CARI TAJUK UTAMA

Friday, May 30, 2008

Dakwah Islam

1.0 Pendahuluan

Dakwah merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh setiap anggota masyarakat Islam. Tanpa usaha dakwah masyarakat akan menjadi pincang kerana perkara kebajikan tidak akan berlansng dan kemungkaran akan berleluasa. Namun, persoalan yang timbul ialah; apakah pendekatan yang perlu digunakan dalam melakukan dakwah. Kertas kerja ini menyorot dua pendekatan yang boleh digunakan iaitu dakwah dengan lidah dan dakwah dengan qudwah.

2.0 Pengertian Dakwah

Dakwah bermaksud menyeru dan memanggil. Dakwah yang dimaksudkan di sini ialah seruan kepada manusia untuk menerima Islam dan seruan untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran

Dalilnya ialah firman Allah:

ولتكن منكم أمة يدعون إلى الخير ويأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر وأولئك هم المفلحون

Maksudnya:Hendaklah ada di kalangan kamu satu golongan yang menyeru ke arah kebaikan (Islam), menyuruh melakukan kebajikan dan mencegah melakukan kemungkaran. Justeru, hakikat dakwah sebenarnya ialah amar makruf, nahi munkar.

3.0 Pendekatan Dakwah Dengan Lidah

Al-Quran menjelaskan, pendekatan dakwah yang perlu dilakukan ialah dengan hikmah dan nasihat yang baik. Allah berfirman:

ادعوا إلى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هي أحسن

Maksudnya:Berdakwahlah kamu ke arah jalan Tuhanmu dengan Hikmah dan nasihat yang baik dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baik. Hikmah mempunyai dua maksud iaitu kebijaksanaa dalam meletakkan sesuatu pada tempatnya dan juga bermaksud sunnah Nabi saw. Nasihat yang baik pula adalah dengan menggunakan lidah. Bergitu juga berbahas dan berdebat memerlukan kemahiran berbicara. Di sinilah pentingnya pendekatan dakwah menggunakan lidah.

4.0 Pendekatan Dakwah dengan Qudwah

Pendekatan yang asas dalam berdakwah ialah dengan qudwah atau tunjuk ajar. Ini kerana manusia lebih terpengaruh dengan apa yang dibuat berbanding apa yang didengar. Justeru itu, para anbiya’ yang membawa dakwah Islam ke seluruh umat ditarbiyah oleh Allah untuk menjadi manusia terbaik yang boleh diikuti oleh manusia. Pendekatan ini menuntut pendakwah menghiasi diri dengan dua perkara iaitu amal dan akhlak.

4.1 Amal Pendakwah

Amal para pendakwah perlu digilap Justeru pendakwah mesti menampilkan diri mereka sebagai

  1. seorang yang mempunyai keimanan dan keyakinan yang kuat terhadap persoalan ghaib iaitu hakikat alam akhirat, syurga dan neraka dan keyakinan pada janji-janji Allah seperti janji rezki dan kemenagan Islam.
  2. seorang yang prihatin dengan ibadah-ibadah khusus iaitu solat lima waktu, puasa wajib, zakat dan haji.
  3. seorang yang prihatin dengan amalan-amalan sunat seperti solat rawatib, solat dhuha, solat malam, puasa sunat, bersedekah, membaca al-Quran dan sebagainya.

4.2 Akhlak Pendakwah

Akhlak pendakwah juga perlu dibina. Justeru pendakwah perlu dilihat sebagai

  1. Seorang yang amanah, merendah diri, pemalu, pemaaf dan tidak lekas marah.
  2. Seorang yang menjaga lidah.
  3. Seorang yang mencintai dan meyayangi orang lain
  4. Seorang yang mengutamakan kepentingan orang lain dengan melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan

5.0 Dakwah Dengan Lidah

Dakwah dengan lidah memerlukan pendakwah menghiasi diri dengan beberapa perkara iaitu:

  1. Ilmu tentang perkara yang ingin disampaikan.
  2. Kepetahan lidah dalam menyampaikan dakwah.
  3. Bijak dalam mengukur dan melihat tahap ilmu sasaran dakwah.
  4. Bijak menggunakan pendekatan penyampaian yang sesuai berdasarkan sasaran dakwah.

5.1 Ruang Dakwah Dengan Lidah

Antara ruang-ruang dakwah dengan lidah yang boleh dimanfaatkan ialah:

  1. Nasihat menerusi perbualan dan pergaulan seharian
  2. Tazkirah ringkas pada waktu-waktu yang bersesuaian. Antaranya dengan membaca buku-buku nasihat agama yang sesuai pada kesempatan yang terluang seperti selepas solat waktu di surau dan masjid.
  3. pertemuan dalam kumpulan kecil (usrah)
  4. Ceramah, forum dan seminar di rumah, pejabat, masjid dan surau.

5.2 Dakwah Dengan Penulisan

Dakwah dengan penulisan juga adalah sebahagian dakwah yang berkesan dewasa ini. Antara ruang-ruang yang boleh dimanfaatkan ialah:

  1. menulis tazkirah ringkas untuk diedarkan kepada masyarakat setempat.
  2. mencetak bahan-bahan nasihat yang diperolehi menerusi sumber-sumber yang dipercayai.
  3. menggunakan ruang teknologi maklumat seperti email, blog dan web.
  4. menggunakan ruang penulisan dalam akhbar seperti surat pembaca dan lain-lain.

6.0 Penutup

No comments: