CARI TAJUK UTAMA
Showing posts with label hari kiamat. Show all posts
Showing posts with label hari kiamat. Show all posts

Friday, May 23, 2008

Kiamat

1. Hari Kiamat,

2. apakah hari Kiamat itu?

3. Tahukah kamu apakah hari Kiamat itu?

Tiga perkataan Kiamat diulangi kepada manusia dalam surah ini. Supaya manusia yang mempunyai akal berfikir panjang, bukan setakat sekali fikir sahaja. Berfikirlah dengan sewaras-warasnya sehingga hati kita merasa tenang. Segala yang dilihat buruk, belum tentu buruk bagi kita. Jika kita berfikir panjang, mungkin ia memberi natijah yang baik untuk kita. Begitu juga sebaliknya. Jadi, janganlah kita terlalu cepat mengambil keputusan tanpa berfikir panjang, kelak kita sendiri akan merasa penyesalannya.

Ambil contoh isu penggunaan nama Allah dalam kitab Bible terjemahan Melayu. Ramai umat Islam di negara kita merasa resah dengan tindakan pihak Kristian itu kerana dikhuatiri ia akan menyebabkan ramai orang Islam terutamanya remaja kita akan mudah terpengaruh dengan ajaran Kristian. Akhirnya akan meningkatkan penghijrahan orang Islam untuk memeluk Kristian.

Jika kita berfikiran pendek, memang kita nampak isu ini memberi kesan negatif pada umat Islam. Tetapi jika kita berfikir panjang, sebenarnya banyak kesan baiknya jika kita berjaya perindahkan akhlak orang-orang Islam. Antaranya, dengan penganut Islam dan Kristian menggunakan perkataan Allah, ia membawa ke arah kesatuan antara manusia. Sebab kita percaya kepada Allah sebagai Tuhan Yang Maha Agung walaupun dalam agama Kristian mencampuri teori trinitinya. Apabila nama Tuhan yang sama digunakan, memudahkan umat Islam untuk berdakwah kepada mereka. Banyak lagi kesan-kesan baik yang boleh kita fikirkan, tetapi dengan syarat kena kenali diri dahulu sebab apa agama Islam sekarang dipandang rendah oleh bangsa lain.

Jika kita rasa takut dengan bayang-bayang sendiri dengan membuat andaian bahawa isu itu akan menyebabkan lagi ramai umat Islam murtad, ia secara tidak langsung menunjukkan akidah kita kepada Allah sebenarnya lemah. Kita mungkin berbangga ada nama “Allah” sebagai Tuhan, tetapi pergantungan kita kepada Allah masih lemah. Kerana itu kita sibuk bercakaran sesama sendiri. Yang menyebabkan orang Islam murtad kerana dia sudah tidak nampak di mana keindahan Islam yang sebenar. Islam hanya diperindahkan dari segi nama sahaja bukannya dari segi akhlak. Dari segi perangai, rata-rata umat Islam menunjukkan perangai yang lebih teruk dari penganut agama lain. Kita malas memajukan pemikiran sehingga mampu mengkaji dan meneroka ilmu-ilmu baru untuk kesenangan manusia. Kita hanya tahu berbalah sesama sendiri. Jadi di mana keindahan Islam hendak diperlihatkan?

Tidaklah kerosakan terhadap imej Islam ini melainkan dari tangan kita orang Islam sendiri. Tidakkah kita mahu perindahkan akhlak sendiri berbanding sibuk mengejar kekayaan dan kekuasaan atas nama menegakkan Islam?

Oleh kerana itu, sudah sampai masanya kita kembali mewujudkan generasi yang mengkaji dan menerokai Al-Quran dengan keupayaan akal sendiri. Bukannya belajar Quran dengan cara menurut dan taksub kepada tok guru sebab Rasulullah pun belajar Quran dengan bergantung kepada Allah semata-mata. Bukankah kita kena mencontohi Rasulullah?

Inilah Kiamat yang Allah janjikan sebelum datangnya hari kebangkitan. Hari kebangkitan manusia untuk menyedarkan manusia yang lalai dengan janji Allah.

4. Pada hari itu manusia adalah seperti anai-anai yang bertebaran,

5. dan gunung-gunung adalah seperti bulu yang dihambur-hamburkan.

Jika kita pernah melihat busut yang dipecahkan sehingga anai-anai bertebaran, kita akan nampak keadaan serangga ini penuh bercelaru. Lintang-pukang anai-anai itu mencari arah masing-masing. Begitulah keadaan umat Islam sekarang yang bercelaru hidupnya. Berpecah-belah dan bermusuh-musuhan sesama sendiri kerana berebut kuasa dan harta. Akhlak muda-mudi runtuh sedangkan merekalah yang bakal mewarisi negara.

Bayangkan apa akan jadi pada masa hadapan jika generasi muda tidak kuat akidahnya akibat kelalaian generasi tua yang menunjukkan akhlak yang buruk? Jangan tahu salahkan kerosakan akhlak muda-mudi itu pada pemimpin sahaja, kalau kita sendiri pun sibuk mencaci-maki, mengutuk dan berdengki sesama sendiri. Allah Maha Mengetahui apa yang tersembunyi dalam diri.

Dan pada hari Kiamat nanti, ada orang-orang yang sebelum ini memiliki ilmu agama yang tinggi akan hancur ilmu-ilmu kerana dalam hatinya ada penyakit. Akibat suka mengutuk dan mencari kesalahan orang lain demi merebut kekuasaan duniawi, ilmu Quran yang dipelajari selama ini tidak membawa dirinya kepada kemuliaan hati, tetapi kepada rasa bangga diri yang dia lebih Islamik berbanding orang lain. Bagi mereka perbezaan pendapat hanya untuk mewujudkan puak-puak kerana ketidakterbukaan hati mereka menerima pendapat orang lain. Mulutnya hanya tahu menghamburkan caci dan maki sahaja.

6. Dan adapun orang-orang yang berat timbangan (kebaikan)nya,

7. maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan.

Sejauh mana kita mengambil berat menjaga dalam hati sendiri supaya tidak berpenyakit, sejauh itulah kita akan rasa kehidupan yang memuaskan. Hati sentiasa tenang dan damai. Rasa ini boleh dicapai oleh orang yang membangunkan akalnya sehingga berfikir mencari idea-idea itu adalah amalan hariannya. Ujian Allah tidak dirasakan suatu kesusahan, tetapi dianggap sebagai penguat keimanan dan pemberi semangat untuk meningkatkan keupayaan akal. Semakin diuji, semakin dia menghampiri (mengingati) Allah. Dia semakin mengkaji Quran untuk menghiburkan hati biar apa perasaan yang melanda di jiwa. Dia sentiasa redha dengan ketentuan Allah untuknya serta sentiasa bersangka baik terhadap Allah. Tidak mengeluh-kesah biar pun ada rasa terkilan. Itulah jiwa orang-orang yang sabar. Sentiasa rasa bersyukur dan memuaskan dengan rezeki yang diperolehi.

8. Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya,

9. maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah.

10. Tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu?

11. (Yaitu) api yang sangat panas.

Dan orang yang meringan-ringankan urusan menjaga hati ini pastinya akan kembali kepada neraka. Neraka di dunia adalah perasaan panas hati, marah, cepat melenting, tidak sabar, hasad dengki, dendam khianat dan pelbagai perbuatan yang mengundang kepada hidup berpuak-puak dan berpecah-belah.

Kenapa umat Islam sekarang hidup dalam keadaan tertekan dan kuat marah? Harga barang naik, ramai yang mengamuk mengutuk pemerintah sendiri. Harga minyak naik, ramai yang marah mengutuk pemimpin sendiri. Akibatnya hidup kita ini hanya hendak marah sahaja. Bukankah amarah itu menyebabkan wajah cepat tua? Marah juga menyebabkan jantung tertekan dan mudah kena penyakit jantung.

Jika kita benar-benar mengkaji Quran, kita akan nampak sebenarnya Quran mengajak kita kepada hidup dalam keadaan tenang dan sabar. Hati rasa bahagia dan senyum sentiasa. Jika kita dekat dengan Allah melalui cara membangunkan akal agar bermacam-macam idea kita dapat, kita rasa hidup kita dipermudahkan. Biarpun kita tidak sekaya mana, tetapi rezeki yang ada cukup menampung kehidupan bagai di syurga. Tiada erti keluh-kesah akibat tekanan ekonomi, tetapi sentiasa pasrah dengan rezeki yang diperolehi. Rezeki digunakan bukan untuk bermegah-megah dengan jiran tertangga, tetapi untuk mendekatkan diri dengan Allah. Hatinya sentiasa terhibur dengan petunjuk-petunjuk yang Allah beri melalui ilham yang dicapai. Jiwanya sentiasa muda biarpun sudah beranak-pinak. Itulah janji Allah kepada manusia yang membangunkan pemikirannya sendiri sehingga mampu mensucikan hati.

Rahsia Jumaat

Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat

Amalan Sunat Hari Jumaat

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.

Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"

Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.

Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan

Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga"

Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.

Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).

Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.

Tuesday, May 20, 2008

Tanda-Tanda Kiamat

  1. Penaklukan Baitulmuqaddis.
    Dari Auf b. Malik r.a. katanya,

Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah..

  1. Zina bermaharajalela.

“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.”
- Sahih Muslim

~ dah nampak dah..

  1. Bermaharajalela alat muzik.

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab, “Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi wanita”
- Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik..

  1. Menghias masjid & membanggakannya.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid”
- Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah..

  1. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.”
- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu…

  1. Ramai orang soleh meninggal dunia.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran”
- Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama’ yg tinggal…

  1. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada..

  1. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.”
- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pun tak bertegur sapa…

  1. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara anda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)..

  1. Bulan sabit kelihatan besar.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok..

  1. Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu”
- Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar-akhbar harian & majalah yang popular sekarang nie…

  1. Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.”
- Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq..

  1. Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai”
- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji.. Mina dah kene banjir..

Tuesday, May 6, 2008

Mukmin Dimatikan Dgn Angin Sebelum Kiamat

Orang Islam adalah penawar kepada seluruh umat Islam. Orang Islam yang takwa, taat menjadi penawar iaitu penahan bala. Dalam satu hadis dinyatakan ada orang sembahyang ada yang tidak, ada yang puasa, ada yang tidak. Namun tidak dikenakan bala selagi ada orang Islam yang taat.

Dalam hadis yang lain ” tidak berlaku kiamat selagi ada orang yang menyebut nama Allah“. Bila Allah hendak menamatkan perkhidmatan dunia, orang Islam dimatikan melalui angin.

Daripada Nawas bin Sam’an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata:-

Nabi s.a.w bersabda lagi: “Semasa manusia sedang menikmati kemakmuran dan kemewahan yang tersebut tiba-tiba Allah menghantar sejenis angin yang baik….lalu mengambil nyawa tiap-tiap orang yang baik - mukmin dan muslim, dan tinggallah sahaja orang-orang jahat dengan keadaan bercakaran sesama sendiri dan berhubung jenis seperti haiwan, maka pada zaman mereka inilah berlakunya hari kiamat.”

(Dan pada satu riwayat yang lain:

“Kemudian Allah menghantar sejenis angin yang sejuk nyaman, yang datangnya dari arah negeri Syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas muka bumi seorang pun yang terdapat dalam hatinya seberat zarah kebaikan atau iman melainkan diambil nyawanya oleh angin itu.

Nabi s.a.w bersabda lagi:

“Maka tinggallah sahaja orang-orang jahat yang cepat bergerak melakukan maksiat dan kedurhakaan secepat burung terbang, dan yang menceroboh serta menzalimi satu sama lain seperti binatang buas; mereka tidak suka dan tidak mengenal perkara yang baik, dan tidak benci serta tidak melarang daripada melakukan perkara yang buruk.

Pada saat itu syaitan menyamar diri kepada mereka serta bertanya: “Tidak malukah kamu meninggalkan jalan mendampingkan diri kepada Allah? Tidak mahukah kamu menurut ajakanku?

Maka mereka pun bertanya: Jika demikian apa yang engkau suruh kami lakukan?

Syaitan pun menyuruh mereka menyembah berhala untuk mendampingkan diri mereka dengan Tuhan (konon), mereka menerima ajakan Syaitan itu lalu menyembah berhala, sedang rezeki mereka mencurah-curah dan penghidupan mereka baik dan mewah; kemudian ditiup sangkakala, yang pertama, yang mematikan segala yang bernyawa….”)

Orang Islam adalah penawar kepada seluruh umat Islam. Orang Islam yang takwa, taat menjadi penawar iaitu penahan bala. Dalam satu hadis dinyatakan ada orang sembahyang ada yang tidak, ada yang puasa, ada yang tidak. Namun tidak dikenakan bala selagi ada orang Islam yang taat.

Dalam hadis yang lain ” tidak berlaku kiamat selagi ada orang yang menyebut nama Allah“. Bila Allah hendak menamatkan perkhidmatan dunia, orang Islam dimatikan melalui angin.

Daripada Nawas bin Sam’an r.a. (dalam hadis yang panjang) berkata:-

Nabi s.a.w bersabda lagi: “Semasa manusia sedang menikmati kemakmuran dan kemewahan yang tersebut tiba-tiba Allah menghantar sejenis angin yang baik….lalu mengambil nyawa tiap-tiap orang yang baik - mukmin dan muslim, dan tinggallah sahaja orang-orang jahat dengan keadaan bercakaran sesama sendiri dan berhubung jenis seperti haiwan, maka pada zaman mereka inilah berlakunya hari kiamat.”

(Dan pada satu riwayat yang lain:

“Kemudian Allah menghantar sejenis angin yang sejuk nyaman, yang datangnya dari arah negeri Syam, maka pada saat itu tidak tinggal di atas muka bumi seorang pun yang terdapat dalam hatinya seberat zarah kebaikan atau iman melainkan diambil nyawanya oleh angin itu.

Nabi s.a.w bersabda lagi:

“Maka tinggallah sahaja orang-orang jahat yang cepat bergerak melakukan maksiat dan kedurhakaan secepat burung terbang, dan yang menceroboh serta menzalimi satu sama lain seperti binatang buas; mereka tidak suka dan tidak mengenal perkara yang baik, dan tidak benci serta tidak melarang daripada melakukan perkara yang buruk.

Pada saat itu syaitan menyamar diri kepada mereka serta bertanya: “Tidak malukah kamu meninggalkan jalan mendampingkan diri kepada Allah? Tidak mahukah kamu menurut ajakanku?

Maka mereka pun bertanya: Jika demikian apa yang engkau suruh kami lakukan?

Syaitan pun menyuruh mereka menyembah berhala untuk mendampingkan diri mereka dengan Tuhan (konon), mereka menerima ajakan Syaitan itu lalu menyembah berhala, sedang rezeki mereka mencurah-curah dan penghidupan mereka baik dan mewah; kemudian ditiup sangkakala, yang pertama, yang mematikan segala yang bernyawa….”)

Tuesday, April 22, 2008

Hari Kiamat

Bumi baru akan dibentang. Kemudian, ia melemparkan keluar apa yang di dalamnya lalu menjadi kosong. Yang dilempar keluar itu adalah manusia, untuk bangkit semula setelah mati pada suatu hari yang besar dinamakan Hari Kiamat. Firman-Nya,

"Pada Hari Kiamat, kamu akan dibangkitkan." (23:16)

"Apabila bumi dibentangkan, Dan melemparkan keluar apa yang di dalamnya, dan mengosongkannya." (84:1-4)

Manusia bangkit dari bumi selepas suatu seruan atau Teriakan dibuat. Firman-Nya,

"Apabila Dia menyeru kamu dengan satu seruan, kamu seketika itu, dari bumi, kamu keluar." (30:25)

"Pada hari mereka mendengar Teriakan dengan sebenarnya; itulah hari kekeluaran (kebangkitan)." (50:42)

Mereka juga dikatakan bangkit dari kubur. Sebelum itu, langit di atas terbelah, bintang-bintang bertaburan, dan laut-laut berlimpah-limpah. Firman-Nya,

"Apabila langit terbelah, Apabila bintang-bintang ditaburkan, Apabila laut-laut melimpah-limpah, Apabila kubur-kubur dibongkar." (82:1-4)

"Allah membangkitkan sesiapa sahaja yang di dalam kubur." (22:7)

Ketika manusia bangkit mereka memuji Tuhan mereka. Firman-Nya,

"Pada hari apabila Dia menyeru kamu, lalu kamu menyahuti dengan memuji-Nya, dan kamu menyangka bahawa kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sebentar sahaja." (17:52)

Makam adalah yang ketiga yang disebut sebagai tempat dari mana manusia dikeluarkan. Mereka keluar dengan pelbagai ragam, iaitu, ada yang dengan cepat, ada yang macam belalang-belalang bertaburan, dan ada pula yang melongsor, terkejut, dan mencelakakan diri-diri sendiri. Firman-Nya,

"Pada hari mereka keluar dari makam-makam dengan cepat, seakan-akan mereka bersegera kepada berhala-berhala mereka." (70:43)

"Mereka keluar dari makam-makam mereka, seakan-akan mereka belalang-belalang yang bertaburan." (54:7)

"Dan trompet ditiupkan; kemudian tiba-tiba, mereka melongsor dari makam-makam mereka kepada Pemelihara mereka. Mereka berkata, 'Celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami daripada tempat tidur kami?'" (36:51-52)

Kesemua yang disebut di atas, yang keluar dari makam mereka dengan gaya yang agak berlainan, adalah daripada golongan orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah.

Kedatangan Tuhan

Pada Hari Kiamat, Tuhan muncul untuk bertemu dengan manusia. Bumi bersinar dengan cahaya-Nya. Malaikat-malaikat berdiri dalam barisan-barisan. Lapan daripada mereka membawa Arasy Tuhan. Kemudian, Kitab, Nabi dan para saksi didatangkan. Firman-Nya,

"Maka, apabila trompet ditiupkan dengan sekali tiupan, Dan bumi dan gunung-gunung diangkat, dan dihancurkan dengan satu pukulan, Kemudian, pada hari itu, Peristiwa Besar terjadi, Dan langit terpecah, kerana pada hari itu ia menjadi lemah, Dan malaikat-malaikat berdiri di sempadannya, dan pada hari itu, lapan membawa di atas mereka Arasy Pemelihara kamu." (69:13-17)

"Dan bumi bersinar dengan cahaya Pemeliharanya, dan Kitab diletakkan, dan para Nabi dan para saksi didatangkan." (39:69)

"Roh (mungkin Jibril) dan malaikat-malaikat berdiri dalam barisan-barisan;" (78:38).

Dihadapkan

Semua manusia akan dihadapkan kepada Allah. Mereka berdiri di hadapan-Nya dalam barisan-barisan setelah diseru oleh penyeru. Suara direndahkan. Yang kedengaran hanya bisikan. Firman-Nya,

"Pada hari bumi ditukar kepada selain daripada bumi dan langit, dan mereka pergi kepada Allah, Yang Satu, Yang Menakluki." (14:48)

"Ia hanyalah satu Teriakan; kemudian tiba-tiba, mereka kesemuanya dihadapkan kepada Kami." (36:53)

"Pada satu hari yang besar, Satu hari apabila manusia berdiri di hadapan Pemelihara semua alam." (83:5-6)

"Dan mereka dikemukakan di hadapan Pemelihara mereka dalam barisan-barisan." (18:48)

"Pada hari itu, mereka mengikuti penyeru yang padanya tiada kebengkokan, dan suara-suara direndahkan kepada Yang Pemurah supaya kamu mendengar tiada, kecuali bisikan." (20:108)

Semua manusia datang kepada-Nya bersendirian, menurut kumpulan, selepas dikumpulkan di bumi yang rata. Tiap-tiap seorang datang dengan merendahkan diri. Firman-Nya,

"Pada hari Kami memperjalankan gunung-gunung, dan kamu melihat bumi menjadi rata, dan Kami mengumpulkan mereka, lalu Kami tidak meninggalkan sebanyak seorang pun antara mereka di belakang." (18:47)

"Pada hari trompet ditiupkan, dan kamu datang berkumpulan-kumpulan." (78:18)

"Setiap seorang daripada mereka datang kepada-Nya pada Hari Kiamat bersendirian." (19:95)

"Pada hari trompet ditiupkan .... tiap-tiap seorang datang kepada-Nya dengan merendahkan diri." (27:87)

Kumpulan

Kumpulan-kumpulan manusia terdiri daripada orang-orang yang percaya kepada ayat-ayat Allah, orang-orang yang tidak percaya, orang-orang yang mendustakan, dan orang-orang yang bertakwa. Firman-Nya,

"Pada hari apabila Saat datang, pada hari itu, mereka berpecah belah. Bagi orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan, mereka berjalan dengan gembira di padang yang cukup pengairannya. Tetapi bagi orang-orang yang tidak percaya, dan mendustakan ayat-ayat Kami dan pertemuan di akhirat, mereka dihadapkan ke dalam azab." (30:14-16)

"Pada hari Kami mengumpulkan daripada tiap-tiap umat, sekumpulan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dengan berbaris." (27:83-84)

"Pada hari Kami mengumpulkan orang-orang yang bertakwa kepada Yang Pemurah dengan kedatangan (sambutan) kebesaran," (19:85).

Golongan manusia yang berkepercayaan lain juga dikumpul dan dibezakan, di samping orang-orang yang mempersekutukan Allah yang turut dibezakan. Firman-Nya,

"Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Sabiin, dan orang-orang Kristian, dan orang-orang Majusi, dan orang-orang yang mempersekutukan - Allah akan membezakan antara mereka pada Hari Kiamat." (22:17)

Pada hari manusia dikumpul mereka didapati saling berkenalan. Firman-Nya,

"Dan pada hari Dia mengumpulkan mereka, seakan-akan mereka tidak tinggal (di dunia) melainkan sesaat daripada siang hari; mereka saling berkenalan antara mereka." (10:45)

Sebab

Manusia dibangkit dan dikumpul atas beberapa sebab. Satu daripadanya adalah supaya Allah dapat menghakimkan mereka, dan memutuskan segala yang perselisihkan di dunia. Firman Allah,

"Allah akan menghakimkan antara kamu pada Hari Kiamat," (4:141).

"Allah akan menghakimkan antara kamu pada Hari Kiamat mengenai apa yang padanya kamu memperselisihkan." (22:69)

"Sesungguhnya Pemelihara kamu akan memutuskan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka memperselisihkan." (45:17)

Selain itu, Allah akan memberitahu manusia apa yang mereka buat di dunia, dan supaya manusia dapat melihat segala amalan mereka, termasuk yang sekecil satu atom. Firman-Nya,

"Pada hari apabila Allah membangkitkan mereka kesemuanya, kemudian Dia memberitahu mereka apa yang mereka telah buat. Allah menjumlahkannya, dan mereka melupakannya." (58:6)

"Pada hari itu, manusia keluar secara berasingan untuk melihat amalan-amalan mereka, Dan sesiapa yang membuat kebaikan seberat satu atom, akan melihatnya, Dan sesiapa yang membuat kejahatan seberat satu atom, akan melihatnya." (99:6-8)

Sebab terakhir disebut di sini, atas tujuan manusia dibangkitkan pada Hari Kiamat, adalah untuk Allah membayar sepenuhnya apa yang mereka telah usahakan. Firman-Nya,

"Tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, dan sungguh, kamu akan dibayar sepenuhnya upah kamu pada Hari Kiamat;" (3:185).

Wajah

Keadaan manusia berbeza setelah dibangkitkan. Ada yang muka berseri-seri, memandangi Pemelihara mereka, dan ada yang masam. Ada yang bersinar dan tertawa, dan ada yang berdebu, digelapkan. Ada yang merendah (mungkin kerana takut atau malu) dan ada yang riang. Firman-Nya,

"Pada hari itu, muka-muka berseri-seri, Memandangi Pemelihara mereka .... Dan pada hari itu, muka-muka masam," (75:22-24).

"Beberapa muka pada hari itu bersinar, Tertawa, bergembira. Beberapa muka pada hari itu berdebu, Ditutupi kegelapan, Mereka itu, merekalah orang-orang yang tidak percaya, jahat." (80:38-42)

"Muka-muka pada hari itu merendah .... Muka-muka pada hari itu riang," (88:2-8).

Ada pula muka yang menjadi hitam, dan ada yang putih. Muka menjadi hitam kerana menjadi kafir (tidak percaya) setelah beriman, dan kerana berdusta terhadap Allah serta bersifat sombong. Firman-Nya,

"Pada hari apabila beberapa muka menjadi hitam, dan beberapa muka menjadi putih. Bagi orang-orang yang muka-muka mereka menjadi hitam, 'Kenapa kamu tidak percaya (kafir) sesudah keimanan kamu?'" (3:106)

"Dan pada Hari Kiamat, kamu melihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah, muka-muka mereka menjadi hitam; tidakkah di dalam Jahanam tempat tinggal orang-orang yang sombong?" (39:60)

Muka juga menjadi anggota badan yang di atasnya sesetengah manusia tegak ketika dikumpulkan. Mereka yang dikumpulkan di atas muka mereka adalah orang-orang yang sesat. Firman-Nya,

"Kami akan mengumpulkan mereka (yang sesat) pada Hari Kiamat di atas muka-muka mereka." (17:97)

Buta

Orang-orang yang telah didatangkan ayat-ayat Allah tetapi melupakannya kemudian, akan dibangkitkan dalam keadaan buta pada Hari Kiamat. Firman-Nya,

"Tetapi, sesiapa yang berpaling daripada peringatan-Ku, baginya penghidupan yang sempit, dan pada Hari Kiamat, Kami membangkitkan dia buta." (20:124)

Mata orang-orang yang berdosa akan merenung dengan tepat. Pandangan orang-orang yang berdosa, seperti yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, akan merendah pada Hari Kiamat. Firman Allah,

"Pada hari trompet ditiupkan; dan Kami mengumpulkan orang-orang yang berdosa, pada hari itu, dengan mata-mata merenung dengan tepat," (20:102).

"Merendahkan pandangan mereka (orang-orang yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah), kehinaan menutupi mereka," (70:44)

Tidak Berkata-kata

Kepada orang-orang yang menyembunyikan ayat-ayat al-Qur'an, atau yang menjualnya dengan harga sedikit, Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada Hari Kiamat. Sementara mereka yang menjual perjanjian Allah dan sumpah mereka dengan harga yang sedikit, bukan sahaja Dia tidak berkata-kata tetapi tidak memandangnya jua. Firman-Nya,

"Orang-orang yang menyembunyikan apa-apa daripada al-Kitab yang Allah menurunkan kepada mereka, dan menjualnya untuk harga yang sedikit .... dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada Hari Kiamat," (2:174)

"Sesungguhnya orang-orang yang menjual perjanjian Allah dan sumpah-sumpah mereka untuk harga yang sedikit .... Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka, dan tidak memandang kepada mereka pada Hari Kiamat, dan Dia tidak juga menyucikan mereka," (3:77).

Bagi orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai satu hiburan dan permainan serta menyangkal ayat-ayat Allah pula, mereka dilupakan Allah pada Hari Kiamat.

"Yang menjadikan agama mereka sebagai satu hiburan, dan satu permainan, dan yang kehidupan dunia telah menipu mereka. Maka pada hari ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka lupa akan pertemuan hari mereka ini, dan mereka menyangkal ayat-ayat Kami," (7:51).

Turut dilupakan ialah orang-orang yang melupakan ayat-ayat Allah setelah datang kepada mereka. Firman-Nya,

"Berkata, 'Demikianlah; ayat-ayat Kami telah datang kepada kamu, dan kamu melupakannya; dan demikianlah, pada hari ini kamu dilupakan'" (20:126).

Segala perbuatan jahat yang dilakukan, seperti menipu dan kikir, akan datang bersama manusia pada Hari Kiamat. Antaranya digantung pada leher mereka. Firman-Nya,

"sesiapa menipu akan datang dengan apa yang ditipukannya pada Hari Kiamat;" (3:161).

"Tetapi orang-orang yang kikir dengan pemberian yang Allah telah memberikan mereka .... Apa yang mereka kikir dengannya akan digantung pada leher-leher mereka pada Hari Kiamat." (3:180)

Kitab

Tiap-tiap umat dipanggil kepada Kitab mereka dalam keadaan melutut. Bagi kita adalah Kitab al-Qur'an. Tiap-tiap manusia pun ada sebuah kitab sendiri yang akan dibaca sendiri pada hari yang besar itu, supaya mereka dapat menghitung sendiri amalan mereka. Firman-Nya,

"Dan kamu akan melihat tiap-tiap umat melutut; tiap-tiap umat dipanggil kepada Kitabnya," (45:28).

"Dan tiap-tiap manusia, Kami ikat ramalannya pada lehernya; dan Kami mengeluarkan untuknya, pada Hari Kiamat, sebuah kitab yang dia menemuinya terbuka. 'Bacalah kitab kamu! Cukuplah dengan jiwa kamu sendiri pada hari ini sebagai penghitung terhadap kamu'" (17:13-14).

Kitab manusia diberi di tangan kanan atau tangan kiri, pada hari mereka diseru bersama imam (ketua) mereka. Kanan bermaksud bahagia, dan kiri, sengsara. Firman-Nya:

"Pada hari Kami menyeru tiap-tiap orang dengan imam mereka, dan sesiapa yang diberi kitabnya di tangan kanannya, mereka itu akan membaca kitab mereka, dan mereka tidak dizalimi sedikit pun" (17:71).

"Tetapi bagi orang yang diberi kitabnya di tangan kirinya, dia akan berkata, 'Sekiranya aku tidak diberi kitabku,'" (69:25).

Timbangan

Suatu Timbangan diletakkan pada Hari Kiamat untuk mengenali siapa yang timbangannya berat dan siapa yang ringan. Bagi yang berat, mereka beruntung, tetapi yang ringan timbangannya, kerana menzalimkan ayat-ayat al-Qur'an, mereka menjadi sengsara. Firman-Nya,

"Dan Kami meletakkan timbangan yang adil untuk Hari Kiamat, supaya tiada sesuatu jiwa akan dizalimi sedikit pun; sekalipun ia seberat sebutir biji sawi, Kami mendatangkannya, dan cukuplah Kami sebagai penghitung." (21:47)

"Penimbangan pada hari itu adalah benar; orang yang timbangannya berat, merekalah orang-orang yang beruntung. Dan orang yang timbangannya ringan, mereka merugikan jiwa mereka sendiri kerana menzalimkan ayat-ayat Kami." (7:8-9)

"Maka apabila trompet ditiupkan, pada hari itu tidak akan ada pertalian kekeluargaan lagi antara mereka, dan mereka tidak saling bertanya. Kemudian orang yang timbangannya berat, merekalah orang-orang yang beruntung. Dan orang yang timbangannya ringan, mereka merugikan jiwa mereka sendiri; di dalam Jahanam tinggal selama-lamanya." (23:101-103)

Tidak Bermanfaat

Dalam penimbangan, pada Hari Kiamat, pertalian kekeluargaan termasuk kerabat yang bertalian darah tidak bermanfaat lagi. Bapa tidak membela anak, dan anak tidak membela bapa. Anak lelaki dan harta tidak berguna lagi. Firman-Nya,

"Tidaklah kerabat kamu daripada pertalian darah, dan tidak juga anak-anak kamu bermanfaat kepada kamu pada Hari Kiamat; Dia akan membezakan antara kamu," (60:3).

"Wahai manusia, takutilah Pemelihara kamu, dan takutilah akan satu hari apabila tiada bapa akan membela anaknya, dan tiada juga anak membela bapanya sedikit pun." (31:33)

"Pada hari apabila harta, dan tidak juga anak-anak lelaki bermanfaat," (26:88).

Sahabat menjadi musuh kecuali yang bertakwa, pada hari itu. Tuan didapati tidak berguna sedikit pun terhadap peliharaannya. Alasan juga tidak bermanfaat. Begitu juga segala bentuk tebusan daripada orang-orang yang tidak percaya (kafir) kepada ayat-ayat Allah, tidak akan diterima. Firman-Nya,

"Sahabat-sahabat pada hari itu menjadi musuh kepada satu sama lain, kecuali orang-orang yang bertakwa," (43:67).

"Hari di mana seorang tuan tidak berguna sedikit pun kepada peliharaannya, dan mereka tidak akan ditolong," (44:41).

"Maka pada hari itu, alasan mereka tidak bermanfaat kepada orang-orang yang membuat kezaliman," (30:57).

"Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya, walaupun bagi mereka kesemua yang di bumi, dan yang serupa dengan itu bersama itu, untuk menebus diri mereka daripada azab Hari Kiamat dengannya, ia tidak akan diterima daripada mereka; bagi mereka, azab yang pedih." (5:36)

Syafaat daripada orang lain juga tidak bermanfaat. (Sila rujuk artikel Syafaat - ada atau tiada? Terima kasih.)

"Dan takutilah kamu akan satu hari apabila sesuatu jiwa tidak dapat membela jiwa yang lain sedikit pun, dan tidak diterima keimbangan daripadanya, dan tidak bermanfaat syafaat (pengantaraan) kepadanya, dan tidak juga mereka ditolong." (2:123)

Saksi

Saksi-saksi didatangkan daripada tiap-tiap umat, di kalangan mereka sendiri. Nabi Muhammad akan menjadi saksi ke atas orang-orang di sekelilingnya. Firman-Nya,

"Bagaimanakah pula ia, apabila Kami mendatangkan daripada tiap-tiap umat seorang saksi, dan apabila Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi ke atas mereka itu?" (4:41)

"Dan pada hari Kami membangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi ke atas mereka daripada kalangan mereka sendiri, dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi ke atas mereka itu." (16:89)

Beberapa bahagian anggota badan turut menjadi saksi. Mereka adalah bahagian-bahagian yang penting seperti lidah, tangan, dan kaki. Antara manusia, ada yang mulutnya ditutup, meninggalkan tangan dan kaki mereka untuk menjadi saksi ke atas apa yang telah diusahakannya. Firman Allah,

"Pada hari apabila lidah mereka, dan tangan mereka, dan kaki mereka, mempersaksikan terhadap mereka mengenai apa yang mereka telah buat." (24:24)

"Pada hari ini, Kami meletakkan satu penutup pada mulut-mulut mereka, dan tangan-tangan mereka berkata-kata kepada Kami, dan kaki-kaki mereka mempersaksikan terhadap apa yang mereka telah mengusahakan." (36:65)

Allah Bertanya

Hari Kiamat adalah juga hari yang Allah bertanya. Para rasul akan ditanya mengenai sambutan yang diberi kepada mereka, yang mereka tidak tahu kerana ia suatu yang ghaib. Firman Allah,

"Pada hari apabila Allah mengumpulkan rasul-rasul, dan berkata, 'Apakah jawapan yang kamu diberi?' Mereka berkata, 'Kami tidak ada pengetahuan; sesungguhnya Engkaulah yang Mengetahui yang ghaib'" (5:109)

Namun, tertulis di dalam al-Qur'an, iaitu dua orang Rasul yang telah berkata-kata dengan selanjut pada Hari Kiamat. Mereka adalah Nabi Isa dan Nabi Muhammad. Baginda berdua telah menjawab mengenai sesuatu yang paling berat berlaku pada orang-orang yang mengaku mengikuti mereka. Jawapan Nabi Isa boleh dibaca di Kisah Nabi Isa, sementara Nabi Muhammad diturunkan di bawah ini:

"Wahai Pemeliharaku, sesungguhnya kaumku mengambil al-Qur'an ini sebagai suatu yang tidak dipedulikan." (25:30)

Nabi Muhammad akan "bersungut" bahawa kaumnya tidak mempedulikan al-Qur'an. Ketika itu, Kitab tersebut mungkin berada di hadapannya, kerana kehadiran perkataan "ini" pada ayat tersebut.

Orang-orang yang telah didatangkan para utusan juga ditanya. Mereka ditanya mengenai sambutan mereka terhadap para utusan. Firman-Nya,

"Pada hari apabila Dia memanggil mereka, dan Dia berkata, 'Apakah jawapan yang kamu beri kepada para utusan?'" (28:65)

Sekutu

Mereka yang disembah selain daripada Allah akan ditanya. Contoh, manusia yang dituruti di atas Allah dalam agama. Mereka ditanya sama ada mereka yang menyesatkan atau pengikut-pengikut mereka sendiri yang menjadi sesat. Firman-Nya,

"Pada hari apabila Dia mengumpulkan mereka, dan apa-apa yang mereka sembah, selain daripada Allah, dan berkata, 'Adakah kamu yang menyesatkan mereka ini, hamba-hamba-Ku, atau adakah mereka sendiri yang sesat daripada jalan?'" (25:17)

Orang-orang yang disembah itu dipanggil sekutu-sekutu Allah. Antara mereka, ada yang tidak mengaku kepada pengikut-pengikutnya bahawa mereka telah disembah. Mungkin kerana mereka tidak mengetahui tentang kejadian selepas kematian mereka. Ada pula yang tidak menyahut apabila dipanggil pada Hari Kiamat. Firman-Nya,

"Dan pada hari Kami mengumpulkan mereka kesemuanya, kemudian Kami berkata kepada orang-orang yang mempersekutukan, 'Pergilah ke tempat kamu, kamu dan sekutu-sekutu kamu! Kemudian Kami memisahkan antara mereka, dan sekutu-sekutu mereka berkata, 'Bukanlah kami yang kamu sembah,'" (10:28).

"Dan pada hari Dia berkata, 'Panggillah sekutu-sekutu-Ku yang kamu mendakwa'; dan kemudian mereka menyeru mereka, tetapi mereka tidak menyahuti mereka." (18:52)

Pertanyaan kepada orang-orang yang menyekutukan Allah diteruskan. Ada yang tidak mengaku dengan bersumpah atas nama-Nya bahawa mereka tidak menyekutukan-Nya. Firman-Nya,

"Pada hari Dia memanggil mereka, dan Dia berkata, 'Di manakah sekutu-sekutu-Ku yang kamu mendakwa?'" (28:62)

"Dan pada hari Kami mengumpulkan mereka kesemuanya, kemudian Kami berkata kepada orang-orang yang mempersekutukan, 'Di manakah sekutu-sekutu kamu yang kamu mendakwakan?' Kemudian tiadalah pertikaian mereka, melainkan mereka berkata, 'Demi Allah, Pemelihara kami, bukanlah kami orang-orang yang menyekutukan.'" (6:22-23)

Mungkin antara mereka yang tidak mengaku itu tidak menyedari bahawa mereka telah menyekutukan Allah dengan mengambil kitab selain daripada Kitab Allah. (Untuk keterangan lanjut sila rujuk Al-Qur'an dan Sekutu Allah. Terima kasih.)

Kumpulan Lain

Selain orang-orang yang disekutu dan menyekutu, kumpulan lain adalah mereka yang mendustakan ayat-ayat Allah dengan tanpa pengetahuan. Mereka tidak membaca (memahami) kandungan Kitab al-Qur'an untuk disimpan dalam pengetahuan mereka. Seterusnya ditanya adalah kumpulan orang-orang yang mengada-adakan dalam agama, seperti ajaran yang selain daripada ajaran al-Qur'an. Firman-Nya,

"Pada hari Kami mengumpulkan daripada tiap-tiap umat, sekumpulan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, dengan berbaris, Sehingga, apabila mereka datang, Dia berkata, 'Adakah kamu mendustakan ayat-ayat-Ku tanpa mengetahuinya dalam pengetahuan kamu, atau apakah yang kamu telah buat?'" (27:83-84)

"pada Hari Kiamat, mereka pasti akan ditanya mengenai apa yang mereka mengada-adakan," (29:13)

Terdapat juga orang-orang yang bersumpah kepada Allah, sebagaimana mereka bersumpah kepada Rasul, bahawa mereka berada di jalan benar. Akan tetapi, mereka telah dikuasai syaitan yang membuat mereka melupakan ayat-ayat-Nya. Mereka adalah golongan syaitan (mungkin tanpa disedari). Firman-Nya,

"Pada hari apabila Allah membangkitkan mereka kesemuanya dan mereka bersumpah kepada-Nya, sebagaimana mereka bersumpah kepada kamu, dan menyangka bahawa mereka berada di atas sesuatu. Sesungguhnya merekalah pendusta-pendusta! Syaitan telah menguasai mereka, dan menjadikan mereka melupakan Peringatan Allah. Mereka itu golongan syaitan; sesungguhnya golongan syaitan, merekalah orang-orang yang rugi!" (58:18-19)

Dan akhir sekali diturunkan di sini adalah orang-orang yang tidak percaya, atau kafir, setelah mereka beriman, atau setelah mereka percaya kepada ayat-ayat Allah. Kumpulan itu tentu akan ditanya. Satu daripada soalannya berbunyi,

"Kenapa kamu tidak percaya (kafir) sesudah keimanan kamu?" (3:106)

Debat

Pada hari itu, manusia berdebat untuk diri mereka sendiri. Mereka tidak ditolong. Firman-Nya,

"Pada hari tiap-tiap jiwa datang berdebat untuk dirinya sendiri; dan tiap-tiap jiwa dibayar sepenuhnya apa yang ia telah buat, dan mereka tidak dizalimi." (16:111)

Contoh, orang yang berpaling daripada Peringatan Allah, yang akan bertanya pula, dengan soalan berbunyi,

"Wahai Pemeliharaku, mengapakah Engkau membangkitkan aku buta, padahal aku seorang yang boleh melihat?" (20:125)

Bagi sesetengah pihak, pada Hari Kiamat, keadaan tidak menyenangkan sehingga terbit pertengkaran di depan Tuhan. Firman-Nya,

"Kemudian pada Hari Kiamat, di hadapan Pemelihara kamu, kamu bertengkar." (39:31)

Jin

Golongan jin juga dikumpul dan ditanya. Antara yang ditanya adalah mengenai pengambilan mereka daripada golongan manusia. Sahabat-sahabat mereka daripada golongan manusia pula mengaku telah mendapat kesenangan daripada mereka. Firman-Nya,

"Pada hari Dia mengumpulkan mereka kesemuanya: 'Wahai golongan jin, kamu telah banyak mengambil daripada manusia.' Kemudian wali-wali (sahabat-sahabat) mereka di kalangan manusia berkata, 'Wahai Pemelihara kami, sebahagian kami telah mendapat kesenangan daripada sebahagian yang lain, dan kami telah sampai tempoh yang Engkau menentukan bagi kami.'" (6:128)

Begitu jawapan manusia yang bersahabat dengan jin pada Hari Kiamat.

Berhati-hati

Rugilah orang-orang yang tidak percaya kepada Hari Kiamat. Atau, tidak percaya seperti yang diceritakan-Nya di dalam al-Qur'an. Justeru, Allah memperingatkan agar setiap jiwa berhati-hati terhadap diri-Nya. Firman-Nya,

"Dia mengumpulkan kamu pada Hari Kiamat yang tidak ada keraguan terhadapnya. Orang-orang yang merugikan jiwa-jiwa mereka, mereka tidak mempercayai," (6:12).

"Pada hari tiap-tiap jiwa mendapati apa yang ia telah buat daripada kebaikan dihadapkan, dan apa yang ia buat daripada kejahatan; ia akan menginginkan sekiranya antara ia dan hari itu ada ruang yang jauh. Allah memperingatkan kamu supaya berhati-hati terhadap diri-Nya; dan Allah Lembut kepada hamba-hamba-Nya." (3:30)

Setelah manusia dibangkit dan dihakimkan, mereka yang membuat kebaikan akan masuk Syurga sementara yang memilih untuk membuat kejahatan masuk Neraka. Mereka tinggal kekal di dalam tempat-tempat kediaman mereka sesudah ditentukan Allah pada Hari Kiamat.