ingatlah bahawa bukan kita sahaja secara mutlak yang mempunyai keturunan, kecantikan, kekayaan, ilmu, kuasa dan pengaruh. Malah masih ramai lagi individu atau kumpulan lain yang memiliki taraf yang sama dengan kita atau malah melebihi kita dalam banyak perkara"

Kalimah Azab Dalam Al Quran

Bahagian 1:

Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kata nama "azab" adalah:

2:86. Mereka itulah orang-orang yang membeli kehidupan dunia dengan akhirat. Bagi mereka azab tidak diringankan, dan tidak juga mereka ditolong.

2:96. Dan kamu mendapati mereka, manusia yang paling menginginkan kehidupan, dan daripada orang-orang yang mempersekutukan, ada seorang daripada mereka beringinkan bahawa dia diberi umur seribu tahun; namun begitu, dia dengan dipanjangkan umur, tidak akan menyingkirnya daripada azab. Allah melihat apa yang mereka buat.

2:162. Di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya; azab tidak akan diringankan untuk mereka; tiada penangguhan akan diberi kepada mereka.

2:165. Tetapi ada manusia yang mengambil untuk mereka rakan-rakan, selain daripada Allah, dengan mencintainya sebagaimana Allah dicintai, tetapi orang-orang yang percaya, mencintai Allah dengan lebih cinta. Sekiranya orang-orang yang membuat kezaliman dapat melihat, ketika mereka melihat azab, bahawa kekuatan kesemuanya adalah kepunyaan Allah, dan bahawa Allah amat keras dalam azab.

2:166. Apabila orang-orang yang diikuti berlepas diri daripada pengikut-pengikut mereka, dan mereka melihat azab, dan tali-tali mereka diputuskan.

2:175. Mereka itulah orang-orang yang membeli kesilapan dengan petunjuk, dan azab dengan keampunan; betapa sabarnya mereka menahan Api!

3:88. Di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya; azab tidak akan diringankan untuk mereka; tiada penangguhan akan diberi kepada mereka.

3:106. Pada hari apabila beberapa muka menjadi hitam, dan beberapa muka menjadi putih. Bagi orang-orang yang muka-muka mereka menjadi hitam, "Kenapa kamu tidak percaya (kafir) sesudah keimanan kamu? Maka rasalah azab kerana kamu tidak percaya."

3:188. Janganlah menyangka bahawa orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka mendatangkan, dan suka dipuji atas apa yang mereka tidak buat; janganlah kamu menyangka bahawa mereka aman daripada azab; dan bagi mereka, azab yang pedih.
(suka dipuji atas apa yang tidak buat)

4:25. Dan sesiapa antara kamu yang tidak mempunyai kemewahan untuk membolehkan mengahwini wanita-wanita merdeka yang mukmin, maka dia mengambil pemudi kamu yang mukmin yang tangan kanan kamu memiliki; Allah sangat mengetahui mengenai keimanan kamu, sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain. Maka kahwinilah mereka dengan izin keluarga mereka, dan berilah mereka upah mereka dengan baik sebagai wanita-wanita dalam ikatan perkahwinan, bukan dalam perzinaan, atau mengambil sebagai teman rahsia, tetapi apabila mereka telah dinikahi dan jika mereka melakukan kesumbangan, maka bagi mereka separuh daripada azab wanita yang merdeka. Itu adalah bagi orang-orang antara kamu yang menakuti dosa zina; dan lebih baik bagi kamu jika kamu bersabar. Allah Pengampun, Pengasih.

4:56. Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Kami, Kami pasti akan memanggang mereka di Api. Setiap kali kulit-kulit mereka hangus kesemuanya, Kami menukarkan dengan kulit-kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah adalah Perkasa, Bijaksana.

5:80. Kamu melihat kebanyakan antara mereka menjadikan orang-orang yang tidak percaya sebagai sahabat-sahabat mereka. Buruknya apa yang mereka mendahulukan untuk diri-diri mereka sendiri, kerana kemurkaan Allah kepada mereka, dan dalam azab mereka tinggal selama-lamanya.

6:30. Jika kamu dapat melihat ketika mereka diberhentikan di hadapan Pemelihara mereka; Dia berkata, "Bukankah ini yang benar?" Mereka berkata, "Ia benar, demi Pemelihara kami!" Dia berkata, "Maka rasalah azab kerana ketidakpercayaan kamu."

6:40. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika azab Allah datang kepada kamu, atau Saat datang kepada kamu, adakah kamu menyeru sesiapa selain daripada Allah, jika kamu berkata benar?"

6:47. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika azab Allah datang kepada kamu dengan tiba-tiba, atau dengan nyata; tidakkah sesiapa yang dimusnahkan melainkan kaum yang zalim?"

6:49. Tetapi orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, merekalah yang azab akan sentuh kerana mereka berbuat kefasiqan.

6:65. Katakanlah, "Dia berkuasa untuk mengirimkan kepada kamu azab, dari atas kamu atau dari bawah kaki kamu, atau untuk mengelirukan kamu dalam golongan-golongan, dan untuk merasakan kepada kamu bencana satu sama lain." Perhatikanlah bagaimana Kami mengulang-ulangi ayat-ayat supaya mereka memahami.

6:70. Dan tinggalkanlah orang-orang yang mengambil agama mereka untuk satu permainan, dan satu hiburan, dan yang kehidupan dunia menipu mereka. Peringatkanlah dengannya supaya sesuatu jiwa tidak dibinasakan kerana apa yang ia mengusahakan; selain daripada Allah, ia tidak ada wali (pelindung) dan tidak ada pengantara, dan jika ia menebus dengan yang setara, ia tidak akan diambil daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dibinasakan kerana apa yang mereka mengusahakan. Bagi mereka, minuman daripada air yang mendidih, dan azab yang pedih, kerana mereka tidak percaya.

6:93. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah, atau dia berkata, "Kepada aku ia diwahyukan"; padahal tiada yang diwahyukan kepadanya, atau orang yang berkata, "Aku akan menurunkan yang serupa dengan apa yang Allah menurunkan"? Jika kamu dapat melihat ketika orang-orang yang zalim dalam kesengsaraan kematian, dan malaikat-malaikat menjulurkan tangan-tangan mereka, "Keluarkanlah jiwa kamu! Hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghinakan kerana kamu mengatakan yang tidak benar terhadap Allah, dan menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya."

7:38. Berkata, "Masuklah kamu kepada umat-umat yang telah berlalu sebelum kamu, daripada jin dan manusia, ke dalam Api." Setiap kali sesuatu umat masuk, ia melaknatkan kawannya sehingga, apabila mereka semua telah berkumpul di dalamnya, yang terakhir daripada mereka berkata kepada yang pertama, "Wahai Pemelihara kami, mereka inilah yang menyesatkan kami, maka berilah mereka azab dua kali ganda daripada Api." Berkata, "Bagi masing-masing dua kali ganda, tetapi kamu tidak mengetahui."

7:39. Yang pertama daripada mereka berkata kepada yang terakhir, "Kamu tidak ada kelebihan di atas kami, maka rasalah azab kerana apa yang kamu mengusahakan."

7:156. Dan tuliskanlah (tetapkanlah) untuk kami dalam kehidupan dunia ini yang baik, dan di akhirat; kami bertaubat kepada Engkau." Berkatalah Dia, "Azab-Ku, Aku menimpakan dengannya siapa yang Aku mengkehendaki, dan pengasihan-Ku, merangkumi segala sesuatu, dan Aku akan menuliskannya untuk orang-orang yang bertakwa, dan memberi zakat, dan orang-orang yang benar-benar mempercayai ayat-ayat Kami,

8:35. Dan solat mereka di Rumah tidak lain hanyalah siulan dan tepukan tangan; maka kamu rasalah azab kerana ketidakpercayaan kamu!

9:52. Katakanlah, "Adakah kamu menunggu-nunggu supaya tidak datang kepada kami melainkan salah satu daripada dua ganjaran yang paling baik? Kami juga menunggu untuk kamu supaya Allah menimpakan kamu dengan azab daripada-Nya, atau dengan tangan kami. Maka tunggulah; kami sedang menunggu bersama kamu."

10:50. Katakanlah, "Apa pendapat kamu, jika azab-Nya datang kepada kamu pada waktu malam atau siang, apakah bahagian yang orang-orang berdosa minta disegerakan?

10:54. Jika tiap-tiap jiwa yang membuat kezaliman mempunyai semua yang ada di bumi, tentu ia menebus dirinya dengannya; dan mereka akan merahsiakan penyesalan apabila mereka melihat azab, dan dengan adil perkara diputuskan antara mereka, dan mereka tidak dizalimi.

10:98. Mengapakah tidak ada sebuah bandar raya yang percaya, dan imannya bermanfaat kepadanya, melainkan kaum Yunus; apabila mereka percaya, Kami menghilangkan daripada mereka azab kerendahan dalam kehidupan dunia, dan Kami memberi mereka kesenangan untuk suatu waktu.

11:8. Dan jika Kami menangguhkan azab daripada mereka hingga waktu perhitungannya, mereka akan berkata, "Apakah yang menahannya?" Sesungguhnya, pada hari ia datang kepada mereka, ia tidak akan dipalingkan daripada mereka, dan mereka diliputi oleh apa yang mereka memperolok-olokkan.

11:20. Mereka tidak boleh mengandaskan-Nya di bumi, dan mereka tidak ada wali (pelindung) selain daripada Allah. Bagi mereka azab akan dilipatgandakan; mereka tidak dapat mendengar, dan tidak juga mereka melihat.

11:76. "Wahai Ibrahim, berpalinglah daripada ini. Sesungguhnya perintah Pemelihara kamu telah datang, dan datang kepada mereka azab yang tidak dapat dikembalikan."

12:107. Adakah mereka berasa aman, bahawa akan datang kepada mereka tiada yang menutupi daripada azab Allah; atau, bahawa Saat datang kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak menyedari?

13:34. Bagi mereka, azab dalam kehidupan dunia; dan azab akhirat adalah lebih berat; mereka tidak ada sesiapa untuk mempertahankan mereka daripada Allah.

14:7. Dan apabila Pemelihara kamu menyatakan, 'Jika kamu berterima kasih, sungguh Aku akan menambahkan kepada kamu, dan jika kamu tidak berterima kasih (kafir), azab-Ku sungguh keras.'"

14:21. Mereka pergi kepada Allah, kesemuanya; kemudian berkata orang-orang yang lemah kepada orang-orang yang sombong, "Kami adalah pengikut-pengikut kamu; adakah kamu berguna sedikit pun kepada kami terhadap azab Allah?" Mereka berkata, "Jika Allah memberi petunjuk kepada kami, tentu kami memberi petunjuk kepada kamu. Sama sahaja bagi kita; sama ada kita tidak boleh menahan, atau kita bersabar - kita tidak ada tempat lari."

14:44. Dan berilah amaran kepada manusia akan hari apabila azab datang kepada mereka; dan orang-orang yang membuat kezaliman berkata, "Wahai Pemelihara kami, tangguhkanlah kami hingga satu tempoh yang dekat, dan kami akan menyahut seruan Engkau, dan mengikuti rasul-rasul." "Tidakkah kamu telah bersumpah dahulu bahawa tidak ada peralihan untuk kamu?

15:50. Dan bahawa azab-Ku adalah azab yang pedih.

16:26. Orang-orang yang sebelum mereka membuat tipu daya; kemudian Allah datang kepada bangunan mereka dari dasar-dasarnya, lalu bumbungnya jatuh kepada mereka dari atas mereka, dan azab datang kepada mereka dari tempat yang mereka tidak menyedari.

16:45. Adakah mereka berasa aman, orang-orang yang membuat tipu daya yang jahat, bahawa Allah tidak akan membuatkan bumi menelan mereka, atau bahawa azab tidak datang kepada mereka dari arah yang mereka tidak menyedari?

16:85. Dan apabila orang-orang yang membuat kezaliman melihat azab, ia tidak diringankan untuk mereka, dan tiada penangguhan diberi kepada mereka.

16:88. Orang-orang yang tidak percaya, dan menghalangi daripada jalan Allah, merekalah yang Kami menambahkan azab di atas azab kerana mereka membuat kerosakan.

16:113. Sesungguhnya telah datang kepada mereka seorang rasul daripada kalangan mereka, tetapi mereka mendustakannya; maka mereka diambil oleh azab sedang mereka orang-orang yang zalim.

17:57. Mereka itu, orang-orang yang mereka seru, mereka sendiri mencari jalan kepada Pemelihara mereka, siapa antara mereka yang lebih dekat; mereka mengharapkan pengasihan-Nya, dan takut akan azab-Nya. Sesungguhnya azab Pemelihara kamu ditakuti.

18:55. Dan tiada yang menghalangi manusia daripada mempercayai apabila petunjuk datang kepada mereka, dan meminta ampun kepada Pemelihara mereka, melainkan bahawa sunnah (resam) orang-orang dahulu kala akan datang kepada mereka, atau bahawa azab datang kepada mereka berhadapan muka.

18:58. Tetapi Pemelihara kamu Pengampun, penuh dengan pengasihan. Jika Dia mempertanggungjawabkan mereka atas apa yang mereka mengusahakan, tentu Dia menyegerakan kepada mereka azab; tetapi mereka ada satu janji temu, yang daripadanya mereka akan mendapati tiada tempat lari.

19:45. Ayah, aku takut bahawa sebahagian azab daripada Yang Pemurah akan menyentuh kamu supaya kamu menjadi wali (sahabat) syaitan."

19:75. Katakanlah, "Sesiapa yang dalam kesesatan, Yang Pemurah memanjangkan tempoh kepadanya, dengan panjang, sehingga apabila mereka melihat apa yang mereka telah dijanjikan, sama ada azab atau Saat, mereka pasti akan mengetahui siapa yang lebih buruk tempatnya, dan yang lebih lemah tenteranya."

19:79. Tidak sekali-kali! Kami akan menulis apa yang mereka mengatakan, dan Kami akan memanjangkan baginya azab, dengan panjang.

20:48. Telah diwahyukan kepada kami bahawa azab adalah kepada orang yang mendustakan dan berpaling.'"

20:61. Musa berkata kepada mereka, "Celakalah! Janganlah mengada-adakan dusta terhadap Allah supaya Dia tidak membinasakan kamu dengan azab. Kecewalah orang yang mengada-adakan."

20:71. Berkata, "Kamu percaya kepadanya sebelum aku memberi izin kepada kamu! Sesungguhnya dia pembesar kamu yang mengajar kamu sihir; sungguh, aku akan memotong berselang-seli tangan-tangan kamu dan kaki-kaki kamu, dan kemudian aku akan menyalib kamu pada batang pohon-pohon palma; kamu pasti akan mengetahui siapa antara kita yang lebih keras dalam azab, dan lebih kekal."

20:134. Sekiranya Kami membinasakan mereka dengan satu azab sebelumnya, tentu mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, mengapa Engkau tidak mengutus kepada kami seorang rasul supaya kami mengikuti ayat-ayat Engkau, sebelum itu kami dihina dan direndahkan?"

21:46. Jika satu hembusan daripada azab Pemelihara kamu menyentuh mereka, mereka tentu akan berkata, "Celakalah kami! Kami adalah orang-orang yang zalim."

22:2. Pada hari apabila kamu melihatnya, tiap-tiap ibu yang menyusui melupakan apa yang dia menyusukan, dan tiap-tiap yang mengandung menggugurkan kandungannya, dan kamu melihat manusia mabuk, padahal mereka tidak mabuk, tetapi azab Allah adalah keras.

22:18. Tidakkah kamu melihat bagaimana kepada Allah sujud segala yang di langit, dan segala yang di bumi, dan matahari, dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-gunung, dan pokok-pokok, dan haiwan-haiwan, dan ramai daripada manusia? Dan ramai, wajarlah azab ke atas mereka; dan sesiapa yang Allah menghinakan, maka tiadalah yang memuliakannya. Sesungguhnya Allah buat apa sahaja yang Dia mengkehendaki.

22:47. Dan mereka meminta kepada kamu supaya disegerakan azab! Allah tidak akan memungkiri janji-Nya; dan sesungguhnya sehari dengan Pemelihara kamu seperti seribu tahun daripada perhitungan kamu.

23:64. Sehingga, apabila Kami mengambil dengan azab orang-orang antara mereka yang hidup mewah, tiba-tiba mereka melaung-laung.

23:76. Kami telah pun mengambil mereka dengan azab, tetapi mereka tidak tunduk kepada Pemelihara mereka, dan tidak juga mereka merendahkan diri,

24:2. Perempuan yang berzina, dan lelaki yang berzina, sebatlah tiap-tiap seorang daripada mereka dengan seratus sebatan, dan dalam agama Allah, janganlah kelembutan terhadap mereka mengambil kamu, jika kamu mempercayai Allah dan Hari Akhir; dan hendaklah segolongan daripada orang-orang mukmin mempersaksikan azab mereka.

24:8. Ia akan menghindarkannya (isteri) daripada azab, jika dia menyaksikan dengan Allah empat kali bahawa dia (suami) adalah antara pendusta-pendusta.

25:42. Sesungguhnya dia hampir-hampir menyesatkan kita daripada tuhan-tuhan kita, tetapi kita bersabar pada mereka." Kelak mereka akan mengetahui, apabila mereka melihat azab, siapa yang lebih jauh sesat daripada jalan.

25:69. Akan dilipatgandakkan azab untuknya pada Hari Kiamat, dan dia tinggal di dalamnya, terhina selama-lamanya.

26:158. Dan azab mengambil mereka. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu ayat; namun begitu, kebanyakan mereka bukanlah orang-orang mukmin.

26:204. Apa, adakah mereka minta disegerakan azab Kami?

28:64. Dikatakan, "Serulah sekutu-sekutu kamu!" Dan mereka menyerunya, tetapi mereka tidak menyahuti mereka, dan mereka melihat azab - sekiranya mereka mendapat petunjuk!

29:10. Antara manusia, ada yang berkata, "Kami percaya kepada Allah", tetapi apabila dia disakiti kerana Allah, dia membuatkan penganiayaan manusia seperti ia azab Allah; kemudian jika pertolongan datang daripada Pemelihara kamu, mereka berkata, "Kami berserta kamu." Apa, tidakkah Allah sangat mengetahui apa yang di dalam dada semua alam?

29:29. Apa, adakah kamu mendatangi lelaki, dan memotong jalan, dan kamu mendatangkan dalam majlis kamu, kemungkaran?" Maka tiadalah jawapan kaumnya melainkan mereka berkata, "Datangkanlah kepada kami azab Allah, jika kamu berkata benar."

29:53. Dan mereka meminta kepada kamu supaya disegerakan azab! Jika tidak kerana satu tempoh yang dinyatakan, tentu azab telah datang kepada mereka; tetapi ia datang kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak menyedari.

29:54. Mereka meminta kepada kamu supaya disegerakan azab! Sesungguhnya Jahanam meliputi orang-orang yang tidak percaya.

29:55. Pada hari azab menutupi mereka, dari atas mereka dan dari bawah kaki mereka, dan Dia berkata, "Rasalah apa yang kamu telah buat!"

30:16. Tetapi bagi orang-orang yang tidak percaya, dan mendustakan ayat-ayat Kami dan pertemuan di akhirat, mereka dihadapkan ke dalam azab.

32:21. Dan sungguh, Kami akan merasakan kepada mereka azab yang dekat sebelum azab yang besar supaya mereka kembali.

33:30. Wahai isteri-isteri Nabi, sesiapa antara kamu yang melakukan kesumbangan yang nyata, baginya azab akan digandakan dengan dua kali ganda; itu, bagi Allah, mudah.

33:68. Wahai Pemelihara kami, berilah mereka azab dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang besar!"

34:8. Apa, adakah dia mengada-adakan dusta terhadap Allah, atau adakah dia gila? Tidak, tetapi orang-orang yang tidak mempercayai ahkirat adalah dalam azab dan kesesatan yang jauh.

34:33. Dan orang-orang yang hina berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri, "Tidak, tetapi tipu daya malam dan siang, apabila kamu menyuruh kami supaya tidak percaya kepada Allah, dan untuk mengadakan rakan-rakan bagi-Nya." Mereka merahsiakan penyesalan apabila mereka melihat azab; dan Kami meletakkan belenggu-belenggu pada leher orang-orang yang tidak percaya; tidakkah mereka dibalas melainkan apa yang mereka telah buat?"

34:38. Dan orang-orang yang berusaha terhadap ayat-ayat Kami untuk membatalkannya - mereka itu dihadapkan ke dalam azab.

35:36. Bagi orang-orang yang tidak percaya, bagi mereka, api Jahanam; mereka tidak diakhirkan, dan dimatikan, dan tidak juga azabnya diringankan untuk mereka. Begitulah Kami membalas setiap orang yang tidak berterima kasih (kafir).

37:33. Maka mereka semua pada hari itu adalah orang-orang yang bersekutu dalam azab.

37:176. Apa, adakah mereka minta disegerakan azab Kami?

38:8. Apa, adakah Peringatan diturunkan kepada dia antara kita semua?" Tidak, tetapi mereka adalah dalam keraguan mengenai Peringatan-Ku; tidak, mereka belum lagi merasakan azab-Ku.

38:41. Dan ingatlah akan hamba Kami, Ayub; apabila dia memanggil Pemeliharanya, "Sesungguhnya syaitan menyentuhku dengan keletihan dan azab."

38:61. Mereka berkata, "Wahai Pemelihara kami, sesiapa yang mendahulukan ini untuk kami berilah dia azab dua kali ganda di dalam Api!"

39:19. Orang yang ke atasnya kata azab telah wajar - adakah kamu akan menyelamatkan dia keluar dari Api?

39:25. Orang-orang yang sebelum mereka telah mendustakan, kemudian azab datang kepada mereka dari tempat yang mereka tidak menyedari.

39:54. Berkesesalanlah kepada Pemelihara kamu, dan tunduk patuhlah kepada-Nya, sebelum azab datang kepada kamu, kemudian kamu tidak akan ditolong.

39:55. Dan ikutlah yang paling baik daripada apa yang diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu, sebelum azab datang kepada kamu dengan tiba-tiba, sedang kamu tidak menyedari."

39:58. Atau ia berkata, apabila ia melihat azab, "Sekiranya aku dapat kembali lagi, dan menjadi antara orang-orang yang berbuat baik."

39:71. Kemudian orang-orang yang tidak percaya dihalau dalam kumpulan-kumpulan ke Jahanam, sehingga apabila mereka datang kepadanya, pintu-pintunya dibuka, dan penjaga-penjaganya berkata kepada mereka, "Tidakkah rasul-rasul datang kepada kamu daripada kalangan kamu sendiri, dengan membacakan kamu ayat-ayat Pemelihara kamu, dan memberi amaran kepada kamu terhadap pertemuan hari kamu ini?" Mereka berkata, "Ia, benar; tetapi kata azab telah wajar ke atas orang-orang yang tidak percaya."

40:49. Dan orang-orang yang di dalam Api berkata kepada penjaga-penjaga Jahanam, "Serulah kepada Pemelihara kamu untuk meringankan bagi kami sehari daripada azab!"

42:44. Sesiapa yang Allah menyesatkan, dia tidak ada wali (pelindung) sesudah itu; dan kamu akan melihat orang-orang yang zalim, apabila mereka melihat azab, mereka akan berkata, "Adakah sebarang jalan untuk kembali?"

43:39. Ia tidak bermanfaat kepada kamu pada hari ini kerana kamu membuat kezaliman; kamu adalah orang-orang yang bersekutu dalam azab.

43:48. Dan tiada satu ayat yang Kami memperlihatkan kepada mereka melainkan ia yang lebih besar daripada saudaranya; dan Kami mengambil mereka dengan azab supaya mereka kembali.

43:50. Tetapi apabila Kami menghilangkan daripada mereka azab, tiba-tiba mereka memungkiri ketaatan mereka.

44:12. "Wahai Pemelihara kami, hilangkanlah azab daripada kami; kami adalah orang-orang mukmin."

44:15. "Sungguh, Kami menghilangkan sedikit azab itu; sungguh, kamu mengulangi!"

52:7. Sesungguhnya azab Pemelihara kamu hampir terjadi,

52:47. Dan sesungguhnya bagi orang-orang yang membuat kezaliman adalah azab yang lebih daripada itu, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.

54:16. Bagaimanakah pula dengan azab-Ku, dan amaran-Ku?

54:18. Ad mendustakan. Bagaimanakah pula dengan azab-Ku, dan amaran-Ku?

54:21. Bagaimanakah pula dengan azab-Ku, dan amaran-Ku?

54:30. Bagaimanakah pula dengan azab-Ku, dan amaran-Ku?

54:37. Dan sesungguhnya, tetamunya mereka menggoda; maka Kami menghapuskan mata-mata mereka, "Maka rasalah azab-Ku, dan amaran-Ku!"

54:38. Pada awal pagi, datang kepada mereka satu azab yang telah ditetapkan.

54:39. "Maka rasalah azab-Ku, dan amaran-Ku!"

57:13. Pada hari apabila orang-orang munafik lelaki, dan orang-orang munafik perempuan, berkata kepada orang-orang yang percaya, "Tunggulah kami, supaya kami dapat meminjam cahaya kamu!" Dikatakan, "Kembalilah kamu ke belakang, dan carilah cahaya!" Dan sebuah dinding diadakan di antara mereka, yang mempunyai sebuah pintu, di dalamnya pengasihan, dan bertentangan dengan yang di luar di mana terdapat azab.

68:33. Seperti itulah azab; dan azab akhirat adalah lebih besar jika mereka mengetahui.

70:1. Seorang penanya menanyakan mengenai azab yang akan jatuh,

70:11. Sedang mereka saling melihat antara mereka. Orang yang berdosa menginginkan bahawa dia dapat menebus dirinya daripada azab hari itu dengan anak-anaknya,

70:27. Dan takut akan azab Pemelihara mereka.

70:28. Terhadap azab Pemelihara mereka, tiada sesiapa yang berasa aman.

78:30. “Rasalah! Kami tidak menambahkan kamu kecuali dalam azab.”

78:40. Sesungguhnya Kami memberi amaran kepada kamu mengenai satu azab yang dekat, pada hari apabila seseorang akan melihat apa yang tangan-tangannya telah mendahulukan, dan orang yang tidak percaya akan berkata, “Alangkah baiknya jika aku adalah tanah!”

89:13. Pemelihara kamu mencurahkan kepada mereka satu penyebat azab,