CARI TAJUK UTAMA

Tuesday, June 3, 2008

Pencuri Dalam Sembahyang

Orang-orang yang menunaikan solat mereka dalam keadaan kelam-kabut akan hilang penghayatan dan khusyuk mereka. Mereka ini disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai pencuri. Sabda Rasulullah SAW :Seburuk-buruk pencuri ialah mereka yang mencuri dari solat mereka.
Maka sahabat pun bertanya: Wahai Rasulullah bagaimana mereka mencuri dari solat mereka? Maka Rasulullah menjawab: Mereka yang tidak sempurna ruku` dan sujud mereka (iaitu mengerjakan solat mereka dengan pantas). (Riwayat Ahmad, Thabrani dan Ibn Khuzaimah)

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Nasaa`i, Rasulullah SAW melarang dari solat yang dikerjakan seperti burung yang mematuk makanan, iaitu pantas berdiri dan sujud dalam waktu yang singkat. Dalam hadis yang lain Rasulullah juga bersabda: Allah SAW tidak melihat solat seseorang yang dikerjakan tanpa sempat meluruskan tulang belakangnya antara ruku` dan sujud. (Hadith riwayat Thabrani).

Maka marilah kita mengerjakan solat kita dalam khusyuk, tenang dan tanpa kelam-kabut agar solat kita tidak menjadi sia-sia dan agar kita dapat meraih fadhilat-fadhilat dan anugerah-anugerah yang telah dijanjikan oleh Allah SAW.

Sabda Rasulullah SAW: Apabila seseorang darimu hendak mendirikan sembahyang, maka hendaklah ia sembahyang laksana sembahyang orang yang memberi selamat tinggal, iaitu
orang yang sama sekali tidak fikir ia akan dapat kembali bersembahyang lagi
.
(Riwayat Al-Dailami dari Ummi Salamah)

No comments: