Zikir terbit daripada zakara. Ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi kalimat tersebut adalah seperti yang disenaraikan di bawah ini:
2:40. Wahai Bani Israil, ingatlah akan rahmat-Ku yang dengannya Aku telah merahmati kamu, dan tepatilah perjanjian-Ku dan Aku akan menepati perjanjian kamu, dan kepada-Ku-lah kamu berasa gerun.
2:47. Wahai Bani Israil, ingatlah akan rahmat-Ku yang dengannya Aku telah merahmati kamu, dan bahawa Aku melebihkan kamu di atas semua alam,
2:63. Dan apabila Kami mengambil perjanjian kamu, dan menaikkan di atas kamu Gunung, "Ambillah dengan kekuatan apa yang Kami memberikan kamu, dan ingatlah apa yang di dalamnya supaya kamu bertakwa (takut kepada Tuhan)."
2:122. Wahai Bani Israil, ingatlah akan rahmat-Ku, yang dengannya Aku telah merahmati kamu, dan bahawa Aku melebihkan kamu di atas semua alam.
2:152. Maka ingatlah pada-Ku, Aku akan ingat padamu, dan berterimakasihlah kepada-Ku, dan janganlah kamu tidak percaya kepada-Ku.
2:198. Tidak bersalah ke atas kamu jika kamu mencari pemberian daripada Pemelihara kamu. Apabila kamu bertolak dari Arafah, ingatlah Allah di sisi Monumen Suci, dan ingatlah pada-Nya oleh kerana Dia telah memberi petunjuk kepada kamu, sedang sebelum itu kamu adalah orang-orang yang sesat.
2:200. Apabila kamu telah melaksanakan peribadatan kamu, ingatlah Allah sebagaimana kamu mengingati bapa-bapa kamu, atau lebih ingat. Antara manusia ada yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, berilah kami di dunia", dan tiadalah baginya bahagian di akhirat.
2:203. Dan ingatlah akan Allah selama hari-hari tertentu yang terhitung. Jika sesiapa bercepat-cepat dalam dua hari, itu tidaklah berdosa baginya; dan jika sesiapa melambatkannya, ia bukanlah satu dosa padanya, jika dia bertakwa. Dan kamu takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa kepada-Nya kamu akan dikumpulkan.
2:114. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menghalangi masjid-masjid Allah supaya nama-Nya tidak disebut di dalamnya, dan berusaha untuk meruntuhkannya. Mereka tidak mungkin memasukinya, melainkan dengan takut-takut. Bagi mereka kerendahan di dunia, dan di akhirat, azab yang besar.
2:231. Apabila kamu menceraikan perempuan-perempuan, dan mereka sampai tempoh mereka, maka tahanlah mereka dengan baik, atau lepaskanlah mereka dengan baik; janganlah menahan mereka dengan paksa untuk mencabuli; sesiapa yang berbuat demikian itu menzalimi dirinya sendiri. Janganlah mengambil ayat-ayat Allah dalam olok-olokan, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu, dan al-Kitab, dan Kebijaksanaan, yang Dia menurunkan kepada kamu untuk menegurkan kamu. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui segala sesuatu.
2:235. Tidak ada kesalahan ke atas kamu mengenai lamaran kepada perempuan-perempuan yang kamu menawari, atau menyembunyikan di dalam diri kamu. Allah mengetahui bahawa kamu akan mengingat-ingati mereka, tetapi janganlah berjanji dengan mereka secara rahsia tanpa kamu mengucapkan perkataan yang baik, dan jangan kamu memutuskan untuk ikatan perkahwinan sehingga kitab (kepastian) sampai tempohnya; dan ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang di dalam diri kamu; maka takutilah kepada-Nya, dan ketahuilah bahawa Allah Pengampun, Penyantun.
2:239. Jika kamu dalam ketakutan, maka sambil berjalan kaki, atau menunggang. Apabila kamu telah aman, ingatlah akan Allah sebagaimana Dia telah mengajar kamu apa yang kamu tidak tahu.
3:41. Dia berkata, "Pemeliharaku, buatkanlah untukku satu ayat (tanda)." Dia berkata, "Ayat kamu ialah bahawa kamu tidak berkata-kata, kecuali dengan isyarat, kepada manusia selama tiga hari, dan ingatlah Pemelihara kamu dengan banyak, dan sanjunglah pada waktu petang dan awal pagi hari."
3:58. Itu yang Kami membacakan kamu adalah daripada ayat-ayat, dan peringatan (zikir) yang bijaksana.
3:103. Dan berpegangteguhlah kamu pada tali Allah, semuanya, dan janganlah kamu berpecah belah, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu menjadi bersaudara. Kamu di pinggir lubang Api, dan Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu mendapat petunjuk.
3:135. Yang, apabila mereka melakukan satu kesumbangan, atau menzalimi diri-diri mereka sendiri, mengingati Allah dan meminta ampun atas kesalahan-kesalahan mereka, dan siapakah yang akan mengampunkan kesalahan-kesalahan melainkan Allah? Dan mereka tidak berterusan dalam apa yang mereka melakukan sedang mereka mengetahui.
3:191. Yang mengingat Allah berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan mereka, dan yang memikirkan mengenai ciptaan langit dan bumi, "Wahai Pemelihara kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Engkau disanjung! Lindungilah kami daripada azab Api.
4:103. Apabila kamu telah melaksanakan solat, ingatlah akan Allah, berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan kamu. Kemudian, apabila kamu tenteram, lakukanlah solat; sesungguhnya solat adalah satu waktu yang dikitabkan (ditentukan) bagi orang-orang mukmin.
4:142. Orang-orang munafik hendak menipu Allah, tetapi Allah, Dia yang menipu mereka. Apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas, menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan tidak mengingat Allah, kecuali sedikit.
5:4. Mereka menanyai kamu mengenai apa-apa yang dihalalkan bagi mereka. Katakanlah, "Benda-benda yang baik adalah dihalalkan bagi kamu; dan daripada binatang berburu yang kamu mengajari, dengan melatih anjing untuk memburu, dengan mengajarnya seperti Allah mengajar kamu, maka makanlah apa yang ia menangkapkan untuk kamu, dan ingatlah (sebutlah) nama Allah padanya. Takutilah Allah; sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan."
5:7. Dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu, dan perjanjian-Nya yang Dia buat dengan kamu apabila kamu berkata, "Kami dengar, dan kami taat." Dan takutilah Allah; sesungguhnya Allah mengetahui apa yang di dalam dada.
5:11. Wahai orang-orang yang percaya, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila satu kaum bermaksud untuk menjulurkan kepada kamu tangan-tangan mereka, dan Dia menahan tangan-tangan mereka daripada kamu; dan takutilah Allah; dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin mempercayakan (tawakal).
5:20. Dan apabila Musa berkata kepada kaumnya, "Wahai kaumku, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila Dia melantik di kalangan kamu Nabi-Nabi, dan Dia melantik kamu raja-raja, dan Dia memberi kamu yang Dia tidak memberikan seseorang pun di semua alam.
5:91. Syaitan hanya menghendaki untuk menyebabkan permusuhan dan kebencian antara kamu dalam arak dan judi, dan untuk menghalangi kamu daripada mengingat Allah, dan daripada solat. Mahukah kamu berhenti?
5:110. Ketika Allah berkata, "Wahai Isa putera Mariam, ingatlah akan rahmat-Ku ke atas kamu, dan ke atas ibu kamu, apabila Aku mengukuhkan kamu dengan Roh Qudus (Suci), untuk berkata-kata kepada manusia di dalam buaian dan setelah dewasa, dan apabila Aku mengajar kamu al-Kitab, dan Kebijaksanaan, dan Taurat, dan Injil, dan apabila kamu mencipta daripada tanah liat, dengan izin-Ku, yang seperti bentuk burung, dan kamu menghembuskan ke dalamnya, lalu jadilah ia seekor burung, dengan izin-Ku, dan kamu menyembuhkan orang buta, dan orang sakit kusta, dengan izin-Ku, dan kamu mengeluarkan orang yang mati, dengan izin-Ku; dan apabila Aku menahan Bani Israil daripada kamu ketika kamu datang kepada mereka dengan bukti-bukti yang jelas, lalu orang-orang yang tidak percaya antara mereka berkata, 'Tiadalah ini, melainkan sihir yang nyata.'
6:118. Makanlah daripada apa yang padanya diingatkan (disebut) nama Allah, jika kamu mukmin pada ayat-ayat-Nya.
6:119. Mengapakah dengan kamu, bahawa kamu tidak makan daripada apa yang padanya diingatkan nama Allah, padahal Dia telah menjelaskan kepada kamu apa yang Dia mengharamkan kamu, kecuali kamu terpaksa padanya? Tetapi, sesungguhnya ramai orang menyesatkan dengan keinginan mereka tanpa sebarang pengetahuan; Pemelihara kamu, Dia sangat mengetahui orang-orang yang mencabul.
6:121. Dan janganlah makan apa yang padanya nama Allah tidak disebut; ia adalah kefasiqan. Syaitan-syaitan mewahyukan wali-wali (sahabat-sahabat) mereka untuk membantah kamu, dan jika kamu mentaati mereka, kamulah orang-orang yang menyekutukan.
6:138. Mereka berkata, "Binatang ternak dan tanaman ini adalah larangan; tiada yang akan memakannya kecuali siapa yang kami mengkehendaki" - demikianlah mereka mendakwa - "Dan binatang ternak yang punggungnya diharamkan, dan binatang ternak yang mereka tidak mengingat (menyebut) nama Allah padanya"; untuk mengada-adakan terhadap-Nya. Kelak Dia akan membalas mereka atas apa yang mereka mengada-adakan.
7:63. Adakah kamu hairan bahawa satu peringatan daripada Pemelihara kamu datang kepada kamu melalui seorang lelaki antara kamu, supaya dia memberi amaran kepada kamu, dan kamu menjadi bertakwa supaya dikasihani."
7:69. Apa, adakah kamu hairan bahawa satu peringatan daripada Pemelihara kamu telah datang kepada kamu melalui seorang lelaki antara kamu supaya dia memberi amaran kepada kamu; dan ingatlah apabila Dia melantik kamu sebagai pengganti selepas kaum Nuh, dan menambahkan kamu dengan luas dalam ciptaan kamu; ingatlah kamu akan pemberian Allah agar kamu beruntung."
7:74. Dan ingatlah apabila Dia melantik kamu pengganti-pengganti selepas Ad, dan Dia menempatkan kamu di bumi, mengambil untuk kamu istana-istana daripada tanah-tanah datarnya, dan memahat gunung-gunungnya menjadi rumah-rumah. Ingatlah akan pemberian Allah, dan janganlah membuat kecelakaan di bumi dengan membuat kerosakan."
7:86. Dan jangan duduk di setiap jalan, dengan mengancam, dan menghalangi daripada jalan Allah orang-orang yang percaya kepada-Nya, dengan menginginkannya menjadi bengkok. Dan ingatlah ketika kamu sedikit, dan Dia melipatgandakan kamu, dan perhatikanlah bagaimana kesudahannya orang-orang yang membuat kerosakan.
7:171. Dan apabila Kami menggoncangkan gunung di atas mereka, seakan-akan ia langit-langit, dan mereka menyangka bahawa ia akan jatuh kepada mereka. "Ambillah dengan kekuatan apa yang Kami memberikan kamu, dan ingatlah apa yang di dalamnya supaya kamu bertakwa."
7:205. Ingatlah akan Pemelihara kamu di dalam jiwa kamu, dengan merendahkan diri, dan rasa takut, dan ucapan yang tidak lantang pada waktu pagi dan petang. Janganlah kamu menjadi di kalangan orang-orang yang lalai.
8:2. Orang-orang mukmin hanyalah yang, apabila Allah diingatkan, hati mereka gementar, dan apabila ayat-ayat-Nya dibacakan kepada mereka, ia menambahkan mereka dalam keimanan, dan kepada Pemelihara mereka, mereka mempercayakan (tawakal),
8:26. Dan ingatlah ketika kamu sedikit dan hina di bumi, dan takut-takut manusia akan menyambar kamu; tetapi Dia memberi kamu perlindungan dan Dia mengukuhkan kamu dengan pertolongan-Nya, dan merezekikan kamu dengan benda-benda yang baik, supaya kamu berterima kasih.
8:45. Wahai orang-orang yang percaya, apabila sahaja kamu bertemu satu pasukan, maka berdiriteguhlah kamu, dan ingatlah akan Allah dengan banyak agar kamu beruntung.
11:114. Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang, dan awal malam; sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat.
