CARI TAJUK UTAMA

Saturday, May 24, 2008

Abainya Ibu Bapa Sekarang...

SAYA gadis berusia 19 tahun dan tinggal bersama keluarga. Saya bekerja di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur dan biasanya balik kerja kira-kira jam 9 malam.

Hampir setiap hari teman lelaki saya yang berusia 21 tahun menjemput saya di tempat kerja dan menghantar saya pulang ke rumah.

Masalah saya sekarang, biasanya selepas menghantar saya ke rumah, teman lelaki saya malas untuk pulang ke rumahnya yang jauh dengan masa perjalanan kira-kira 45 minit.

Jadi, dia lebih suka tidur di rumah keluarga saya. Kami tidur sebilik. Biarpun emak dan ayah tahu perkara ini, mereka tidak pernah menegur perbuatan kami. Mereka hanya melihat dan mendiamkan diri.

Setiap kali tidur sebilik, pasti kami melakukan perbuatan terlarang, termasuk zina. Perbuatan itu saya lakukan di atas kerelaan sendiri kerana saya rasa emak dan ayah tidak ambil peduli. Saya juga hairan kenapa mereka tidak pernah memarahi atau melarang perbuatan saya tidur sebilik dengan teman lelaki.

Hubungan saya dan teman lelaki berjalan hampir dua tahun dan kami melakukan perbuatan terlarang itu sejak setahun lalu. Bagaimanapun, saya sayang dan suka sikap teman lelaki yang mengambil berat ke atas saya. Kami tidak pernah bergaduh sehingga boleh memutuskan hubungan.

Petikan Hmetro.

Pesanan : Inilah yang terjadi sekarang. Dimanakah letaknya tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak-anak? Berkatkah bumi Malaysia ini disisi Allah. Tidak mustahil suatu hari Allah akan menurunkan balanya kepada semua.

No comments: