CARI TAJUK UTAMA

Tuesday, June 3, 2008

Bahaya Takbur

DARIPADA Abdullah: Sabda Rasulullah s.a.w: Tidak akan masuk syurga mereka yang ada dalam hatinya seberat zarah daripada sifat takbur. (Riwayat Tarmizi).

Pengertian

Dalam hadis ini, Rasulullah menegaskan bahawa sifat takbur yang ada dalam jiwa seseorang itu adalah penghalang utama untuk dia ke syurga kerana sifat tersebut akan menggugurkan segala amalan kebaikanya, malah keimanan dan akidahnya juga dikhuatiri akan terjejas dan layu dan mati, maka seseorang itu tidak berhak untuk memasuki syurga Allah di akhirat nanti

Kesimpulan

Penyakit takbur ini amat berbahaya jika ia menyerang benih iman yang ada dalam hati seseorang itu hingga dia tidak layak untuk ke syurga kerana imannya sudah layu dan mati.

"Ciri-ciri sifat takbur pula, ditandai dengan beberapa ciri: Antara lain ialah suka dipuji, pantang dikritik, kagum dengan pandangan sendiri, suka meremehkan pandangan orang lain dan sukar untuk menerima nasihat atau tunjuk ajar daripada orang lain. Imam Al-Ghazali merumuskan, bahawa seburuk-buruk sifat takbur ialah orang yang tidak mahu mengambil sesuatu manfaat daripada sesuatu ilmu pengetahuan serta tidak mahu tunduk kepada kebenaran, walaupun kebenaran tersebut telah terbukti."

"Apabila sifat tersebut timbul disudut hati kecil kita yang berkaitan dengan keturunan, kecantikan, kekayaan, keilmuan, kuasa dan pengaruh. Maka, sedar dan ingatlah bahawa bukan kita sahaja secara mutlak yang mempunyai keturunan, kecantikan, kekayaan, ilmu, kuasa dan pengaruh. Malah masih ramai lagi individu atau kumpulan lain yang memiliki taraf yang sama dengan kita atau malah melebihi kita dalam banyak perkara"

No comments: