CARI TAJUK UTAMA
Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Tuesday, June 17, 2008

Bidaah atau Bida'ah

Petikan drDr Yusuf Qardhawy dan Muhammad Al-Ghazali

BIDAAH DLM AKIDAH

Banyak sekali noda-noda yang secara lahiriahnya nampat taat kepada Allah tetapi pada hakikatnya melanggar hukum dan norma-norma yang ditetapkan Allah.

Tidakkah telah dimaklumi, betapa orang-orang musyrikin itu bertelanjang bulat waktu tawaf di Baitullah, baik lelaki mahupun perempuan dengan alasan tidak layak di Baitullah berpakaian yang dipakai berbuat maksiat kepada Allah.

Di antara sekian banyak yang terjadi di kalangan orang awam ialah pergi ke kubur orang-orang soleh untuk sesuatu yang tidak patut dipinta kecuali kepada Allah semata-mata.

Perasaan kurang puas dalam berhubungan dengan Allah tanpa wasilah, merupakan adat kebiasaan kaum Watsaniyah, penyembah berhala. Alasan-alasan mereka itu seperti firmannya yang bermaksud :

“Kami tidak menyembah berhala-berhala itu melainkan supaya mereka itu mendekatkan kami kepada Allah.

(Az Zumar : 3)

Alasan ini pula yang dipakai kaum jahiliah moden untuk membela pengunjung kubur untuk minta sembuh dan keberuntungan, serta mencari keluhuran dan pertolongan.

Beraneka macam khurafat mengelilingi masalah wali dan kewalian. Sehingga lama-kelamaan ramai orang-orang yang beranggapan bahawa nasib dunia berada di tangan para wali. Merekalah yang mengendalikan dunia dengan sesuka hatinya.

Orang-orang yang dianggapnya wali itu kekuasaannya dapat melampaui hukum sebab akibat. Akibat dari itu, pandangan kaum muslimin terhadap sunnatullah yang berhubungan dengan alam ini menjadi kacau bilau. Mereka beranggapan bahawa sunnatullah akan tunduk kepada orang yang tekun beribadah.

Yang jelas, anggapan-anggapan itu semua, sudah bercampur aduk berasal dari pengaruh-pengaruh jahiliah.

Berhala adalah batu yang layak dipakai untuk membina bangunan atau untuk membina jalan. Inilah keistimewaannya. Selain dari itu sama sekali tidak ada, tidak seperti yang dianggap oleh penyembah-penyembahnya.

Lembu’ yang dijadikan persembahan oleh orang-orang Hindu, keistimewaannya, adalah susunya yang dapat diminum dan dagingnya untuk dimakan. Selain itu sama sekali tidak ada, baik mengenai kesuciannya atau pun dekatnya kepada Allah.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah melihat seorang lelaki memakai gelang di lengannya dari tembaga kemudian beliau bertanya, “Celaka kau, apa ini? “Jawab lelaki tersebut, “Ini adalah benda yang lemah”. Kemudian Rasulullah bersabda : “Ingat sesungguhnya dia hanya menambah kelemahanmu. Kerana itu buang dia. Kerana kalau kamu mati sedang dia masih tetap kamu pakai, selamanya kamu tidak akan selamat.”

Kadang-kadang kita jumpai sebahagian orang menggunakan Al Quran sebagai pelindung dirinya dengan beranggapan bahawa Al Quran tersebut dapat melindungi diri dari muflis, kalau dia sebagai pedagang atau dapat menolak tamparan kepala kalau dia sebagai pegawai.

Ini adalah kekacauan fikiran yang sudah sangat parah. Kalau dia masih beranggapan beriman kepada Allah dan meluhurkan Al Quran, sesungguhnya itu adalah anggapan yang salah. Hubungan seorang muslim dengan Al Quran, adalah mempelajari dan mengamalkan isi kandungannya.

Kalau dia sebagai pegawai dan pedagang supaya berjaya dalam usahanya, dia mesti bekerja kuat, tidak malas, jujur dan jangan menyeleweng.

Kekeliruan terhadap prinsip ini tidak dapat ditebus dengan dengan menggantungkan Al Quran kecil atau pun besar.

Firman Allah s.w.t. ertinya lebih kurang:

“Dengan al-Quran itu Allah membimbing orang-orang yang mengikuti keredhaanNya ke jalan keselamatan”

(Al-Maidah ayat 16)

“Dengan nyamuk Allh sesatkan orang ramai, tetapi dengan sebab itu juga Ia bimbing orang ramai”

(Al-Baqarah ayat 26)

Aishah r.a. pernah berkata, “ Aku belajar ilmu pengubatan kerana banyak penyakit-penyakit Rasulullah s.a.w.”

Ayat-ayat dan hadis di atas menegaskan bahawa Allah membuat sesuatu dengan sebab. Kerana itu barangsiapa berpendapat bahawa Allah membuat sesuatu ketika adanya sebab-sebab ini, bukan dengan sebab-sebab tersebut, sesungguhnya dia telah menyimpang dari garis yang dibawa Al Quran dan menentang adanya tenaga dan daya yang telah di cipta Allah sendiri.

Perasaan Nasionalisma

Kehancuran dan seksaan yang memuncak ke atas umat Islam silam dan masakini kemungkinan besar disebabkan mereka telah membuang risalah Islam yang universal itu menjadi risalah nasional ( kebangsaan ). Ini merupakan pokok seluruh bencana yang menimpa mereka. Dan ini sungguh merupakan bahaya yang sangat besar untuk masa depan umat manusia.

Kepada kaum muslimin, kami ingin mengingatkan hendaklah mereka dapat menyedari dan menilai realiti yang ada :

1. Bahawa mengembalikan manusia kepada situasi jahiliyah dengan fanatik pada tanahair, warna dan darah adalah satu bentuk faham politheis (syirik) yang tidak patut bagi kita.

2. Kembali kepada tatacara ini hanya akan membawa kerugian bagi Islam dan kaum muslimin serta menguntungkan bagi Eropah.

Kaum Salib antarabangsa menghancurkan dan meruntuhkan Islam dengan tabir nasionalisme. Bahayanya tidak kurang daripada perbuatan gerakan Zionis. Akibatnya kaum muslimin menderita dalam masa yang lama sekali.

BIDAAH DALAM IBADAH

Lawan ‘zikir’ adalah ‘lupa’ yang merupakan pekerjaan hati, bukan pekerjaan lidah. Kerana itu kadang-kadang kita jumpai ada sebahagian orang yang mempunyai ingatan yang tajam dan baik yang dapat memenuhi seluruh jiwanya, padahal lidahnya sama sekali tidak bergerak dan tidak satu pun anggota badannya yang berubah. Ketenangan badannya itu menolong untuk selalu ingat. Jika dia tunduk dan tenggelam, jiwanya dengan sempurna dapat membentuk seluruh lukisan yang dimaksud. Gerakan lidah waktu itu hanya sekadar manifestasi, bukan satu natijah dari meluasnya perasaan.

Banyak sekali orang pendiam yang tidak keluar satu pun huruf dari mulutnya, namun hatinya penuh ingat kepada Allah. Sebaliknya, orang yang lidahnya bergerak-gerak menyebut asma Allah, tetapi hatinya kosong dari berzikrullah. Orang seperti itu tak ubahnya seperti pita rakaman Al Quran. Dia akan menyuarakan ayat-ayat sebanyak yang dirakam itu, tetapi tidak mempunyai tanggungjawab hukum sama sekali. Mereka ini tidak mendapat pahala ataupun seksa.

Adalah suatu kebaikan bagi setiap muslim jika mahu membiasakan membawa zikir-zikir tersebut ( tasbih, tahmid dan takbir dan sebagainya) dan menanamkan pengaruh-pengaruh positif ke dalam jiwanya. Tetapi sayang sekali, banyak kita jumpai kekeliruan yang melampaui batas. Sehingga untuk mengulangi-ulangi bacaan zikir tersebut itu, mereka terpaksa berhenti dari bekerja.

Kalau ada sebahagian orang membuat program membaca Al Quran, berdoa dan berzikir sesuai dengan keperluannya, itu tidak dapat dikategorikan sebagai ketentuan agama. Orang lain juga tidak boleh diharuskan untuk menirunya.

Sehingga banyak pengikut tarikat membuat wirid-wirid khusus untuk pagi dan petang, yang dirangkaikan pula dengan solat-solat tertentu sebagai satu ketentuan agama.

Kami sudah banyak menyaksikan orang yang bergelumang dalam wirid-wirid. Pada umumnya mereka itu mengabaikan dunia ilmu pengetahuan dan pendidikan. Dan kami yakin pula bahawa kemunduran Islam dalam lapangan pengeluaran atau pun kekayaan, disebabkan oleh manusia-manusia seperti ini. Sebabnya tidak lain mereka itu telah sesat dari tuntutan Rasulullah s.a.w., sehingga mereka menyimpang dari jalan yang lurus.

Allah swt berfirman :

Artinya :

“Orang yang bertakwa kepada Allah dari hamba-hambanya ialah orang-orang yang berilmu pengetahuan”.

(Fathir : 28)

Memperluaskan perkenalan kepada Allah merupakan Ibadah yang tertinggi. Dan mengenal Allah dalam kerajaannya yang luas ini, bererti menyambut seruan Allah yang dituangkan dalam kitab-kitabNya. Kesimpulan-kesimpulan yang dihasilkan oleh ilmu pengetahuan alam tidak lain hanya akan sesuai dengan wahyu yang datang dari sisi hukum material. Kedua-duanya itu juga datangnya dari Allah semata-mata.

Mempersempitkan pengertian “amal soleh” hanya dalam bidang ibadah semata-mata, dapat membawa orang-orang yang ingin bertakwa menghabiskan seluruh waktunya hanya untuk mengulang-ulang perbuatan-perbuatan yang terbatas ini. Seolah-olah mereka tidak kenal cara lain untuk mencari keredhaan Allah.

Dengan tekun mereka mengerjakan amal-amal ini. Kalau sudah selesai diulang lagi. Begitulah seterusnya.

Apa yang kami tentang adalah adanya perasaan bahawa yang disebut taat kepada Allah itu hanya bergelumang dengan zikir, membaca al-Quran dan solat dengan mengulang-ulang sahaja.

Apakah anda mengira bahawa seorang hakim yang sibuk menyelesaikan persengketaan dan bangun malam untuk mempersiapkan hukumnya, itu kurang mendapat keredaan Allah dibandingkan dengan orang yang tekun membaca Al Quran?

Apakah anda menduga, bahawa guru yang berjuang untuk membenteras kejahilan, dengan bangun malam untuk mempersiapkan pelajaran-pelajaran, itu nilainya lebih rendah dibandingkan dengan orang yang bergelumang dalam zikir?. Tidak, bahkan kedua-duanya lebih dekat kepada Allah dan lebih dekat dengan jalan yang benar.

Kerana itulah orang yang tidur lelap pada malam hari kerana kepenatan membanting tulang di siang hari dinilai sebagai mujtahid. Dia dapat tidur dan bangun dengan mata Allah, selama kesucian hatinya itu hidup.

Kekeliruan memahami erti ibadah, akan memesongkan kemajuan dan kebudayaan kita dari jalan yang benar dan menyebabkan kita menganggap orang yang bodoh sebagai pandai dan sebaliknya. Dan inilah sebab kehancuran yang kini menimpa bangsa kita.

Akhir-akhir ini saya melihat ada sebahagian pemuda yang fanatik kepada agama. Mereka hendak meniru-niru cara-cara yang tidak benar itu. Dia beranggapan bahawa perwujudan keikhlasan kepada Allah dapat dicapai dengan bergaul dengan salah satu jamaah dari jamaah Islam, memberi nasihat dan petua, serta membaca bacaan-bacaan yang panjang dalam kitab-kitab tafsir dan fiqih. Kadang-kadang sesudah itu dia menjadi doktor yang tidak berfungsi dan jurutera yang tidak bersemangat.

Saya sangat hairan, apa yang menyebabkan doktor tersebut harus mengesampingkan fungsinya yang mulia itu? Mengapa dia tidak tahu, bahawa pembedahan yang baik dan ubat yang sesuai itu termasuk puncak amal soleh yang oleh Islam dinilai sebagai satu sendi kejayaan dan jalan untuk mencapai kejayaan? Dan nilai perbuatan ini tidak kurang daripada nilai solat dan zakat.

Menguasai dunia adalah satu hal yang mesti, dalam rangka pengabdian kepada agama. Tidak ada tempat di dunia ini bagi orang yang tidak mengetahui ilmu pengetahuan duniawi.

Kerana itu, Imam Abu Hanifah pernah berkata, “Jangan kamu bertukar fikiran dengan orang yang di rumahnya tidak ada tepung”.

Perkataan ini sungguh berharga sekali. Kalau sekiranya ahli-ahli tasawuf dapat memahami cara-cara seperti tersebut di atas, dia termasuk Islam. Kalau tidak bererti dia telah rosak.

Bukanlah yang dimaksud takwa itu mesti meninggalkan kehidupan duniawi. Yang dinamakan takwa itu seharusnya dapat menguasai duniawi. Jika dunia dapat dikuasai, bererti anda benar-benar hamba Allah dan kekayaan yang di tangan anda itu juga milik Allah.

Orang yang lari dari kehidupan duniawi bukanlah orang yang bijaksana dan bukan mukmin sejati.

Termasuk kurang sihat akalnya orang yang berpendirian bahawa keredaan Allah hanya dapat ditempuh dengan mengkhususkan dalam sebahagian ibadah dan menjauhi sebahagian yang lain.

Beribadah kepada Allah dapat dilakukan di pasar dan di semua lapangan, bukan hanya di masjid dan di surau-surau.

Alangkah indahnya apa yang diungkapkan oleh penyair Iqbal :

Orang kafir akan menjadi hamba kepada dunia Sedangkan dunia akan menjadi hamba kepada orang mukmin

Saya sendiri tidak tahu, bagaimana suatu risalah dapat berjaya sedangkan pembawaannya selalu terkebelakang dari umat lain dalam lapangan penghidupan. Dan saya pun tidak tahu, mengapa dapat begitu tersiar bahawa membawa tasbih itu bererti ibadah, sedangkan menghayunkan kapak bererti hanya kerja peribadi sahaja.

Masjid bukanlah tempat untuk memperkenalkan keindahan seni, tidak pula untuk mempamerkan keelokan teknik dan bukan tempat untuk berbuat berlebihan dan bermegah-megah.

MENGHIAS MASJID

Menurut sunnah Nabi, atap mahupun lantai masjid itu menggambarkan bentuk kesederhanaan. Memperluas masjid tidak juga dilarang, bahkan suatu perbuatan yang baik sehingga dapat menampung beribu-ribu jemaah. Memperbesarkannya sehingga dapat menyerupai benteng juga tidak dilarang. Perbuatan semacam ini tidak termasuk berlebih-lebihan dalam memperelok masjid dan menakjubkan pandangan orang.

Tetapi sebahagian orang ada yang cenderung memperhias dan memperelok bangunan masjid, kerana didorong menyaingi gereja-gereja Kristian yang memang sengaja dibuat secara berlebih-lebihan. Kami memandang, berjalan mengikuti jiwa Islam adalah lebih baik. Sebabnya bertakwa kepada Allah bukanlah pembebanan seperti tersebut di atas.

Bid’ah dalam urusan jenazah

Saya sudah sering menyaksikan beberapa orang miskin yang kekurangan makan, tetapi dia berani berhutang untuk menghidupkan tradisi-tradisi yang menyimpang sebagai ketentuan agama atau lebih dari agama.

Diupah pembaca-pembaca al-Quran untuk satu atau dua malam, dilanjutkan seminggu atau dua minggu.

Pengorbanan berupa moral mahupun material ini diulang pada hari ke 40 , satu tahun, dua tahun dan seterusnya.

Tradisi-tradisi ini sama sekali tidak dapat diterima oleh orang-orang yang mempunyai kefahaman yang baik terhadap dunia ini, apalagi oleh orang-orang yang mempunyai pemahaman yang baik terhadap agama.

Berapa banyak tempat berhimpun yang harus kita sediakan untuk para tetamu yang ke kubur? Berapa banyak perayaan untuk minggu pertama, hari ke empat puluh dan ulang tahunnya yang pertama.

Tidak diragukan lagi, bahawa apa yang dilakukan oleh orang-orang Islam seperti ini menunjukkan kebodohannya.

Tetapi sayangnya ramai dari kalangan orang awam, termasuk juga ulama-ulama, yang mempertahankan kebodohan ini dalam bentuk-bentuk keagamaan yang mengaburkan.

Padahal Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :

“Barangsiapa membaca inna lillahi wainna ilaihi raji’un ketika ditimpa musibah, Allah akan menghilangkan musibahnya itu dan memperbaiki keadaan selanjutnya serta memberikan ganti yang diredaiNya”.

Setiap muslim lelaki atau perempuan tidak boleh memakai pakaian khusus untuk berkabung atau membuat membuat tanda-tanda pada badannya, keadaannya, rumahnya dan pekerjaannya. Sebabnya pemergian seseorang ke akhirat, tidak bererti mencetuskan suasana krisis dan duka dalam percaturan hidup ini.

Persoalannya cukup seperti apa yang dikatakan oleh seorang ahli hikmah, “Di mana ada orang mati, di situ ada juga yang hidup”.

Tidak ada tempat dalam Islam untuk berteriak-teriak untuk mengiringi jenazah. Mengeraskan suara walaupun dengan membaca Al Quran tetap tidak boleh.

Semua ini bertentangan dengan apa yang terjadi terhadap jenazah orang-orang salaf. Mereka melakukannya dengan penuh khusyuk sehingga keluarga yang ditinggal mati itu tidak diketahui mereka diliputi kesusahan dan kesedihan walaupun oleh orang-orang yang menghantar jenazah. Sedikit pun mereka tidak termenung dan cemas ketika mengingat pada mayat itu. Mereka bergantung kepadaNya, sebab mereka juga datang dariNya.

Takziah (Belasungkawa) yang digariskan Islam cukup mudah. Tidak perlu orang yang kesusahan itu menyediakan sesuatu dan mempersiapkan tempat khusus untuk para tetamu yang datang untuk bertakziah.

Kini prinsip-prinsip akhlak itu telah goncang. Sudah menjadi kebiasaan, bahawa orang yang kesusahan, mesti pula menyediakan tempat khusus untuk bertakziah dan menghidangkan makanan-makanan dan minuman-minuman kepada para tetamunya. Padahal menurut Sunnah Nabi, keluarga yang kesusahan itu harus dibantu, misalnya dengan menyiapkan makanan untuk keluarganya. Bukan sebaliknya yang ditimpa kesusahan pula mesti menyediakan makanan dan minuman.

Sedangkan Imam Ahmad berkata, “Cara semacam ini adalah cara-cara jahiliah”. Kerana itu dia sangat membencinya.

Dengan kefahaman yang tersasar bahawa si mayat memperoleh faedah daripada perbuatan orang hidup, ramai orang awam yang mengupah pembaca Al Quran untuk membacakan Al Quran kepada si mayat atau dengan membahagi-bahagikan makanan kepada orang yang menziarahi jenazah.

Bid’ah dalam majlis perkahwinan

Kebanyakan majlis perkahwinan dilakukan dengan berlebih-lebihan dan memaksakan diri. Jarang sekali mereka yang mengadakan pesta perkahwinan itu dengan sederhana sahaja. Di antaranya mereka berlebih-lebihan dalam perkara yang hanya berstatus harus (mubah) sahaja. Mereka perluas ruangnya dan sehingga berlebih-lebihan, melebihi cara yang dilakukan oleh penganut agama-agama lain.

Perempuan-perempuan agama lain cukup berpakaian sederhana tapi kemas, sedangkan perempuan muslimah tidak mahu kalau tidak memakai kain yang termahal.

Seharusnya umat Islam mempermudahkan amalan tradisi yang menyebabkan pesta-pesta perkahwinan mereka itu hanya penuh dengan nafsu makan, riya’ dan perbuatan-perbuatan yang sia-sia dan tidak bererti itu.

Walimatul urus (pesta perkahwinan) merupakan satu tradisi yang baik dan perlu pengorbanan dan keringanan. Tetapi di sebalik tradisi yang baik itu, Islam tidak merestui adanya berlebih-lebihan dan bermewah-mewahan dalam makanan.

Isteri dan anak-anak Nabi s.a.w. kahwin , dengan suatu majlis yang tidak memberat-beratkan diri dan tidak berhutang. Kemudian lihatlah apa yang dilakukan oleh kaum muslimin dalam merayakan perkahwinan mereka. Berapa banyak belanja yang disediakan untuk membuat walimah sehingga tidak habis dimakan oleh yang lapar dan papa.

BID’AH DALAM AGAMA

Barangsiapa beranggapan bahawa agama Islam ini masih kurang sempurna dan memerlukan tambahan-tambahan demi kemaslahatan diri dan golongan jelas menunjukkan kejahilan mereka sendiri.

Mereka yang menambah-nambah dalam urusan agama ini adalah tukang-tukang bid’ah. Tukang-tukang bid’ah ini kelak akan menanggung dosanya dan dosa para pengikutnya yang tertipu dan tersesat.

Imam Malik Bin Anas berkata, “Barangsiapa menganggap baik perbuatan bid’ah, sama dengan menuduh Nabi Muhammad telah mengkhianati risalahnya”.

Imam Syafi’ berkata : Andaikata aku mengetahui ahli Bidaah itu dapat berjalan di angkasa, aku tetap tidak akan menerimanya.

Amar Bin Yahya pernah berkata, “Aku pernah mendengar ayah menceritakan dari datuk , “Kami pernah duduk di pintu rumah Abdullah Bin Mas’ud sebelum solat subuh. Tiba-tiba Abu Musa datang, lantas bertanya : Apakah tadi Abu Abdul Rahman datang?. Kami menjawab : Tidak. Lantas ia duduk bersama kami, sampai beliau datang. Dan tatkala ia datang, kami semua berdiri mendampinginya. Kemudian Abu Musa bertanya kepada Abu Abdul Rahman, “Hai Abu Abdul Rahman sesungguhnya saya tadi melihat di masjid ada satu perkara yang belum pernah saya lihat. Menurut anggapanku, perbuatan itu adalah baik”. Abu Abdul Rahman kemudian bertanya, “Apakah dia itu?” Jawab Abu Musa “Jika kau mahu, akan saya terangkan. Iaitu tadi aku melihat di masjid ada satu kumpulan duduk dalam bulatan sambil menantikan solat, dalam tiap-tiap bulatan ada seorang lelaki membawa batu kerikil, seraya ia berkata: Bacalah takbir seratus kali, merekapun kemudian bertakbir 100 kali. Dan ia berkata : Bacalah Lailahaillallah 100 kali! Mereka pun kemudian membacanya 100 kali juga. Lalu ia berkata : Bacalah Subhanallah 100 kali! Mereka pun kemudian membacanya! Mereka pun kemudian membacanya 100 kali juga”.

Mereka kemudian berkata, “Demi Allah kami tiada bemaksud melainkan yang benar”.

Abu Abdul Rahman kemudian menyanggahnya, “Banyak sekali orang yang bermaksud berbuat baik, tetapi mereka tidak mendapatnya”

Para ulama mendefinisikan bid’ah ialah satu cara ibadah yang direka orang yang menyerupai syarak (agama); yang dimaksud dengan ‘cara’ di sini ialah sebagaimana yang dilakukan oleh syarak dengan tujuan untuk mengabdi kepada Allah dengan berlebih-lebihan.

Orang yang membuat cara baru dalam bentuk apa pun yang disandarkan pada agama (ibadah), dapat dicop sebagai penipu agama. Mereka mengkhayalkan kebatilannya itu untuk dilihatkan kepada orang lain sebagai sesuatu yang benar (haq) . Mereka gemar membuat sesuatu perkara yang nampaknya seolah-olah agama tetapi pada hakikatnya menyimpang dari tuntutan agama.

Sabda Nabi yang bermaksud :

“Barangsiapa mengada-ada cara baru tentang urusan kami (ibadah) ini, padahal tidak bersumber darinya, dia itu tertolak”.

(Hadis Riwayat Muslim)

“Barangsiapa beramal satu amalan (ibadah) yang tidak ada contoh dari kami, ia tertolak”

(Hadis Riwayat Muslim)

Bila bid’ah bermaharajalela ianya merupakan kesempatan bagi musuh-musuh Islam untuk menghancurkan Islam. Dengan tersebar luasnya perbuatan dan amalan bid’ah di kalangan pemeluk-pemeluk Islam yang jahil, orang ramai akan menyangka amalan bid’ah itu adalah dari agama Allah yang murni. Akibatnya yang murni menjadi kabur dan rosak.

Ada yang berpendapat bahawa untuk melumpuhkan kemajuan Islam, harus dibesar-besarkan bid’ah dan khurafat, kerana kedua hal ini merupakan penghalang bagi cepatnya perkembangan Islam.

Mengapa bid’ah dapat melumpuhkan potensi Islam dan dapat menghancurkan pemerintahan? Sebabnya bid’ah merupakan tipuan yang tak ubahnya dengan tipuan dalam perdagangan. Barang yang baik dicampur dengan barang yang buruk yang kemudiannya dibawa ke pasar untuk ditawarkan kepada orang ramai seraya dikatakan bahawa barang tersebut adalah baik, tidak cacat dan tidak ada aib sedikit pun.

Sedangkan dalam hal ibadah, kita wajib berittiba’(mengikut sepenuhnya tanpa pindaan) kerana itu adalah asas dalam agama. Jadi mereka model-model dan cara-cara baru dalam ibadah adalah bid’ah yang sesat dan terkutuk.

Apabila sesuatu perkara bid’ah itu dihubungkan dengan agama, misalnya minta upah kerana membaca Al Quran ketika menghantarkan mayat dengan maksud bertaqarrub kepada Allah, perkara seperti itu merupakan perbuatan dosa dan maksiat yang berlipat ganda.

Manakala dalam urusan muamalah , dasarnya pula ialah mengikuti perkembangan kemaslahatan umat.

Firman Allah swt :

Lebih kurang ertinya :

“…..dan berbuat baiklah kamu sekelian agar kamu memperolehi kejayaan.”

(Al-Haj ayat 77)

Lebih kurang ertinya :

“...... dan bertolong-tolonglah kamu sekalian untuk kebaikan dan ketakwaan”.

(Al-Maidah ayat 2)

Berbuat baik dan tolong menolong untuk kebaikan dan bertakwa adalah soal-soal yang pelaksanaannya diserahkan penuh kepada kita, sehingga kita bebas membuat cara-cara baru. Cara-cara baru tersebut tidak boleh disalahkan dan ditolak.

Allah swt berfirman :

Maksudnya lebih kurang :

“ Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah kepada Allah dengan sungguh-sungguh ingat yang banyak dan bertasbihlah kepada Allah di waktu pagi dan petang”.

(Al Ahzab ayat 41-42)

Wednesday, June 11, 2008

Ekonomi Umat Islam Sekarang

Ekonomi adalah suatu aspek yang penting dalam menjana sesuatu bangsa atau negara.Jika dipandang dari perspektif Islam sendiri,ekonomi adalah salah suatu perkara yang amat penting dan ia boleh datang dari pelbagai sumber.Akan tetapi,umat Islam pada zaman sekarang ini amat lemah sekali dari sudut ekonominya.Ini berlaku kerana umat Islam sendiri tidak mengambil berat tentang hal ini.

Jika diimbas kembali ekonomi umat Islam pada zaman kegemilangannya,ekonomi ketika itu adalah amat kukuh dan teguh.Pada zaman pemerintahan Rasulullah s.a.w dan Khulafa' Ar-Rashideen,ekonomi pada zaman itu adalah amat kukuh sehinggakan wang perbendaharaan negara iaitu Baitulmal adalah amat banyak sehingga dikatakan wang Baitulmal itu boleh menampung dan menyara setiap rakyatnya.Sumber kewangan Baitulmal adalah daripada kutipan Zakat dan Jizyah(wang yang dibayar oleh orang kafir kepada kerajaan Islam kerana tinggal didalam negara Islam dan mendapat perlindungan daripada kerajaan Islam).

Ini berlainan dengan apa yang berlaku di Malaysia sekarang.Walaupun Malaysia tidak mengamalkan sistem pemerintahan Islam dan menggunakan sistem sekular,tetapi rata-rata pemimpin adalah dikalangan orang Islam sendiri.Rakyat dibebani dengan berbagai-bagai jenis cukai contohnya cukai pintu,cukai tanah,cukai jalan dan bermacam-macam lagi bahkan hendak menggunakan tandas awam pun dikehendaki membayar RM0.20 sen.Ini ditambah dengan wujudnya barang yang dikenakan cukai yang melampau contohnya kenderaan import,dikenakan cukai sehingga 200%.Selain itu,sedar atau tidak setiap barang-barang keperluan harian kegunaan rakyat dikenakan cukai sebanyak 5%.Rakyat dibebani dengan pelbagai cukai, tetapi kebajikan mereka tetap tidak terbela.

Itu tidak termasuk lagi angkara orang kafir yang tujuan mereka adalah untuk menjatuhkan Islam dan salah satu cara mereka adalah dengan menyerang umat Islam dari sudut ekonomi.Sebelum Malaysia diserang kegawatan ekonomi,AS$1 hampir bersamaan dengan RM1.20,tetapi selepas ekonomi Malaysia diserang oleh George Soros(seorang spekulator matawang berbangsa Yahudi),paras ringgit menjunam sehingga AS$1 bersamaan dengan RM4.80.Ini menyebabkan kejatuhan ekomomi Malaysia sehingga menimbulkan kemelesetan ekonomi.Beribu-ribu pekerja terpaksa diberhentikan oleh sebab tersebut.Semua itu adalah angkara orang kafir yang irihati dengan Islam dan cuba menjatuhkannya,dan salah satu daripada cara mereka ialah dengan menyerang ekonomi umat Islam.

Jika dipandang dari sudut global pula,umat Islam telah lama diserang ekonominya oleh orang kafir.Pada tahun 2003,Amerika Syarikat telah menyerang Iraq atas alasan ia adalah negara pengganas.Akan tetapi bak kata pepatah: ada udang disebalik batu, tujuan Amerika Syarikat adalah untuk mendapatkan sesuatu yang amat bernilai di Iraq iaitu simpanan minyak mentahnya.’NEGARA PENGGANAS’ itu cuma propaganda Amerika Syarikat untuk menghalalkan perbuatannya menyerang Iraq.Tujuannya cuma satu,iaitu untuk mendapatkan minyak yang merupakan alat untuk mengawal ekonomi dunia.Akhirnya selepas mendapat apa yang mereka hajati,kesan daripadanya dapat sendiri kita yang berada di Malaysia ini rasakan iaitu dengan peningkatan harga bahan api tersebut.

Berlainan pula dengan apa yang berlaku di Palestin pada tahun 2006,selepas umat Islam di Palestin mendapat hak ke atas negara mereka sendiri dengan diterajui oleh Hamas. Amerika Syarikat bersama sekutu-sekutunya iaitu Israel dan Kesatuan Eropah mula mengadakan sekatan ekonomi ke atas mereka.Barang-barang keluaran Palestin tidak dapat dieksport sehingga tersadai di pelabuhan.Akhirnya barang-barang tersebut terpaksa dijual dengan harga dibawah paras kos pengeluarannya.Ini menyebebkan perkembangan ekonomi Palestin terbantut sedangkan pada masa itu Palestin merupakan sebuah negara Islam yang baru dibentuk dan baru hendak berkembang.

Inilah diantara contoh serangan dan sekatan orang-orang kafir terhadap ekonomi umat Islam.Umat Islam adalah seperti barang mainan mereka,boleh diperlakukan dengan sesuka hati sahaja. Wajarlah untuk kita merenung sabda Baginda Rasulullah s.a.w yang berbunyi “Umatku di akhir zaman adalah umpama buih dilautan namun kalian dijangkiti sifat al-wahnu(cintakan dunia, takutkan mati)" ,seperti buih yang apabila datang ombak berkecailah ia, begitu jugalah umat Islam. Umat Islam berpecah belah serta mudah dipermainkan oleh musuh Islam. Oleh itu,marilah kita sama-sama merenung keadaan umat Islam dan juga ekonomi umat Islam khususnya.

Tuesday, June 3, 2008

Kesal : Menghina ulama dan hukum Allah

Luahan :
Saya sebagai blogger kesal adanya manusia dimuka bumi Allah ini tidak mengenali baik buruknya tentang kesucian agama Allah dan arahan Allah taala itu sendiri. Dengan sewenangnya menabur kata-kata kesat dan menghina para ulama serta hukum Allah. Amat sedih sekali apabila melayarinya kerana perbincangan yang penuh dengan fitnah dan menidakkan hukum Allah.

Sila lawati di : http://www.isuhot.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=4406

Kesimpulan :
Disini kita boleh lihat bagaimana umat Nabi Muhammad s.a.w sekarang, ceteknya iman dan pengetahuan islam kerana tidak faham akan islam itu sendiri. Dari sini kita boleh fikir ada beberapa yang sedang berlaku iaitu :

  • Tidak Melaksanakan Huhud Allah (Hukum Allah) - Kerana sudah terkandung didalam Al Quran, bukannya buatan mana-mana pihak. Sedangkan semua undang-undang dan hukumannya sudah cantik dan telah dihuraikan dengan terperinci mengenainya.
  • Maksiat Berleluasa - Gagalnya pihak berkuasa membenteras dan tidak Amanah dalam melaksanakan tugas.
  • Gam Alim Ulama - Melarang amal makruf nahi mungkar
  • Melaksanakan Hukuman Mengikut Penjajah Dahulu - Huraian daripada petikan satu hadis "Adalah satu dosa yg tidak dapat diampunkan sekiranya penjajah sudah balik, tetapi kita masih melaksanakan hukuman penjajah".
  • Menyambut Tahun Kebesaran Penjajah - Menampakkan kurangnya pengetahuan kepada bulan/tahun Islam dan kelebihan amal ibadat pada setiap bulannya.
  • Maksiat secara terbuka - Konsert yg penuh dengan maksiat seperti AF, Gangsatars dan lain-lain lagi.
  • Merobohkan rumah Allah sewenang-wenangnya.
  • Pemimpin Tidak Amanah
  • Siaran TV penuh dengan maksiat dan zina.
  • Aurat diabaikan kerana alasan mengikut peredaran zaman.
  • Ibu bapa abaikan tanggungjawab terhadap anak-anak menyebabkan berlakunya zina. Sila lawati hmetro, byk kisah remaja terjebak dengan zina, maksiat dan macam-macam lagi.
  • Terabainya Al Quran & Sunnah sebagai rujukan

Ini adalah sebilangan sahaja, kita boleh fikir sendiri apa yang terjadi dimasa kini....

Perkara yang dinyatakan diatas boleh menyebabkan kepada Murtad tanpa disedari :

Mengikut Islam, murtad boleh terjadi dengan melalui salah satu dari tiga perkara berikut; melalui perkataan, ucapan dan kata-kata, melalui perbuatan atau tingkah laku dan melalui iktiqad, kepercayaan dan keyakinan dalam hati atau niat. Di bawah ini akan dijelaskan sebab-sebab tersebut.

a) Melalui Perkataan / Ucapan dan Kata-kata.

Murtad boleh berlaku dengan perkataan atau ucapan dan kata-kata. Apabila ucapan dan kata-kata tersebut menolak hukum-hukum Islam dan prinsip-prinsip ajaran Islam yang diketahui oleh semua orang atau kata-kata yang menghina apa-apa ajaran Islam, hukum hakam Islam, menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan nabi-nabi lain, menghina Allah S.W.T. dan sebagainya, atau seseorang itu mengingkari wajib mengeluarkan zakat, wajib puasa, wajib sembahyang lima waktu, wajib haji dan lain-lain, atau dia berkata minum arak tidak haram, berzina harus, apatah lagi kalau suka sama suka, riba' diharuskan (tidak haram), dikatakan al-Quran bukan kalam Allah atau kata-kata yang merendahkan dan menghina Sunnah Rasulullah, umpamanya apabila diterang kepadanya bahawa mengerat kuku adalah Sunnah Rasulullah S.A.W. Apabila dia mendengar kata-kata itu, dia menjawab, "aku tidak akan kerat kuku, walaupun ia Sunnah Rasulullah (dengan niat mahu menghina sunnah tersebut)". Atau dia berkata, "sekiranya Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. menyuruh aku kerjakan anu-anu, aku tidak akan melakukannya". Atau dia berkata,"Aku tidak tahu adakah nabi itu manusia atau jin". Atau pun dia berkata,"Aku tidak tahu apa itu iman". Semua kata-kata di atas adalah ucapan yang menghina / mengejek ajaran Islam, maka dengan kata-kata sedemikian seseorang itu boleh menjadi murtad.

Begitu juga seseorang yang zalim,apabila dia mendengar orang yang dizaliminya berkata,"Ini, (kezaliman yang dilakukan ke atasnya) adalah ketetapan Allah dan takdir Tuhan", maka orang zalim tadi sebaik sahaja mendengar kata-kata di atas dia terus berkata dengan sombong,"Aku lakukan itu bukan dengan takdir Allah S.W.T. tetapi dengan kuasa yang ada padaku", maka kata-kata orang zalim sedemikian itu boleh menjadi murtad.

Begitu juga kalau seseorang Islam menghalalkan hukum yang haram oleh Allah dan RasulNya atau sebaliknya mengharamkan sesuatu yang halal yang telah disepakati oleh para ulama' tetang halal atau haramnya perkara itu seperti dia menghalalkan zina, menghalalkan liwat, menghalalkan minum arak, atau mengharamkan perkahwinan, mengharamkan jual beli dan seterusnya. Maka sikap sedemikian boleh menjadi murtad.

Dalam buku Mustika Hadis, ada menyebut beberapa contoh kata-kata yang boleh membatalkan iman seseorang atau yang boleh menjadi murtad iaitu:
Kata-kata (menghina atau merendahkan) mana-mana hukum Islam seperti :

• Hukum apa ini ?
• Hukum ini sudah lapuk.
• Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba' kerana menghalang kemajuan.
• Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus (tutup aurat dengan memakai telekong).
• Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?
• Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya.
• Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya.
• Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam, sampai kiamat kita tidak maju.
• Seseorang berkata,"Perbuatan yang demikian tidak beradab", apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW selepas makan baginda menjilat sisa makanan dijarinya (sebelum dibasuh tangan).
• Seseorang berkata,"Aku tidak mahu memotong kuku sekalipun sunnah", apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunnah.
• Membaca ayat-ayat suci al-Quran, hadith nabi dan nama-nama Allah dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.
Ungkapan yang disebut di atas adalah beberapa contoh kata-kata yang boleh menjadi murtad.

b) Melalui Perbuatan atau Tingkah Laku.

Apabila seseorang Islam melakukan apa-apa perbuatan atau apa-apa tingkah laku yang boleh membatalkan imannya maka orang itu boleh menjadi murtad seperti sujud kepada berhala, matahari, bulan, manusia, kepada malaikat atau kepada mana-mana makhluk lain atau melakukan ibadat terhadap selain daripada Allah S.W.T. Seperti menyembah batu, pokok kayu dan lain-lain
Begitu juga mana-mana perbuatan yang menghina, merendah dan mempersendakan Islam seperti mencampakkan al-Quran ke tempat-tempat kotor secara sengaja atau kitab-kitab hadith dan tafsir atau memijak-mijaknya dengan niat menghina. Dalam buku Mustika Hadith ada menyebut perbuatan yang boleh menjadi murtad seperti meletakkan ayat-ayat suci al-Quran, hadith-hadith nabi, nama-nama Allah, rasul-rasulNya, malaikat dan ilmu-ilmu agama di tempat najis atau kotor dengan tujuan menghina dan merendahkannya.
Begitu juga seseorang yang meninggalkan sembahyang Fardhu atau puasa Ramadhan dalam keadaan mengingkari wajibnya atau mengatakan ia tidak wajib, maka dia boleh menjadi murtad kerana dia mengingkari satu perkara yang memang diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu adalah wajib ke atas setiap orang Islam. Tetapi kalau dia meninggalkan kerana malas, sedangkan dia yakin sembahyang atau puasa itu wajib, maka ia tidak menjadi murtad.
Apa yang disebut adalah sebahagian dari contoh-contoh yang boleh memurtadkan seseorang Islam melalui perbuatan dan tingkah laku.

c) Melalui Akidah atau Kepercayaan atau Niat.

Murtad melalui akidah, kepercayaan atau niat akan berlaku apabila seseorang Islam mengingkari dalam hatinya mengenai kebenaran ajaran Islam seperti dia yakin ajaran Islam sama sahaja dengan ajaran agama lain, atau yakin bahawa agama lain lebih baik dari agama Islam, dia yakin hukum hudud (jinayah Islam) tidak layak dilaksanakan sekarang dalam masyarakat moden.
Begitu juga apabila seseorang Islam yakin Allah tidak berkuasa, Allah tidak mencipta alam ini, Allah lemah, mempunyai sifat sama seperti makhluk dan lain-lain lagi. Demikian juga jika seseorang itu percaya bahawa Nabi Muhammad SAW bukan nabi akhir zaman, syariat dan ajaran Islam yang dibawa bukan untuk seluruh manusia, atau dia percaya hukum Islam yang dibawa oleh baginda adalah hukum-hukum lapok, tidak sesuai dengan keadaan zaman. Dia menghina apa-apa ajaran yang dibawanya, dia beriktiqad tidak ada dosa dan pahala, tidak ada syurga dan neraka, manusia tidak dibangkit semula sesudah mati, beriktiqad agama orang kafir lebih baik dari agama Islam, atau berbalik-balik hati antara mahu manjadi kafir pada masa akan datang dan lain-lain lagi keyakinan dan iktiqad yang salah.

Hukum Orang Murtad.

Orang murtad dikenakan ke atasnya beberapa hukum iaitu, pertama; disuruh bertaubat, kedua; dihukum bunuh kalau tidak mahu bertaubat, ketiga; dirampas hartanya (ditarik hak milik harta), keempat; terputus hubungan suami isteri dan tidak boleh pusaka mempusakai antara suami isteri, ayah ibu dan anak-anak, kelima; penyembelihannya tidak halal dan pahala ibadatnya terbatal. Dibawah ini diterangkan hukum-hukum secara ditil.

a) Disuruh Bertaubat.

Apabila seseorang telah sabit murtad, dia perlu diberi nasihat dan kaunseling, juga disuruh bertaubat beberapa kali. Jika tidak mahu bertaubat setelah disuruh berulang kali dia mesti dibunuh. Tempoh masa untuk bertaubat tersebut – mengikut Jumhur ulama’ – selama tiga hari tiga malam, tetapi mengikut hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, bahawa dia diberi peluang suruh bertaubat selama kira-kira dua puluh malam.
Apabila seseorang murtad itu sedar dan mahu bertaubat serta mahu memeluk Islam semula, taubatnya diterima, dengan melalui beberapa perkara: Pertama, dia perlu mengucap dua kalimah syahadah semula. Kedua, dia perlu membuat pengakuan atau ikrar di atas apa yang dia ingkar yang menyebabkan dia menjadi kafir (murtad), dan melepaskan diri daripada segala ajaran yang menyalahi agama Islam. Umpamanya jika dia murtad dengan sebab percaya adanya dua Tuhan atau mengingkari risalah Nabi Muhammad S.A.W., maka sewaktu bertaubat dengan mengucapkan dua kalimah syahadah, dia perlu membuat pengakuan yang Tuhan hanya satu bukan dua, dan mengaku memang betul dan benar bahawa Nabi Muhammad SAW adalah nabi akhir zaman.

b) Dijatuhkan Hukum Bunuh.

Apabila orang yang murtad tidak mahu bertaubat setelah dinasihatkan dan dikaunseling dalam masa tempoh yang ditentukan, maka tidak ada jalan lain dia mesti dijatuhkan hukum bunuh dengan segera dengan dipancung lehernya.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a., baginda bersabda, ertinya:

Sesiapa yang menukar agamanya maka hendaklah kamu membunuhnya.
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Hadis lain diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asyari r.a. yang bermaksud “Bahawa baginda S.A.W. berkata kepadanya, “Pergilah kamu ke negeri Yaman”, kemudian baginda menghantar Muaz bin Jabal selepas itu. Apabila Muaz sampai ke tempat Abu Musa, Abu Musa menjemput Muaz dengan memberi sebiji bantal alas duduk serta berkata, “Sila duduk”, sedangkan di majlis itu ada seorang yang badannya diikat, Muaz bertanya, “Apa hal orang ini?”. Abu Musa menjawab, “Orang ini asalnya Yahudi, dia telah masuk Islam kemudian dia balik menganut agama Yahudi semula”. Muaz berkata, “Aku tidak akan duduk sehingga dia dibunuh (terlebih dahulu), itulah hukum Allah dan RasulNya”. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dari hadis di atas jelas bahawa orang yang murtad mesti dibunuh segera apabila dia enggan bertaubat. Hukum bunuh seperti di atas telah pun dijalankan oleh sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W., antaranya Abu Bakar r.a., Umar bin al-Khattab dan Ali bin Abu Talib r.a. sewaktu pemerintahan masing-masing.

Hukum tersebut di atas, tidak sekali-kali bertentangan dengan “dasar kebebasan beragama”, atau dasar “لا إكراه في الدين” (Tidak ada paksaan dalam agama). Sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah dalam al-Quran, kerana dasar ini tidak ada hubungan sama sekali dengan soal orang murtad.

Soal murtad dan soal kebebasan beragama adalah dua masalah yang berlainan. “Tidak ada paksaan dalam agama” bererti; orang-orang Islam tidak boleh sama sekali memaksa orang kafir memeluk Islam, kerana hakikat iman dan kufur telah dijelaskan dalam al-Quran, dalam hadis dan juga oleh para ulama’ dalam dakwah mereka, maka terserah kepada seseorang itu sama ada mahu beriman dan taat atau pun mahu kekal kufur dan ingkar. Selain itu, kalau dipaksa orang kafir supaya memeluk Islam, maka Islamnya tidak sah.

Ini berlainan halnya dengan orang Islam yang murtad, kerana apabila seseorang itu murtad sama ada melalui iktikad, atau percakapan dan tuturkata atau melalui perbuatannya, ini bererti dia telah melakukan jenayah, bukan sahaja kepada dirinya sendiri, tetapi juga kepada keluarga, masyarakat dan umat Islam seluruhnya. Antara jenayah-jenayah yang dilakukan ialah:
a) Dia memang menganggap dirinya betul dan pandai, umat Islam lain semuanya dianggap salah dan bodoh belaka. Ini bererti dia menghina dan memusuhi masyarakat Islam.
b) Dia menyalahkan agama Islam kerana didorong oleh nafsunya, dia tidak mahu terikat kepada suruhan Allah dan Rasul serta larangan keduanya. Ini bererti dia menghina agama Islam yang menjadi pegangan hidupnya dan dihormati oleh seluruh umat Islam.
c) Dia akan menjadi contoh buruk bagi orang-orang lain yang akan terpengaruh kepada diayahnya. Ini akhirnya akan meruntuhkan ajaran Islam.

Oleh sebab jenayah orang yang murtad sangat besar dan bahaya, maka hukum Islam yang ditetapkan supaya dilaksanakan di dunia dengan dijatuhkan hukum bunuh dan balasan azab seksa di akhirat kelak amatlah adil dan setimpal dengan jenayahnya yang besar itu.

c) Dirampas Hartanya.

Setelah sabit seseorang Islam itu murtad, maka segala harta miliknya perlu dirampas dari miliknya (ditahan hak milik terhadap harta itu) dan diletak dibawah pengawasan Ketua Negara atau wakilnya. Jika harta itu perlu diambil untuk urusan perbelanjaan dirinya sebelum dijatuhkan hukuman bunuh, pihak kerajaan boleh mengambil dari hartanya sekadar perlu sahaja.

Sekiranya dia bertaubat memeluk Islam semula, harta tersebut perlu diserah balik kepadanya. Ini bererti harta tersebut masih dianggap hartanya cuma ditahan hak milik buat sementara. Tetapi sekiranya dia tetap tidak mahu bertaubat, bahkan dijatuhkan hukuman bunuh, maka harta tersebut menjadi milik kerajaan dikira semenjak dia mula-mula murtad lagi.

Harta orang yang murtad tidak boleh dipusakai oleh waris-warisnya dan dia juga tidak boleh menerima harta pusaka dari waris-waris lain kerana diantara syarat untuk membolehkan seseorang menerima harta pusaka ialah waris tersebut sama-sama beragama Islam, sedangkan orang itu telah menjadi kafir.

Rasulullah SAW ada bersabda, ertinya :

Orang Islam tidak boleh mewarisi orang kafir dan orang kafir tidak boleh mewarisi orang Islam.
(Hadis riwayat al-Bukhari)

d) Terputusnya Hubungan Suami Isteri.

Orang murtad dianggap sebagai orang yang sudah mati, kerana dia akan dijatuhkan hukum bunuh apabila tidak mahu bertaubat. Sebab itu kalau sekiranya salah seorang suami atau isteri murtad maka pernikahan kedua-duanya terbatal walaupun begitu, kalau sekiranya yang murtad kembali bertaubat (masuk Islam semula) dalam masa 'idah isterinya belum habis (tamat) maka kedua-dua bekas pasangan suami isteri tersebut dikira kembali seperti asal, tidak perlu kepada akad nikah baru. Tetapi kalau dia tidak bertaubat dalam masa 'idah masih belum habis, nikah tersebut dianggap terbatal. Kalau dia bertaubat (kembali kepada Islam semula) selepas habis 'idah, dia perlu diakad nikah semula dengan maskahwin baru jika mahu meneruskan hubungan suami isteri yang sah.

Selain itu orang murtad, pernikahannya tidak sah samada dia mahu berkahwin sendiri dengan orang lain atau dia mahu menjadi wali nikah untuk perkahwinan orang lain.

e) Penyembelihannya Tidak Halal dan Segala Pahala Amalan Ibadat Terbatal.

Penyembelihan orang murtad tidak halal dan haram dimakan. Hukumnya sama dengan hukum penyembelihan orang kafir yang menyembah berhala. Kalau dia menganut agama ahli al-Kitab seperti menganut agama Nasrani (Kristian) sekali pun penyembelihannya tetap haram.

Selain itu pahala amalan soleh atau pahala ibadat yang dikerjakan - walau berapa banyak sekali pun - menjadi gugur dan terbatal, menjadi sia-sia, sebagaimana Allah berfirman, ertinya :

Sesiapa yang kufur (ingkar syariat Islam) sesudah dia beriman maka sesungguhnya gugur dan terbatal segala (pahala) amalan baiknya dan dia di akhirat nanti tergolong dari golongan orang yang rugi.
(Surah al-Maidah : ayat 5)

Ini akan berlaku kalau sekiranya dia murtad secara berterusan sehingga mati dalam kufur. Tetapi kalau sekiranya dia bertaubat dan kembali kepada Islam semula, maka dia dituntut supaya mengqada'kan amal-amal ibadat seperti sembahyang, puasa dan zakat yang ditinggalkan sepanjang tempoh murtad tersebut. Ada pun haji yang dikerjakan sebelum murtad tidak perlu diqada'kan.

Mayat Orang Murtad yang Dihukum Bunuh

Mayat orang murtad yang dihukum bunuh tidak boleh diurus seperti mayat-mayat orang Islam. Mayat tersebut tidak perlu dimandi kerana dia telah keluar daripada Islam, tetapi kalau dimandikan ia adalah harus. Juga tidak boleh disembahyangkan kerana sembahyang mayat ke atas orang kafir adalah haram. Sebagaimana Allah berfirman, ertinya :

Jangan kamu sembahyang ke atas seorang pun yang mati dari orang-orang kafir itu selama-lamanya.
(surah al-Taubah : ayat 84)

Demikian juga tidak harus dikebumi di tanah perkuburan orang Islam, bahkan harus dikebumikan di tanah perkuburan orang kafir atau di tempat khas yang berasingan.

Dari ulasan-ulasan yang panjang lebar di atas jelaslah bahawa murtad mengikut pandangan Islam merupakan satu jenayah yang paling besar dan paling bahaya kerana ia menghina Islam, menghina Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. Oleh itu hukum bunuh dengan memancung leher adalah satu hukuman yang setimpal dengan jenayah yang dilakukan. Hukum tersebut juga untuk menakutkan orang lain supaya tidak malakukan jenayah seperti itu.

Selain itu apabila murtadnya seseorang Islam, beberapa hukum lain dikenakan ke atasnya, seperti hartanya perlu dirampas oleh pemerintah, terpisah hubungan suami isteri, tidak boleh mempusakai harta, mayatnya tidak boleh dimandikan, disembahyang dan ditanam di perkuburan Islam dan lain-lain lagi.

Kisah Benar Sebagai Teladan :

Ini adalah kisah benar yang saya alami beberapa hari yang lalu, semasa pulang dari rumah emak saya dalam menuju ke rumah, disebuah padang bola di BBST, ramai orang bermain disitu setiap hari. Akan tetapi petang itu menjadi hening apabila melihat seorang anak muda terlantar dipadang tersebut kerana sedang nazak. Sedangkan beliau belum bermain lagi, baru memakai kasut untuk masuk kepadang. Tatkala itu keadaan penuh sesak dengan manusia melihat perkara tersebut. Lihatlah detik-detik sakaratul maut tidak menunggu masa dan waktu. Saya pun menghampiri dan melihat dengan mata kepada sendiri. Beberapa pemuda sedang mengajarnya 2 kalimah syahadah utk dilafazkan buat kali terakhir. Saya doakan semoga rohnya berada dikalangan org yg beriman. Amin.

Kesimpulan :
Mari kita fikirkan, masa kita 24 jam kemana? Tidur 8 jam, Kerja 8 jam = 16 jam, balance 8 jam lagi kemana? Sedangkan kita luangkan masa kepada pencipta kita hanya beberapa minit sahaja itu pun kalau kita sembahyang lima waktu sehari semalam. Bahkan tidak sampai setengah jam pun.

Hina sungguh kita disisi Allah taala. Layakkah kita digelar orang Islam dan Umat Muhammad? Sedangkan rasulullah yg sudah dijamin syurga yang paling tinggi sekali, bersifat maksum namun baginda masih beramal siang dan malam hanya kerana Allah. Siang berjihad dan berdakwah, malam beramal sampai ke pagi. Berapa kerat umat manusia sekarang yang mampu berbuat demikian. Cintalah kita kepada Allah dan Rasulnya. Ingatlah, sesungguhnya apa yang ada didunia ini hanyalah sementara, Akhirat lah yg kekal abadi disisi Allah.


Wassalam.

Friday, May 30, 2008

Kelemahan Umat Islam Sekarang

1) UMAT ISLAM LUPA DIRI
Umat kita telah melupakan Allah, lalu Allah melupakan dia.

“Janganlah kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah, lalu Allah melupakan dia pada diri mereka sendiri” (al-Hasyr: ayat 19)

2) UMAT KITA DILIHAT DARI KEMAJUAN MATERIAL

3) KEKUATAN AKAL KITA DI SIA-SIAKAN

Kita bagaikan burung tiung hanya suka meniru. Tidak mahu berijtihad, tidak suka mencipta sendiri, tidak kreatif, senang menghafal daripada berfikir dan lebih senang mengutip fikiran orang lain, baik fikiran pendahulu kita ataupun masyarakat lain, kerana kita menganggap tidak perlu bersusah payah berfikir sendiri.

Suatu ketika dahulu Moshe Dayan (bekas Menteri Luar Israel), menyatakan secara terbuka cita-cita dan keinginan negaranya. Dia mendapat serangan dan kecaman dari bangsanya, kerana mereka khuatir pernyataanya itu dibaca oleh bangsa Arab (umat Islam) dan rencana jahatnya diketahui. Namun dengan tenang ia menjawab serangan kaumnya, katanya: “Tenanglah, percayalah padaku, bangsa Arab (dan juga Melayu –Pent) tidak akan membacanya, kerana mereka tidak suka dan malas membaca”.

Ternyata mereka malas dan tidak suka membaca. Kalaupun membaca, mereka tidak pandai memahami, kalaupun memahami, mereka tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakannya.

4) KEKUATAN AMAL KITA DI SIA-SIAKAN
Kita banyak bicara dan sedikit kerja. Banyak bercakap dan berdebat.

5) KEKUATAN EKONOMI KITA DI SIA-SIAKAN
hidup di bumi terbaik, yang paling baik daerahnya, paling subur tanahnya, paling kaya bahan galiannya, tetapi tidak memanfaatkan kekayaan itu.

6) KEKUATAN TENAGA KITA SIA-SIAKAN

kita selalu membangga diri dengan jumlah yang sangat ramai, tetapi apalah ertinya jika membuat hal masing-masing tanpa mempedulikan orang lain.

Jamaluddin al-Afghani berkata: “Jika kekuatan jutaan kamu itu berupa lalat yang meraung-raung di telinga Inggeris, tentu kamu akan berhasil memecahkan telinga mereka”.

7) KEKUATAN JIWA KITA SIA-SIAKAN
kita tergila-gila menghiasi tembok masjid dengan ayat-ayat al-Quran, tetapi tidak menghias kehidupan kita dengan al-Quran. Kita membacakan al-Quran untuk orang-orang mati, tetapi tidak mengajarkannya kepada orang-orang hidup! Kita berusaha memiliki al-Quran, membawanya berkah, padahal berkah yang hakiki terletak dalam mengikuti perintah-Nya dan menjauhi larangan Nya.

cinta dan keinginan pada hal-hal yang gemerlapan, lebih senang hidup bermegah-megah yang dinamakan oleh hadith itu sebagai “wahan” dan ditafsirkan sebagai “Cinta dunia dan takut mati!”

tidak menghairankan, kalau umat yang terbilang seribu juta itu, terdiri dari umat yang berlutut di bawah si Yahudi yang hanya berjumlah tiga juta!.

8)TANGGUNGJAWAB PARA PENGUASA
mereka merupakan lambang keadaan masyarakatnya.

9) TANGGUNGJAWAB PARA ULAMA
Salah seorang bertanya pada seorang penguasa tentang kekuatan al-Imam al-Hasan al-Bashri dan ketegasannya yang tidak tergoyah. Maka Gabenor negeri itu menjawab secara terus terang: “Kami perlukan agamanya, tetapi dia tidak perlukan dunia kami”.

10) TANGGUNGJAWAB MASYARAKAT
Pada suatu hari seorang pendengar menegur gurunya selesai memberikan ceramahnya, katanya: “Saya telah mendengar dan mengikuti ceramah yang tuan berikan selama tiga puluh tahun, lalu apa yang telah tuan lakukan?”

Jawapan guru itu membuat muridnya terdiam, katanya, “Kalau telah tiga puluh tahun mendengarkan ceramahku, lalu sudah sejauh mana kamu melakukannya?”

11) TIADA PENGHISABAN DIRI
Ulama’ zaman dahulu berkata: “Orang mukmin sangat keras memperhitungkan dirinya, lebih dari seorang penguasa yang diktator dan dari seorang sekutu yang kikir.”

12)PERPECAHAN DAN PERSELISIHAN
Masing-masing merasa kebenaran itu hanya ada dalam jamaahnya saja, sedang di luar jamaahnya hanyalah kesesatan. Yang dapat masuk syurga dan selamat dari api neraka hanya anggota jamaahnya, dia saja “kelompok yang selamat”, selain dari itu termasuk kelompok yang sesat.

Alangkah baiknya jika masing-masing bebaik sangka terhadap yang lain, saling bertimbang rasa (toleransi) meskipun dalam keadaan yang berbeza, saling tolong menolong dan tegur menegur dalam berbuat makruf dan berdiri dalam satu barisan menghadapi masalah-masalah yang besar, iaitu kewujudan Islam dan penentuan hari depannya dan bersatu padu dalam menghadapi serangan musuh.

13) KURANGNYA PENYELIDIKAN DAN PROGRAM
Kita harus sentiasa mengadakan penyelidikan tentang perkembangan keadaan umat Islam, keadaan pergerakan Islam dan keadaan serta kekuatan pihak yang memusuhi Islam. Semua keterangan dan maklumat itu, dianalisa secara ilmiah dan bertanggungjawab, sehingga diperoleh hasil yang diperlukan untuk digunakan sebagai acuan dalam melaksanakan langkah selanjutnya.

Kita bekerja tanpa rencana dan program, sedang lawan-lawan kita tidak demikian, akhirnya hasil perjuangan kita jatuh ke tangan mereka, dalam keadaan kita tidak menyedarinya.

14) TERBURU BURU
Kita menanam pada pagi hari dan ingin memetik hasil pada petang harinya. Ini bertentangan dengan hukum Allah dalam alam yang sudah diterima oleh seluruh umat manusia.

15) BERLEBIH-LEBIHAN
Suatu perkara yang disesalkan dari kita iaitu, ketika menghadapi berbagai masalah, kita lebih suka berdiri pada salah satu hujung dari kedua kutub, iaitu paling kanan atau paling kiri. Jarang kita berdiri dan bersikap “tengah-tengah”, yang Allah puji untuk dijadikan tempat berpihak dan bersikap umat ini, seperti dalam firman Nya.

“Begitulah kami jadikan kamu umat pertengahan” (al-Baqarah ayat 143 )

16) TAKUT DENGAN PEMBAHARUAN
takut dari ijtihad, tidak senang pada pembaharuan, tidak cenderung pada keterbukaan dan tidak menyenangi perkembangan dan perubahan.

MARI BERCITA-CITA DAN BEKERJA

PERLU BANYAK KERJA DAN PENGORBANAN
tangis kita tidak boleh menghidupkan yang sudah mati dan tidak mampu mengembalikan sesuatu yang sudah hilang.

ramai di antara kita yang mengeluh tetapi sedikit yang mengubati. Banyak yang mengutuk kegelapan dan sedikit yang menyalakan lilin.

Kita semua berkeluh-kesah dan kita sendiri yang menerima keluhan-keluhan itu.

BEKERJA UNTUK MEMIKAT TOKOH DAN MASYARAKAT
Pergerakan akan berjaya selagi ia merupakan pergerakan semua kaum muslimin dan bukan hanya pergerakan segelintir umat Islam.

MENYULUH KEBANGKITAN ISLAM
Di antara perkara yang melambatkan kebangkitan Islam :

Menjauhkan masyarakat dari Islam sebagai tatacara yang mengatur kehidupan, selama orang-orang yang menjadi objek dakwahnya merasa sulit dan berat mengikutinya, kerana yang dimudahkan Allah kepada hamba-Nya dipersulit mereka, bertentangan dengan sabda Nabi s.a.w. yang menyatakan.

“Sesungguhnya kalian dibangkitkan untuk memudahkan dan tidak untuk menyulitkan”

Pergerakan Islam disibukkan dan diadu domba satu sama lain. Seharusnya pergerakannya diarahkan kepada musuh yang dihadapi bersama, bukan bermusuhan antara satu dengan yang lain sehingga pada puncaknya mereka saling mengkafirkan.


PANDUAN UTAMA PENYULUH KEBANGKITAN
Kita harus berpindah kepada perkara-perkara penting sebagaimana berikut:

1. Dari soal furu’ kepada soal usul dan universal
2. Dari kerja nafilah (sunnah) kepada kerja fardhu
3. Dari hal-hal yang diperselisihkan kepada hal-hal yang disepakati
4. Dari kerja anggota tubuh kepada kerja hati
5. Dari kedua-dua sudut kelebihan dan kekurangan kepada hal-hal yang sedang dan normal
6. Dari sikap mempersulit dan menjauhkan orang kepada sikap mempermudah dan menggembirakan hati
7. Dari sikap jumud dan taklid kepada sikap ijtihad dan renovasi
8. Dari fasa bicara dan debat ke fasa kerja dan memberi
9. Dari masa sentimen tanpa persiapan ke masa ilmiah berencana
10. Dari sikap fanatik terhadap orang-orang yang berbeza pendapat kepada sikap toleransi bersama mereka
11. Dari menggalakkan bekerja kepada menanamkan pengertian.
12. Dari memperhatikan soal-soal kuantiti kepada soal-soal kualiti, terutama dalam bidang pendidikan dan pengkaderan.
13. Dari melayang-layang ke langit impian turun ke bumi kenyataan (atau daripada menghulur idealisme lebih baik mengharap yang mungkin dan yang sudah ada).
14. Dari sikap meninggikan diri atas masyarakat kepada sikap hidup bermasyarakat (atau dari sikap menuduh dan memusuhi masyarakat berusaha menjadi tabib masyarakat).
15. Dari sikap yang hanya merenungi kejayaan masa lampau, kembali pada kenyataan masa kini dan mempersiapkan zaman yang akan datang.
16. Dari menghanyutkan diri dalam lapangan politik kepada memusatkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.
17. Dari mengobarkan perselisihan yang menimbulkan pertentangan dan pertengkaran kepada perbezaan yang beragam dan bergotong-royong.
18. Dari mengabaikan masalah kehidupan kepada meningkatkannya dengan motivasi lillahi Ta’ala, sebagai amal ubudiyah.
19. Dari pandangan dan sikap yang regional yang sempit kepada wawasan universal yang luas.
20. Dari sikap ujub terhadap diri sendiri kepada sikap memeriksa diri.

KERJASAMA LAPISAN MASYARAKAT

“Katakanlah, hai kaumku, bekerjalah kamu menurut keadaan kamu masing-masing dan aku juga bekerja” (al-An’am ayat 135)

Kaum lelaki, wanita, orang tua, anak-anak, orang kaya dan orang miskin. Yang penting semuanya bekerja, masing-masing memilih kerja yang sesuai dan selaras untuk dirinya. Siapa yang mampu membuang duri dari jalan, hendaklah ia membuangnya. Siapa yang biasa menabur benih di bumi, hendaklah ia menaburnya.

KESIMPULAN;
kerosakan itu terdapat dalam batin kita, dalam diri kita masing-masing, kerana kita terlalu mencintai kita. Kaum muslimin dituntutnya untuk bekerja, sedang dia sendiri tidak, mereka diperintahkan berjihad, dia sendiri duduk, mereka disuruh menyumbang, sedang dirinya sangat kikir dan mereka dituntut untuk berkorban, sedang dia sendiri menontoninya.

Kita mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi enggan mengikuti ajarannya. Ingin masuk ke syurga, tetapi tidak menempuh jalan-jalannya dan tidak takut pada api neraka, namun senang menempuh jalan yang dapat menghantarkan ke neraka. Senang mengakui dirinya sebagai orang Islam, tetapi enggan bekerja untuk membela agamanya.

Sungguh berbahagia orang yang telah mulai dengan memperbaiki dirinya sendiri, kemudian mengajak orang lain.

Thursday, May 29, 2008

Hal Yang Membatalkan Islam Seseorang

Apa yang menyebabkan Islam seseorang menjadi batal?

Setiap manusia, apabila telah mengucapkan dua kalimat

Syahadat, maka dia menjadi orang Islam. Baginya wajib dan

berlaku hukum-hukum Islam, yaitu beriman akan keadilan dan

kesucian Islam. Wajib baginya menyerah dan mengamalkan hukum

Islam yang jelas, yang ditetapkan oleh Al-Qur'an dan

As-Sunnah.

Tidak ada pilihan baginya menerima atau meninggalkan

sebagian. Dia harus menyerah pada semua hukum yang

dihalalkan dan yang diharamkan, sebagaimana arti (maksud)

dari ayat di bawah ini:

"Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang Mukmin dan tidak

(pula) bagi wanita yang Mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya

telah menetapkan sesuatu ketetapan, akan ada bagi mereka

pilihan (yang lain) tentang urusan mereka ..." (Q.s.

Al-Ahzab: 36) .

Perlu diketahui bahwa ada diantara hukum-hukum Islam yang

sudah jelas menjadi kewajiban-kewajiban, atau yang sudah

jelas diharamkan (dilarang), dan hal itu sudah menjadi

ketetapan yang tidak diragukan lagi, yang telah diketahui

oleh ummat Islam pada umumnya. Yang demikian itu dinamakan

oleh para ulama:

"Hukum-hukum agama yang sudah jelas diketahui."

Misalnya, kewajiban salat, puasa, zakat dan sebagainya. Hal

itu termasuk rukun-rukun Islam. Ada yang diharamkan,

misalnya, membunuh, zina, melakukan riba, minum khamar dan

sebagainya.

Hal itu termasuk dalam dosa besar. Begitu juga hukum-hukum

pernikahan, talak, waris dan qishash, semua itu termasuk

perkara yang tidak diragukan lagi hukumnya.

Barangsiapa yang mengingkari sesuatu dari hukum-hukum

tersebut, menganggap ringan atau mengolok-olok, maka dia

menjadi kafir dan murtad. Sebab, hukum-hukum tersebut telah

diterangkan dengan jelas oleh Al-Qur'an dan dikuatkan dengan

hadis-hadis Nabi saw. yang shahih atau mutawatir, dan

menjadi ijma' oleh ummat Muhammad saw. dari generasi ke

generasi. Maka, barangsiapa yang mendustakan hal ini,

berarti mendustakan Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Mendustakan (mengingkari) hal-hal tersebut dianggap kufur,

kecuali bagi orang-orang yang baru masuk Islam (muallaf) dan

jauh dari sumber informasi. Misalnya berdiam di hutan atau

jauh dari kota dan masyarakat kaum Muslimin.

Setelah mengetahui ajaran agama Islam, maka berlaku hukum

baginya.