12:42. Kemudian dia berkata kepada orang yang dia menyangka bahawa dia akan diselamatkan antara keduanya, "Ingatkanlah (sebutlah) aku kepada pemelihara kamu." Tetapi syaitan menjadikan dia lupa untuk menyebutkannya kepada pemeliharanya, supaya dia tetap di dalam penjara selama beberapa tahun.
12:85. Mereka berkata, "Demi Allah, kamu tidak berhenti-henti mengingati Yusuf sehingga kamu hilang tenaga dan menjadi kurus kering kerana kesedihan, atau termasuk orang-orang yang binasa."
12:104. Kamu tidak meminta upah untuknya; ia tidak lain hanyalah peringatan bagi semua alam.
13:28. Orang-orang yang percaya, hati mereka tenteram dengan mengingati Allah - dengan mengingati Allah, hati tenteram.
14:6. Dan ketika Musa berkata kepada kaumnya, "Ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila Dia menyelamatkan kamu daripada keluarga Firaun yang mengenakan kamu azab yang jahat, dengan mengorbankan anak-anak lelaki kamu, dan membiarkan hidup perempuan-perempuan kamu; dan pada yang demikian itu adalah ujian yang besar daripada Pemelihara kamu.
15:6. Mereka berkata, "Kamu, yang Peringatan diturunkan, kamu sesungguhnya telah dirasuk.
15:9. Kamilah yang menurunkan Peringatan, dan Kamilah yang menjaganya.
16:43. Kami tidak mengutus sebelum kamu, melainkan lelaki-lelaki yang kepada mereka Kami mewahyukan. Tanyalah ahli Zikir (Peringatan) jika kamu tidak mengetahui.
16:44. Dengan bukti-bukti yang jelas, dan Zabur; dan Kami menurunkan Peringatan kepada kamu supaya kamu memperjelaskan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka; dan supaya mereka memikirkan.
17:46. Dan Kami meletakkan penudung pada hati mereka supaya mereka tidak memahaminya, dan di dalam telinga mereka sumbatan. Dan apabila kamu mengingatkan (menyebut) Pemelihara kamu satu-satunya di dalam al-Qur'an, mereka berpaling ke belakang mereka dalam pelarian.
18:24. Tetapi hanya, "Jika Allah menghendaki"; dan ingatlah akan Pemelihara kamu apabila kamu lupa, dan katakanlah, "Mudah-mudahan Pemeliharaku memberi petunjuk kepadaku pada sesuatu yang lebih dekat dengan yang lurus daripada yang ini."
18:28. Dan sabarkanlah diri kamu dengan orang-orang yang menyeru Pemelihara mereka pada waktu pagi dan petang, dengan menghendaki wajah (sokongan)-Nya, dan janganlah mata-mata kamu berpaling daripada mereka kerana menghendaki perhiasan kehidupan dunia; dan janganlah mentaati orang yang hatinya Kami melalaikan daripada mengingati Kami supaya dia mengikuti keinginannya, dan urusannya melewati batas.
18:63. Berkata, "Apa pendapat kamu? Tatkala kita mengambil perlindungan di batu, lalu aku melupakan ikan; dan hanya syaitanlah yang membuat aku melupakannya, supaya aku tidak mengingatinya; dan ia mengambil jalannya ke laut dengan cara yang menakjubkan."
18:70. Berkata, "Jika kamu ikut aku, maka janganlah menanyai aku sesuatu sehingga aku sendiri mengemukakan sebutan mengenainya kepada kamu."
18:83. Mereka menanyakan kamu mengenai Zul-Karnain (yang mempunyai dua tanduk). Katakanlah, "Aku akan membacakan kamu satu peringatan mengenainya."
18:101. Yang mata mereka ditudung daripada peringatan-Ku, dan mereka tidak boleh mendengar.
19:2. Ingatkanlah (sebutkanlah) mengenai pengasihan Pemelihara kamu kepada hamba-Nya, Zakaria.
19:16. Dan ingatlah (sebutlah) di dalam Kitab, Mariam, apabila dia berundur daripada keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur.
19:41. Dan ingatlah (sebutlah) di dalam kitab, Ibrahim; sesungguhnya dia seorang yang sabar, seorang Nabi.
19:51. Dan ingatlah (sebutlah) di dalam kitab, Musa; dia tulus, dan dia seorang rasul, seorang Nabi.
19:54. Dan ingatlah (sebutlah) di dalam Kitab, Ismail; dia benar dengan janjinya, dan dia seorang rasul, seorang Nabi.
19:56. Dan ingatlah (sebutlah) di dalam Kitab, Idris; sesungguhnya dia seorang yang benar, seorang Nabi.
19:67. Tidakkah manusia teringat bahawa Kami telah menciptanya dari dahulu sedang dia sama sekali tiada?
20:14. Sesungguhnya Akulah Allah; tidak ada tuhan melainkan Aku; maka sembahlah Aku, dan lakukanlah solat untuk mengingati Aku.
20:34. Dan mengingat Engkau dengan banyak.
20:42. Pergilah kamu dan saudara kamu dengan ayat-ayat-Ku, dan janganlah lalai untuk mengingati-Ku.
20:99. Demikianlah Kami menceritakan kepada kamu berita-berita daripada apa yang telah berlalu, dan Kami memberikan kamu satu peringatan daripada sisi Kami.
20:113. Begitulah Kami menurunkannya sebagai sebuah al-Qur'an bahasa Arab, dan Kami mengulang-ulangi di dalamnya sesuatu daripada ancaman, supaya mereka bertakwa, atau ia menimbulkan peringatan bagi mereka.
20:124. Tetapi, sesiapa yang berpaling daripada peringatan-Ku, baginya penghidupan yang sempit, dan pada Hari Kiamat, Kami membangkitkan dia buta."
21:2. Tiada Peringatan daripada Pemelihara mereka datang kepada mereka yang baru, melainkan mereka mendengarkannya dengan bermain-main,
21:7. Dan Kami tidak mengutus seseorang sebelum kamu, melainkan lelaki-lelaki yang kepada mereka Kami mewahyukan; tanyalah ahli Zikir (Peringatan) jika kamu tidak mengetahui,
21:10. Sesungguhnya Kami menurunkan kepada kamu sebuah Kitab yang di dalamnya Peringatan kamu; tidakkah kamu memahami?
21:24. Atau, adakah mereka mengambil tuhan-tuhan selain daripada-Nya? Katakanlah, "Kemukakanlah buktimu! Inilah Peringatan bagi orang-orang yang bersamaku, dan Peringatan orang-orang yang sebelumku." Tidak, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui yang benar, lalu mereka berpaling.
21:36. Apabila orang-orang yang tidak percaya melihat kamu, mereka hanya mengambil kamu untuk ejekan, "Inikah orang yang mengingat-ingatkan (menyebut-nyebut) tuhan-tuhan kamu?", sedang mereka, kepada Peringatan Yang Pemurah adalah orang-orang yang tidak percaya.
21:42. Katakanlah, "Siapakah yang akan melindungi kamu pada waktu malam dan siang hari daripada Yang Pemurah?" Tidak, tetapi daripada Peringatan Pemelihara mereka, mereka berpaling.
21:48. Kami telah memberikan Musa dan Harun, Pembeza, dan Sinaran, dan Peringatan, bagi orang-orang yang bertakwa,
21:50. Dan ini adalah satu Peringatan yang diberkati, yang Kami menurunkan; maka adakah kamu sekarang menolaknya?
21:60. Mereka berkata, "Kami mendengar seorang pemuda yang mengingat-ingatkan (menyebut-nyebut) mereka, dan dia dikatakan Ibrahim."
21:105. Sesungguhnya Kami telah menuliskan di dalam Zabur, sesudah Peringatan, "Bumi akan diwarisi oleh hamba-hamba-Ku yang salih."
22:28. Supaya mereka mempersaksikan pelbagai manfaat kepada manusia, dan mengingati (menyebut) nama Allah pada hari-hari yang diketahui pada haiwan ternakan yang Dia merezekikan mereka, "Maka makanlah daripadanya, dan berilah makan orang-orang fakir yang sengsara."
22:34. Kami menentukan bagi tiap-tiap umat satu peribadatan supaya mereka mengingati nama Allah pada haiwan ternakan yang Dia merezekikan mereka. Tuhan kamu Tuhan Yang Satu, maka kepada-Nya tunduk patuhlah. Dan kamu berilah berita gembira kepada orang-orang yang merendah diri,
22:35. Orang-orang yang, apabila Allah diingatkan (disebut), hati mereka gementar, dan yang bersabar atas apa sahaja yang menimpa mereka, dan yang melakukan solat, dan menafkahkan daripada apa yang Kami merezekikan mereka.
22:36. Dan binatang-binatang korban - Kami membuatkan mereka untuk kamu sebagai antara tanda-tanda Allah, di mana ada kebaikan untuk kamu. Maka ingatlah (sebutlah) nama Allah pada mereka, berdiri dalam barisan; kemudian, apabila lambungannya rebah, makanlah daripadanya, dan berilah makan kepada pengemis, dan orang yang meminta. Begitulah Kami menundukkan mereka untuk kamu, supaya kamu berterima kasih.
22:40. Orang-orang yang diusir daripada tempat-tempat tinggal mereka dengan tanpa patut, melainkan mereka berkata, "Pemelihara kami ialah Allah." Sekiranya Allah tidak mengusir manusia, sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain, tentulah dirobohkan biara-biara, dan gereja-gereja, dan salawat (tempat-tempat sembahyang Yahudi), dan masjid-masjid, yang di dalamnya nama Allah disebut dengan banyak. Sungguh, Allah akan menolong orang yang menolong-Nya; sesungguhnya Allah Kuat, Perkasa.
23:71. Sekiranya yang benar mengikuti keinginan mereka, langit dan bumi dan apa sahaja yang di dalamnya, tentulah rosak. Tidak, Kami mendatangkan kepada mereka Peringatan mereka, tetapi daripada Peringatan mereka, mereka berpaling.
23:110. Tetapi kamu mengambil mereka untuk buah ejekan sehingga mereka membuat kamu melupakan Peringatan-Ku, dengan mengetawakan mereka.
24:36. Di dalam rumah-rumah yang Allah mengizinkan untuk dinaikkan, dan nama-Nya diingatkan (disebut) di dalamnya; di dalamnya menyanjung-Nya, pagi dan petang,
24:37. Adalah lelaki-lelaki yang perdagangan dan jual beli tidak memesongkan mereka daripada mengingati Allah, dan untuk melakukan solat, dan untuk memberikan zakat, dan takut akan satu hari apabila hati dan penglihatan dibalik-balikkan kepadanya.
25:18. Mereka berkata, "Engkau disanjung! Tidaklah patut bagi kami mengambil untuk kami wali-wali (pelindung-pelindung), selain daripada Engkau; tetapi Engkau telah memberi mereka dan bapa-bapa mereka kesenangan hidup sehingga mereka melupakan Peringatan, dan mereka adalah kaum yang keji."
25:29. Sesungguhnya dia menyesatkan aku daripada Peringatan setelah ia datang kepadaku; syaitan adalah pengabai manusia."
26:5. Tetapi tiada peringatan yang baru datang kepada mereka daripada Yang Pemurah, melainkan mereka berpaling daripadanya.
26:227. Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, dan mereka mengingati Allah dengan banyak, dan menolong diri-diri mereka sendiri setelah dizalimi; dan orang-orang yang membuat kezaliman pasti akan mengetahui di mana tempat berbalik yang mereka akan dibalikkan.
29:45. Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada al-Kitab, dan lakukanlah solat; solat melarang kesumbangan dan mungkar. Mengingat Allah adalah lebih besar; dan Allah mengetahui apa yang kamu mengerjakan.
33:9. Wahai orang-orang yang percaya, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu apabila tentera datang kepada kamu, dan Kami mengutuskan kepada mereka suatu angin, dan tentera yang kamu tidak melihat; dan Allah melihat apa yang kamu buat.
33:21. Kamu ada satu teladan yang baik pada rasul Allah bagi sesiapa yang mengharapkan Allah dan Hari Akhir, dan mengingat Allah dengan banyak.
33:34. Dan ingatlah apa yang dibacakan di dalam rumah-rumah kamu daripada ayat-ayat Allah, dan Kebijaksanaan; sesungguhnya Allah adalah Halus, Menyedari.
33:35. Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim, dan lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, dan lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh, dan lelaki yang benar dan perempuan yang benar, dan lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar, dan lelaki yang merendah hati dan perempuan yang merendah hati, dan lelaki yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah, dan lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan perempuan yang menjaga, dan lelaki yang mengingat Allah dengan banyak dan perempuan yang mengingat - bagi mereka, Allah menyediakan keampunan dan upah yang besar.
33:41. Wahai orang-orang yang percaya, ingatlah Allah dengan banyak,
35:3. Wahai manusia, ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu; adakah pencipta, selain daripada Allah, yang memberi rezeki untuk kamu dari langit dan bumi? Tidak ada tuhan melainkan Dia; maka bagaimanakah kamu boleh berpaling?
36:11. Kamu hanya memberi amaran kepada orang yang mengikuti Peringatan, dan yang takut kepada Yang Pemurah dalam keadaan ghaib; maka berilah dia berita gembira dengan keampunan dan upah yang mulia.
36:69. Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidaklah patut baginya. Ia hanyalah satu Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas.
37:3. Dan pembaca-pembaca Peringatan,
37:13. Dan, apabila mereka diperingatkan, mereka tidak ingat,
37:168. "Sekiranya kami ada Peringatan daripada orang-orang dahulu,
38:1. Sad. Demi al-Qur'an yang mengandungi Peringatan.
38:8. Apa, adakah Peringatan diturunkan kepada dia antara kita semua?" Tidak, tetapi mereka adalah dalam keraguan mengenai Peringatan-Ku; tidak, mereka belum lagi merasakan azab-Ku.
38:17. Bersabarlah atas apa yang mereka mengatakan, dan ingatlah akan hamba Kami Daud yang mempunyai kekuatan; dia seorang yang kembali.
38:32. Dia berkata, "Sesungguhnya aku mencintai kecintaan pada benda-benda yang baik lebih daripada mengingati Pemeliharaku sehingga matahari tersembunyi di belakang hijab (tabir).
38:41. Dan ingatlah akan hamba Kami, Ayub; apabila dia memanggil Pemeliharanya, "Sesungguhnya syaitan menyentuhku dengan keletihan dan azab."
38:45. Dan ingatlah akan hamba-hamba Kami, Ibrahim, dan Ishak, dan Yaakub - yang mempunyai tangan (kekuatan) dan pandangan.
38:48. Dan ingatlah akan Ismail, dan Alyasa, dan Zulkifli; masing-masing adalah daripada orang-orang yang terbaik.
38:49. Ini adalah Peringatan; dan bagi orang-orang yang bertakwa, tempat kembali yang baik,
38:87. Ia, tidak lain, melainkan satu peringatan bagi semua alam,
39:22. Adakah orang yang dadanya Allah melapangkan untuk Islam, lalu dia berjalan di atas satu cahaya daripada Pemeliharanya? Tetapi kecelakaanlah bagi orang-orang yang hati mereka keras terhadap mengingati Allah! Mereka itu adalah dalam kesesatan yang nyata.
39:23. Allah menurunkan hadis yang paling baik sebagai sebuah Kitab, yang serupa (mutasyabihat) dalam pengulangannya, dengannya digentarkan kulit orang-orang yang takut kepada Pemelihara mereka; kemudian kulit mereka dan hati mereka menjadi lembut pada mengingati Allah. Itulah petunjuk Allah, dengannya Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki; dan sesiapa yang Allah menyesatkan, maka tidak ada baginya yang memberi petunjuk.
39:45. Apabila Allah diingatkan (disebut) satu-satunya, maka meluatlah hati orang-orang yang tidak mempercayai akhirat, tetapi apabila orang-orang selain daripada Dia disebut, tiba-tiba mereka bergembira.
40:44. Kamu akan ingat apa yang aku mengatakan kepada kamu. Aku menyerahkan urusanku kepada Allah; sesungguhnya Allah melihat hamba-hamba-Nya."
41:41. Orang-orang yang tidak percaya kepada Peringatan apabila ia datang kepada mereka - dan sesungguhnya ia adalah Kitab yang perkasa.
43:5. Adakah Kami akan mengenepikan Peringatan daripada kamu, kerana kamu adalah kaum yang membazir (berlebihan)?
43:13. Supaya kamu duduk di atas punggungnya, dan kemudian mengingatkan rahmat Pemelihara kamu apabila kamu duduk di atasnya, dan berkata, "Dia disanjung, yang menundukkan ini untuk kami, dan kami sendiri tidak setanding dengannya,
43:36. Sesiapa yang membutakan diri daripada Peringatan Yang Pemurah, kepadanya Kami menentukan syaitan untuk menjadi teman yang dipercayai,
43:44. Sesungguhnya ia adalah Peringatan bagi kamu, dan bagi kaum kamu; dan sungguh, kamu akan ditanya.
46:21. Dan ingatlah saudara kepada Ad, apabila dia memberi amaran kepada kaumnya di tepi bukit pasir - dan sesungguhnya pemberi-pemberi amaran telah berlalu di hadapannya dan belakangnya -"Janganlah kamu menyembah siapa pun melainkan Allah! Sesungguhnya aku takut untuk kamu akan azab hari yang besar."
47:20. Orang-orang yang percaya berkata, "Mengapa satu surah tidak diturunkan?" Kemudian, apabila satu surah yang jelas diturunkan, dan di dalamnya perang disebut, kamu melihat orang-orang yang di dalam hati mereka ada penyakit memandang kepada kamu dengan pandangan seorang yang ditutupi dengan kematian padanya; tetapi yang lebih patut bagi mereka,
53:29. Maka berpalinglah kamu daripada orang yang berpaling daripada Peringatan Kami, dan menghendaki hanya kehidupan dunia.
54:17. Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?
54:22. Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?
54:25. Adakah Peringatan dilemparkan kepadanya satu-satunya antara kita? Tidak, tetapi dia pendusta yang biadab."
54:32. Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?
54:40. Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?
57:16. Tidakkah ia masanya untuk hati orang-orang yang percaya ditundukkan kepada Peringatan Allah, dan yang Benar, yang Dia menurunkan, dan mereka tidak menjadi seperti orang-orang yang telah diberi al-Kitab sebelumnya, dan tempohnya dirasakan terlalu panjang kepada mereka, lalu hati mereka menjadi keras, dan kebanyakan mereka orang-orang fasiq?
58:19. Syaitan telah menguasai mereka, dan menjadikan mereka melupakan Peringatan Allah. Mereka itu golongan syaitan; sesungguhnya golongan syaitan, merekalah orang-orang yang rugi!
62:9. Wahai orang-orang yang percaya, apabila dipanggil untuk solat pada hari berkumpul, bersegeralah kepada mengingat Allah, dan tinggalkanlah jual beli; itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.
62:10. Kemudian, apabila solat telah diselesaikan, bertaburlah di bumi dan carilah pemberian Allah, dan ingatlah Allah dengan banyak agar kamu beruntung.
63:9. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah harta-harta kamu dan jangan juga anak-anak kamu memesongkan kamu daripada mengingati Allah; sesiapa yang berbuat demikian itu, merekalah orang-orang yang rugi.
65:10. Allah menyediakan bagi mereka azab yang keras. Maka takutilah Allah, wahai orang-orang yang mempunyai minda! Orang-orang yang percaya, Allah telah menurunkan kepada kamu satu peringatan,
68:51. Orang-orang yang tidak percaya hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, apabila mereka mendengar Peringatan, dan mereka berkata, “Sesungguhnya dia orang yang dirasuk!”
68:52. Dan tiadalah ia, melainkan satu Peringatan bagi semua alam.
72:17. Supaya Kami menguji mereka dengannya. Dan sesiapa yang berpaling daripada Peringatan Pemeliharanya, Dia mengasakkannya kepada azab yang keras.
73:8. Dan ingatlah nama Pemelihara kamu, dan abdilah kepada-Nya dengan pengabdian yang bersungguh-sungguh.
74:55. Maka sesiapa yang menghendaki akan mengingatinya.
74:56. Dan mereka tidak mengingatinya, kecuali apa yang Allah mengkehendaki; Dia yang wajar ditakuti, dan wajar untuk keampunan.
76:1. Bukankah telah datang kepada manusia satu waktu daripada masa apabila ia adalah sesuatu yang tidak diingatkan?
76:25. Dan ingatlah (sebutlah) nama Pemelihara kamu pada awal pagi dan petang,
77:5. Dan yang melemparkan peringatan,
80:12. Dan sesiapa menghendaki, mengingatinya,
81:27. Tiadalah ia, melainkan Peringatan bagi semua alam,
87:15. Dan mengingat (menyebut) nama Pemeliharanya, dan menyembah.
94:4. Tidakkah Kami menaikkan sebutan kamu?
No comments:
Post a Comment